Quantcast
Channel: Muhammad Qul Amirul Hakim
Viewing all 343 articles
Browse latest View live

Salman Ali Menyandarkan “Al-Makan Al^Adami” Kepada Allah

$
0
0

Salman Ali Menyandarkan “Al-Makan Al^Adami” Kepada Allah*

Perbincangan al-Makan Al-^Adami kelihatan mula dibawa ke tanah melayu kita oleh mujassimah moden sejak mutakhir ini.

Adalah tidak boleh mengatakan Allah taala mempunyai " al-Makan al-^Adami" sebagaimana yang diyakini oleh kelompok al-Mujassimah. Maksud mereka dengan ibarat " Al Makan al-^Adami" ialah Allah taala berada pada arah atas melepasi Arasy dan di atas Arasy itu kononnya tidak ada lagi tempat.

Fahaman ini diambil dari kitab-kitab yang menyeleweng karangan ibn Taymiyyah dan Falsafah Greek Yunani yang jauh dari agama Islam, luar daripada penggunaan bahasa arab itu sendiri. Bagi menjelaskan penggunaan kalimah-kalimah ini agar difahami dengan baik berdasarkan penggunaan yang betul, maka kami datangkan beberapa perbincangan ulama mengenai definisi tempat buat faedah umum.

Memang terdapat banyak perkataan para ahli bahasa terkemuka dan para ulama dalam menyebutkan definisi tempat. Berikut ini adalah sebahagian daripadanya:

1. Ahli bahasa terkemuka (al-Lughawiy) Abul Qasim al-Husain bin Muhammad yang dikenal dengan sebutan ar-Raghib al-Ashbahani (W 502 H) dalam “al-Mufradaat Fi Gharib al-Quran”, halaman 471 berkata:

المكان عند أهل اللغة الموضع الحاوي للشىء اهـ.

_“Tempat (al-Makan) menurut ahli bahasa adalah ruang yang meliputi bagi sesuatu”._intaha

2. al-Lughawiy Majduddin Muhammad bin Ya^qub al-Fairuzabadi, penulis kitab al-Qamus (W 817 H)  menyebutkan :

المكان: الموضع، ج: أمكنة وأماكن اهـ.

_“Tempat (al-Makan) adalah tempat diletakkan sesuatu, jamaknya adalah Amkinah dan Amaakin”_intaha (lihat al-Qamus al-Muhith halaman 1594)

3. Al-^Allamah Kamaluddin Ahmad bin Hasan al-Bayyadhi al-Hanafi (W 1098 H) dalam kitabnya Isyaraat al-Maraam, halaman 197 berkata:

المكان هو الفراغ الذي يشغله الجسم اهـ

_“Tempat (al-Makan)adalah ruang yang dipenuhi oleh jisim”_intaha

4. As-Syaikh Yusuf bin Sa^id ash-Shofati al-Maliki (W 1193 H) menyebutkan dalam kitabnya Hasyiah al-Shofati, Nawaqidh al-Wudhu’, halaman 27:

 المكان هو الفراغ الذي يحُلُّ فيه الجسم اهـ.

_“Ahlussunnah berkata: “Tempat adalah ruang kosong yang menyerap ke dalamnya suatu jisim”_intaha

5. Al-Imam al-Hafizh al-Muhaddith al-Faqih al-Lughawiy; Sayyid Muhammad Murtadha az-Zabidi al-Hanafi (W 1205 H) dalam Taj al ^Arus,jilid 9, halaman 348 berkata:

المكان: الموضع الحاوي للشىء اهـ

_“Tempat (al-Makan) adalah ruang yang meliputi bagi sesuatu”_intaha

6. As-Syaikh Salamah al-Qudha^i al-^Azami as-Syafi^e (W 1376 H) menyebutkan:

المكان هو الموضع الذي يكون فيه الجوهر على قدره، والجهة هي ذلك المكان اهـ

_“Tempat (al-Makan) adalah ruang yang ada di dalamnya suatu al-Jauhar yang mengikut kadar ukurannya, dan arah (al-Jihah) adalah tempat tersebut”_intaha (Lihat Furqan al-Qur’an, halaman 62 (Di cetak bersama kitab al Asma’ Wa as-Shifat karya al-Bayhaqi)

7. Al-Hafiz Al-Muhaddith al-Faqih al-^Allamah as-Asy-Syaikh Abdullah al-Harari yang dikenal dengan sebutan al-Habasyi berkata:

المكان هو ما يأخذه الحجم من الفراغ اهـ.

_“Tempat (al-Makan) adalah suatu ruangan yang diambil oleh suatu benda yang bersaiz”._intaha_

[dinukilkan oleh al-Syaikh Khalil Daryan al-Azhari dalam kitabnya _Ghāyatul-Bayān fī Tanzīhillah ^anil-Jihah wal-Makān_ (Darul-Masyari^, Beirut, 1429 H - 2008 R, cet. 2, hlm. 11]

Nukilan yang telah disebutkan tadi dikutip daripada para ahli bahasa Arab dalam mendefinisikan tempat sekaligus ia adalah dalil menunjukkan Rasulullah ﷺ dan para sahabat baginda berkeyakinan bahawa Allah taala ada tanpa tempat, tidak tinggal di Arasy, dan tidak pula bertempat di langit.

Sesungguhnya al-Qur^an diturunkan kepada baginda dengan bahasa Arab, sebagaimana firman Allah dalam Surah As-Syu^ara, ayat 195:

بلسان عربيّ مبين

Mafhumnya :_“Dengan bahasa Arab yang jelas”_

Sudah tentu Rasulullah ﷺ adalah seorang berbangsa Arab yang paling tahu benar selok-belok dalam penggunaan bahasa Arab. Justeru, amat jelas kesesatan kaum al-Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan Makhluk ciptaanNya) al-Mujassimah ( Golongan yang menjisimkan Allah taala) yang berpegang teguh dengan teks-teks zahir ayat-ayat dan hadith-hadith mutasyabihaat yang memberi waham seakan-akan Allah memiliki tempat. Sesungguhnya teks-teks mutasyabihat itu tidak boleh difahami dengan makna zahirnya sebagaimana kesepakatan para ulama Salaf dan Khalaf. Keseluruhan mereka berkeyakinan bahawa Allah ada tanpa tempat, kerana Dia bukan benda, sebagaimana perkara ini telah thabit di dalam al-Qur’an, hadith, ijmak ulama, pendapat para pakar bahasa, dan lain-lainnya.

Setelah penjelasan ini menjadi terang kepada kita bahawa Allah ada tanpa tempat, tidak berada di tempat atas, dan tidak berada di tempat bawah, kerana jika Allah bertempat sudah tentu tempat mengepung Allah taala, dan jika tempat mengepungNya sudah tentu Dia memiliki bentuk dan ukuran saiz, padahal jelas yang demikian itu adalah sifat jisim-jisim dan makhluk. Bersifat dengan sifat-sifat makhluk-Nya adalah mustahil ke atas Allah taala. Apa sahaja yang membawa kepada perkara mustahil maka mustahil jua. Justeru, telah tetap kebenaran akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam mensucikan Allah daripada bertempat dan berarah.

*Faedah :*

Menurut Kamus dewan, edisi 4, halaman 1643 mendefinisikan tempat sebagai :

1. Sesuatu yang digunakan untuk menaruh (menadah, menyimpan dan lain-lain), bekas

2. Ruang (kawasan)

 [ Lihat Kamus Dewan, edisi 4, halaman 74]

Ternyata menyandarkan kepada Allah al-Makan al-^Adami itu kepada Allah taala itu adalah batil kerana tempat itu sindiri makhluk diciptakan oleh Allah taala dari tiada kepada ada.

*Ibn Rusyd Al-Hafid Ahli Falsafah Yang Tidak Boleh Dipegang*

Al-Qadhi ibn Rusyd al-Jad (datuk) yang wafat pada tahun 520 H adalah termasuk dalam fuqaha Mazhab Maliki yang terkenal. Dikenali sebagai قاضي الجماعة di Qurtuba. Berbeza dengan cucu beliau (Ibn Rusyd al-Hafid) yang terkenal sebagai ahli falsafah walaupun begitu dia juga dikenali dengan nama ibn Rusyd (W 595 H) sepertimana datuknya.

Ibn Rusyd al-Hafid ini adalah pengarang kepada kitab تهافت التهافت. Beliau memenuhkan isi kitab ini dengan pandangan-pandangan golongan Falsafah Greek Yunani yang dikira sesat dan menyeleweng daripada kebenaran. Antara kekufuran  yang berat dilakukan oleh golongan falsafah adalah mereka berpendapat bahawa alam ini azali beserta Allah. Mereka mengatakan bahawa alam ini berkongsi sama dengan Allah pada keazaliannya iaitu tiada permulaan bagi kewujudan alam ini. Hal ini juga merupakan pendapat ibn Taymiyyah al-Harrani sebagaimana yang disebutkannya di dalam  7 buah kitab karangannya.

*Benarkah Dakwaan al-Musyabbihah Tiada Tempat Di Atas Arasy?*

Sebahagian orang kelompok Mujassimah di masa ini (iaitu golongan al- Wahhabiyyah) mereka menyebarkan pemahaman yang menyesatkan dengan mengatakan bahawa di atas Arasy tidak ada lagi tempat. Mereka berkata bahawa tempat hanya ada di bawah Arasy sahaja. Dengan tujuan mengkaburi orang-orang awam mereka berkata: _“Allah berada di atas Arasy, dan di atas Arasy tidak ada lagi tempat”_, kadang mereka juga berkata:

_“Allah berada di atas Arasy tanpa tempat”_. Ini adalah perkataan yang tidak memiliki dalil sama sekali, kerana tidak tercegah pada syariat dan pada akal bahawa di atas Arasy itu ada tempat.
Bukti atau dalil bahawa di atas Arasy terdapat tempat adalah hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda ﷺ : (berikut ini lafaz dalam Sahih al- Bukhari)

لَمَّا قَضَى الْخَلْقَ كَتَبَ في كتابه فهو عِنْدَهُ فَوْقَ عَرْشِهِ : إِنَّ رَحْمَتِى سَبَقَتْ غَضَبِى

Mafhumnya, _“Ketika Allah menciptakan makhluk-Nya Dia menciptakan tulisan pada kitabNya, dan kitab tersebut berada di tempat mulia di atas Arasy serta tercatat padanya: “Sesungguhnya zahirnya rahmat-Ku lebih banyak daripada azab-Ku)”._

Dalam riwayat lain dalam lafaz al-Bukhari menyebutkan:

وَهُوَ موَضوعٌ عِنْدَهُ عَلَى الْعَرْشِ : إِنَّ رَحْمَتِى تَغْلِبُ غَضَبِى

Mafhumnya, _“Dan kitab tersebut diletakkan di di tempat yang mulia atas Arasy: “Sesungguhnya zahirnya rahmat-Ku lebih banyak daripada azabKu"._

Sementara dalam riwayat Ibn Hibban dengan lafaz berikut :

وهو مرفوع فوق العرش

_“Kitab tersebut diangkat di atas Arasy”._

Dari sini kita katakan; Seandainya di atas Arasy tidak ada tempat maka sudah tentu Rasulullah tidak akan mengatakan bahawa kitab tersebut berada dan ditempatkan di atas Arasy.

Adapun takwil sebahagian manusia yang mengatakan bahawa perkataan “فوق” dalam lafaz hadith di atas adalah maknanya “دون” (di bawah) dengan alasan bahawa dalam bahasa  Arab  penggunaan kata  “فوق” terkadang untuk memberi pemahaman makna “دون”; maka pendapat ini tertolak dengan hadith riwayat Ibn Hibban yang secara jelas menetapkan bahawa kitab tersebut benar-benar di atas Arasy, lihat lafaz hadith berikut:

وهو مرفوع فوق العرش

_“Kitab tersebut diangkat di atas Arasy”.?

Dengan demikian takwilan perkataan “فوق” dengan “دون” dalam hadith ini adalah takwilan yang batil, salah dan menyesatkan. Lafaz hadith Ibn Hibban di atas yang menggunakan perkataan “marfu^’” secara jelas membantah pemahaman takwilan seperti itu. Demikian pula riwayat al-Bukhari yang telah kita sebutkan di atas dengan lafaz “مَوْضُوع” (diletakkan) juga membantah pemahaman takwilan yang menyesatkan tersebut.

Di sini kita katakan kepada mereka :

*Sesungguhnya melakukan takwilan terhadap suatu teks nas itu hanya boleh  dilakukan ketika benar-benar darurat kerana ada tuntutan dalil akal atau kerana  tuntutan dalil  naqliy  yang  sahih*  (yang  secara  zahir  bertentangan dengan  teks tersebut) sebagaimana kaedah ini telah ditetapkan oleh para ulama Ushul, mereka berkata:

تأويل النص لغير ذلك عبث والنص يصان عن العبث

_“Melakukan takwilan dengan tanpa didasarkan kepada alasan tersebut maka akan menjadikan setiap teks itu sia-sia belaka. Padahal teks-teks syariat itu harus dihindarkan dari kesia-siaan.”_

Al-Hafiz al-Faqih al-Muhaddith as-Syaikh Abdullah al-Harari dalam Sorih al-Bayan Fi ar-Radd ^Ala Man Khalaf al-Quran, hlm. 62 berkata:

وأما معنى "عنده"المذكور في الحديث فهو للتشريف كما في قوله تعالى "فِي مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقْتَدِرٍ "وقد أثبت اللغويون أن "عند"تأتي لغير الحيز والمكان، فكلمة "عند"في هذا الحديث الشريف ذلك المكان الذي فيه الكتاب.اھ

_“Adapun makna perkataan “عنده” yang disebutkan dalam lafaz hadith tersebut maka itu untuk tujuan pemuliaan (Li at-tasyrif), seperti pemahaman pada firman Allah taala dalam Al Qamar, ayat 55:_

Mafhumnya,_“(Orang bertaqwa) ditempatkan di tempat yang baik (menyenangkan) iaitu ditempat yang dimuliakan oleh Allah yang maha agung (syurga)”._

_Para ahli bahasa Arab (al-Lughawiyyun) telah menetapkan bahawa perkataan “عند” (boleh digunakan bukan untuk tujuan arah dan tempat) bukan (di sini) dengan makna berpihak pada tempat dan bertempat. Justeru, perkataan  “عند” dalam hadith yang mulia ini bertujuan untuk memuliakan bagi tempat di mana kitab tersebut berada”_intaha

Al-Hafizh al-Muhaddith Waliyyuddin Abu Zur^ah Ahmad ibn Abdirrahim al ^Iraqi (w 826 H) dalam Tharh at Tathrib; Kitab al Qadha’ Wa ad Da^awa, j. 8, hlm. 84 berkata:

وقوله أي النبي "فهو عنده فوق العرش لا بد من تأويل ظاهر لفظة "عنده"لأن معناها حضرة الشيء والله تعالى منزه عن الاستقرار والتحيز والجهة ، فالعندية ليست من حضرة المكان بل من حضرة الشرف أي وضع ذلك الكتاب في محل معظم عنده. اھ

_“Sabda nabi “فهو عنده فوق العرش” mestilah ditakwilkan zahir makna perkataan “عنده”, kerana makna zahirnya untuk mengungkapkan tempat bagi sesuatu, padahal Allah taala maha suci dari bertempat dan memiliki arah. Maka perkataan “عنده” di sini bukan dalam pengertian tempat, tetapi untuk menunjukan kemuliaan,  ertinya kitab  tersebut  diletakkan  di  tempat  yang  dimuliakan oleh Allah”_intaha

Justeru, kelompok al-Musyabbihah telah menjadikan ada penyerupaan antara Allah dan kitab tersebut, kerana mereka menjadikan Allah dan kitab tersebut kedua-duanya bertempat di atas ^Arsy. Maka jelas mereka telah mendustakan firman Allah as-Syura, 11:

ليس كمثله شيء

Mafhumnya, _"Dialah Allah yang tidak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya (dan Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya)"_

*Kesesatan Dakwaan Allah Taala Berada Di Luar Alam*

Golongan al-Mujassimah termasuklah juga al-Wahhabiyyah hari ini mendakwa bahawa Allah tidak berada di dalam alam tetapi berada di luar alam kerana mereka mahu mengikut ibn Taymiyyah dalam perkara tersebut.

Ibn Taymiyyah menyebutkan dalam kitabnya yang berjudul “منهاج السنة النبوية” jilid 1 hlm 310 untuk menetapkan tempat dan arah bagi Allah:

وإن أريد بالجهة أمر عدمي وهو ما فوق العالم فليس هناك إلا الله وحده, فإذا قيل إنه في جهة كان معنى الكلام أنه هناك فوق العالم حيث انتهت المخلوقات فهو فوق الجميع عال عليه اهـ

_"*Jika dimaksudkan dengan arah itu sebagai perkara yang tiada dan apa yang berada di atas alam maka tiada di sana melainkan Allah sahaja*. Apabila dikatakan bahawa Dia berada di arah maka makna kalam tersebut bahawa Dia berada di sana melepasi alam sekira kira penghujung segala makhluk. Maka Dia tertinggi di atasnya melepasi semuanya"_intaha

Ibn Taymiyyah berkata lagi dalam kitab yang sama, j.1 h. 249 :

وإذا كان الخالق بائناً عن المخلوق امتنع أن يكون الخالق في المخلوق وامتنع أن يكون متحيزاً بهذا الاعتبار, وإن أراد بالحيز امراً عدمياً فالأمر العدمي لا شيء وهو سبحانه بائن عن خلقه, فإذا سمى العدم الذي فوق العالم حيزاً وقال: يمتنع أن يكون فوق العالم لئلا يكون متحيزاً فهذا معنى باطل لأنه ليس هناك موجود غيره حتى يكون فيه, وقد علم بالعقل والشرع أنه بائن عن خلقه كما قد بسط في غير هذا الموضوع

 _"Jika Pencipta itu terpisah daripada makluk maka sudah tentu dilarang untuk pencipta ada dalam makhluk dan terlarang untuk dia berpihak dengan makna ini. *Jika yang dimaksudkan dengan berpihak itu sesuatu perkara yang tiada (tempat yang tiada) maka perkara yang tiada tersebut bukan sesuatu yang ada maka Allah taala berpisahan daripada makhlukNya. Maka dinamakan ketiadaan yang berada di atas alam itu sebagai tempat*”_. Katanya lagi : _*"Tertegah untuk Allah taala berada di atas alam agar Dia tidak berpihak pada tempat maka atas makna ini adalah bathil atau ditolak kerana tiada yang wujud di sana selainnya untuk Dia berada di dalamnya*. Dan telah diketahui secara akal dan syarak (kononnya) bahawa Dia berpisah daripada makhlukNya sebagaimana telah dibicarakan secara ringkas pada tempat selain ini"._intaha

Ibn Taymiyyah dalam kitab yang sama juga j.1 h. 264 ketika menolak pendapat “jika Allah taala berada di atas Arasy sudah tentu Dia berjisim” dan menjelaskan keyakinannya yang hakiki lalu berkata :

وكذلك قوله : كل ما هو في جهة فهو محدَث » لم يذكر عليه دليلا وغايته ما تقدم من أن الله لو كان في جهة لكان جسما وكل جسم محدَث لأن الجسم لا يخلو من الحوادث وما لا يخلو من الحوادث فهو حادث وكل هذه المقدمات فيها نزاع: فمن الناس من يقول: قد يكون في الجهة ما ليس بجسم فإذا قيل له هذا خلاف المعقول قال هذا أقرب إلى العقل من قول من يقول إنه لا داخل العالم ولا خارجه فإن قبل العقل ذلك قبل هذا بطريق الأولى وإن رد هذا رد ذلك بطريق الأولى وإذا رد ذلك تعين أن يكون في الجهة فثبت أنه في الجهة على التقديرين

_"Begitu juga kata-katanya "semua yang ada pada arah maka ia adalah baharu” dan dia tidak menyebut sebarang dalil. Kemuncaknya sebagaimana yang telah lalu bahawa "jika Allah taala berada pada arah sudah tentu berjisim dan setiap yang berjisim itu baharu kerana jisim tidak sunyi daripada perkara-perkara yang baharu maka oleh itu Dia baharu. Semua muqadimah-muqadimah ini ada padanya perbincangan. Ada manusia yang mengatakan bahawa " Yang bukan berjisim juga sah berada pada arah". Jika dikatakan kepada mereka : " ini bertentangan dengan logik akal". Lalu dia menjawab : " Ini lebih dekat dengan akal berbanding orang yang berkata " Allah tidak berada di dalam alam atau tidak berada di luarnya". Jika akal menerima perkara tersebut maka ia menerima ini atas jalan yang lebih utama. Sekiranya dia menolaknya maka dia telah menolaknya dengan cara yang lebih utama. Apabila ditolaknya perkara tersebut itu sudah tentu menunjukkan Dia berada pada arah. *Maka telah thabitlah bahawa Allah barada di arah pada dua andaian tersebut*"._

Ibn Taymiyyah menyebutkan lagi dalam kitabnya ar-Risalah Tadmuriyyah, hlm 36 :

فيقال لمن نفى الجهة: أتريد بالجهة أنها شيء موجود مخلوق؟ فالله ليس داخلاً في المخلوقات، أم تريد بالجهة ما وراء العالم؟ فلا ريب أن الله فوق العالم مباين للمخلوقات"ا.هـ.

_"Maka dikatakan kepada orang yang menafikan arah (bagi Allah), adakah kamu maksudkan dengan arah tersebut bahawa ia adalah sesuatu yang ada lagi makhluk? Maka Allah bukan berada di dalam segala makhluk-makhlukNya. *Atau kamu maksudkan dengan arah tersebut sesuatu yang berada di luar alam? Maka tidak syak lagi bahawa Allah berada di atas alam berpisah dengan segala makhluk makhlukNya* ”._intaha

Ibarat seperti ini terlalu banyak dalam kitab-kitab ibn Taymiyyah jika mahu dinukilkan padahal tiada ulama dalam kalangan salafussoleh yang berkeyakinan begitu.

Bahkan Al-Jalal al Dawani dalam Syarhnya ke atas العضدية, hlm 67 menyebutkan tentang kesesatan ibn Taymiyyah:

ولابن تيمية أبي العباس أحمد وأصحابه ميل عظيم إلى إثبات الجهة, ومبالغة في القدح في نفيها, ورأيت في بعض تصانيفه أنه لا فرق عند بديهة العقل بين أن يقال هو معدوم, أو يقال طلبته في جميع الأمكنة فلم أجده, ونسب النافين إلى التعطيل

_*“Bagi ibn Taymiyyah Abi al ^Abbas  Ahmad dan sahabat-sahabatnya ada kecenderungan yang besar untuk mengithbatkan arah bagi Allah dan keterlampauan mereka dalam mencela pada penafiannya ( penafian arah bagi Allah)*. Aku melihat sendiri dalam beberapa penulisannya tiada beza pada yang memiliki badihi al-^aql (perkara yang akal mudah terima) antara perkara yang dikatakan tiada dengan apa dikatakan “aku mencarinya pada semua tempat maka aku tidak mendapatinya” serta dia menyandarkan golongan yang menafikannya sebagai taathil"_intaha

Berikut adalah perbahasan para ulama mengenai penyelewengan ini :

1. Al-Imam al-Muhaddith al Faqih as-Syafie al-Baghadiy yang disifatkan oleh ibn Hajar al Haitami sebagai "الامام الكبير إمام أصحابنا" Imam  hebat yang merupakan imam bagi ulama kita (Syafiiyyah) juga beliau antara guru kepada al-Imam al Baihaqi, beliau menyebutkan :

وأجمع أصحابنا على إحالة القول بأنه في مكان أو في كل مكان، ولم يجيزوا عليه مماسة ولا ملاقاة بوجه من الوجوه، ولكن اختلفت عباراتهم في ذلك فقال أبو الحسن الاشعري: إن الله عز وجل لا يجوز أن يقال إنه في مكان، ولا يقال إنه مباين للعالم، ولا إنه في جوف العالم، لأن قولنا إنه في العالم يقتضي أن يكون محدودًا متناهيًا، وقولنا إنه مباينٌ له وخارج عنه يقتضي أن يكون بينه وبين العالم مسافة والمسافة مكان، وقد أطلقنا القول بأنه غير مماس لمكان". اھ.

_"Sepakat ulama kita (al Asya^irah) ke atas kemustahilan ucapan bahawa Dia berada di suatu tempat atau berada di semua tempat. Mereka tidak mengharuskan kepada Allah taala ada bagiNya persentuhan, persententangan dalam apa jua segi sekalipun. Tetapi mereka berbeza dalam penggunaan ibarat-ibarat mereka pada mengungkapkan perkara tersebut. Abu al Hasan al Asyaari berkata : “Sesungguhnya Allah azza wa jalla tidak harus untuk disebut kepadanya bahawa Dia berada di semua tempat, *dan tidak dikatakan bahawa Dia saling berpisah dengan alam*, tidak juga di dalam rongga alam” kerana  ucapan kita bahawa Dia berada di dalam alam itu membawa makna Allah taala mempunyai batasan had dan ada penghujung bagiNya. *Dan ucapan kita bahawa Dia berpisah dengan alam lagi berada di luar alam membawa maksud ada jarak antara alam dan Allah taala itu. Jarak itu pula adalah tempat itu sendiri*. Sesungguhnya kita telah sebutkan pendapat bahawa Allah tidak bersentuhan dengan tempat”._ Intaha

2. Al ^Allamah Muhammad bin Ahmad yang masyhur dengan sebutan Mayyarah al-Maliki dalam kitabnya ad-Durruth Thamin, hlm 24-25 menegaskan :

مسألة: سئل الإمام العالم أبو عبد الله سيدي محمد بن جلال هل يقول: المولى تبارك وتعالى لا داخل العالم ولا خارج العالم؟ فأجاب السائل: هكذا نسمعه من بعض شيوخنا، واعترضه بعضهم بأن هذا رفع للنقيضين، وقال بعض فقهائنا في هذه المسألة هو الكل أي الذي قام به كل شيء وزعم أنه للإمام الغزالي، فأجاب بعضهم: أن هذا السؤال معضِل ولا يجوز السؤال عنه، وزعم ابن مِقلاش هكذا فأجاب عنه في شرحه على الرسالة، فأجاب: بأنّا نقول ذلك ونجزم به ونعتقد أنه لا داخل العالم ولا خارج العالم، والعجز عن الإدراك إدراك لقيام الدلائل الواضحة على ذلك عقلاً ونقلاً، أما النقل فالكتاب والسنة والإجماع، أما الكتاب فقوله تعالى: {ليسَ كمثلِهِ شيءٌ وهُوَ السميعُ البصيرُ} [سورة الشورى] فلو كان في العالم أو خارجًا عنه لكان مماثلاً، وبيان الملازمة واضح أما في الاول فلأنه إن كان فيه صار من جنسه فيجب له ما وجب له، وأما الثاني فلأنه إن كان خارجًا لزم إما اتصاله وإما انفصاله، وانفصاله إما بمسافة متناهية أو غير متناهية وذلك كله يؤدي لافتقاره إلى مخصص، وأما السنة فقوله صلى الله عليه وسلم: "كان الله ولا شيء معه".

 وأما الإجماع فأجمع أهل الحق قاطبة على أن الله تعالى لا جهة له فلا فوق له ولا تحت ولا يمين ولا شمال ولا أمام ولا خلف.

 وأما العقل فقد اتضح لك اتضاحًا كليًا مما مر في بيان الملازمة في قوله تعالى: {ليس كمثله شيء}، والاعتراض بأنه رفع للنقيضين ساقط، لأن التناقض إنما يعتبر حيث يتصف المحل بأحد النقيضين ويتواردان عليه، وأما حيث لا يصح تواردهما على المحل ولا يمكن الاتصاف بأحدهما فلا تناقض، كما يقال مثلاً: الحائط لا أعمى ولا بصير، فلا تناقض لصدق النقيضين فيه لعدم قبوله لهما على البدلية، وكما يقال في البارئ أيضًا لا فوق ولا تحت وقس على ذلك. وقول من قال إنه الكل زاعمًا أنه للغزالي فقضية تنحو منحى الفلسفة أخذ بها بعض المتصوفة وذلك بعيد من اللفظ، وما أجاب به بعضهم أنه معضل لا يجوز السؤال عنه ليس كما زعم لوضوح الدليل على ذلك، وإن صح ذلك عن ابن مقلاش فلا يلتفت إليه في هذا لعدم إتقانه طريق المتكلمين إذ كثير من الفقهاء ليس له خبرة به فضلاً عن إتقانه"ا.هـ.

_“Masalah: Al-Imam al-^Alim Abu ^Abdillah Sayyidi Muhammad ibn Jalal ditanya; *adakah boleh disebut Tuhan itu tidak berada di dalam alam dan tidak berada di luar alam?* Orang yang bertanya memberitahu [kepadanya] bahawa: Kami mendengarnya (kenyataan Allah bukan di dalam alam dan bukan diluar alam) dari sebahagian guru-guru kami, sebahagian  manusia (yang bukan Ahlus sunnah wal jamaah) pula membantahnya dengan mengatakan kenyataan ini terangkat bagi dua perkara yang berlawanan. Sebahagian fuqaha' kita berkata pada masalah ini "Dia adalah semuanya" dengan erti yang berdiri dengannya segala sesuatu dan dia menyangka itu adalah bagi al-Imam al-Ghazali ( padahal perkara ini berasal dari falsafah dan ia tidak sahih serta akan datang penolakan terhadapnya). Sebahagiannya ada menjawab bahawa soalan ini adalah rumit dan tidak harus bertanya tentangnya. Ibn Miqlasy menyangkakan begitu dan dia menjawabnya dalam syarhnya atas Ar-Risalah [Risalah ibn Abi Zaid]._

_*Maka dia (al-Imam al-^Alim Abu ^Abdillah Sayyidi Muhammad ibn Jalal) telah menjawab bahawa kita mengatakan perkara tersebut (Tuhan itu tidak berada di dalam alam dan tidak berada di luar alam) dan kita berpegang secara pasti dengannya serta kita meyakini bahawa Allah ta^ala bukan di dalam alam dan bukan juga di luar alam. Kelemahan seseorang itu daripada mengetahui hakikat zat-Nya itulah sebenar-benar iman kerana telah tertegak dalil-dalil yang jelas atas perkara tersebut secara dalil aqli dan naqli*. Adapun *dalil naqli* iaitu *al-Quran dan as-Sunnah serta Ijmak.*_

_Adapun dari *al-Quran* maka iaitu firman Allah as-Syura, 11:_

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Mafhumnya, _"Dialah Allah yang tidak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya (dan Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya) dan Dialah yang Maha mendengar dan Maha melihat"_

_Jika Allah ta^ala di dalam alam atau di luarnya sudah tentu ada baginya perumpamaan (yang banyak). Keterangan kelaziman/berlaku kemestian tersebut adalah jelas._

_Adapun *pertamanya : kerana jika Allah berada di dalam alam maka Ia termasuk dalam jenis alam tersebut justeru wajib baginya apa yang wajib ke atas alam*._

_*Kedua : kerana sekiranya Allah berada di luar alam maka lazim atau memestikan sama ada ada persentuhan dengen sesuatu dan berpisah dari sesuatu. Dan perpisahan sama ada dengan ada jarak yang ada penghujung atau jarak yang tiada penghujung. Maka demikian itu semuanya membawa kepada berhajatnya Allah kepada pencipta. (Jika dikatakan bahawa ada jarak maka sama ada jarak tersebut dekat atau jauh. Atas dua keadaan ini membawa kepada mesti Allah taala ada pencipta bagiNya yang menentukanNya dengan jarak yang jauh atau jarak yang dekat. Dan Allah taala tidak harus baginya ada pencipta kerana yang memerlukan pencipta itu adalah baharu)*._

_Adapun daripada *al-Hadith* iaitu sabda Nabi ﷺ:

كان الله ولا شيء معه

Mafhumnya, _"Allah taala telah ada pada azali dan tiada sesuatupun bersamanya"_(Ini adalah dalil menunjukkan Allah taala mustahil berada di dalam alam atau di luar alam).

_Adapun *ijmak*, maka *Ahlul-Haqq (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) keseluruhannya telah sepakat atau berijmak bahawa Allah ta^ala tiada arah bagi-Nya maka Allah tiada bagi-Nya atas, bawah, kanan, kiri, hadapan dan belakang*._

_Adapun dari sudut *dalil akal*,  maka telah jelas kepada kamu sekalian dengan sepenuhnya sebagaimana penjelasan lalu pada menjelaskan perkara-perkara yang melazimi firman Allah al-Syura, 11:_

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Mafhumnya, _"Dialah Allah yang tidak ada sesuatu apapun yang menyerupai-Nya (dan Dia tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya)"_

_Bantahan (sebahagian manusia) bahawa ia adalah terangkat dua perkara yang berlawanan adalah tertolak. Kerana percanggahan hanya dikira sekira kira perkara tersebut bersifat dengan salah satu dari keduanya dan ia berlaku secara bersilih ganti atasnya. Adapun sekira kira tidak sah untuk ia berlaku secara bersilih ganti atasnya dan tidak mungkin bersifat dengan satu dari keduanya maka (dalam hal ini) tiada percanggahan. Sebagaimana disebut misalnya: "dinding itu tidak buta dan tidak melihat" (Sebagaimana tidak disebut tentangnya “bukan alim atau bukan jahil”) maka tiada berlaku sebarang percanggahan pada kebenaran menafikan dua perkara yang bercanggah daripadanya kerana ia tidak bersifat dengan kedua-duanya secara bersilih ganti ((Berbeza dengan manusia, sesungguhnya sahih dinafikan sifat ilmu darinya dalam masa yang sama dia bersifat dengan jahil sebagaimana sah menafikan sifat jahil darinya dalam masa yang sama dia bersifat dengan ilmu. Hal tersebut kerana manusia menerima satu perkara dari dua perkara ini sebagai ganti yang lainnya. Adapun jika dikatakan "dia tidak alim dan tidak jahil” maka sudah tentu padanya terangkat 2 perkara yang berlawanan)). Begitu juga disebut kepada Tuhan Pencipta alam bahawa Dia bukan di atas, bukan di bawah dan qiyaskanlah seterusnya atas perkara ini._

_Pendapat yang mengatakan bahawa "Dia adalah semuanya" dengan menyangkakan bahawa ia dari al Ghazali (padahal ia bukan daripada al Ghazali) maka ia adalah permasalahan yang keluar daripada falsafah lalu sebahagian golongan al-Mutasawwifah mengambilnya dan ia sememangnya jauh daripada lafaz. Dan apa yang dijawab oleh sebahagian bahawa "ia rumit maka tidak harus bertanyakan tentangnya" maka ia bukan sebagaimana yang mereka sangkakan kerana amat terang sekali dalil atas perkara tersebut. Sekiranya sahih perkara tersebut daripada Ibn Miqlasy maka tidak usah lagi berpaling kepadanya pada perkara ini kerana kurang ketelitiannya dalam method golongan al-Mutakallimin. Kerana ramai para fuqaha' tiada mempunyai pengalaman tentangnya apatah lagi menelitinya dengan dalam"._ Intaha.

3. Al-Hafiz al-Nawawi al-Syafi^i berkata dalam _Raudotut-Tolibin_ (jil. 10, hlm. 64):

*"وتحصل الردة بالقول الذي هو كفر، سواء صدر عن اعتقاد أو عنادٍ أو استهزاء، هذا قول جملي، وأما التفصيل فقال المتولي: من اعتقد قدم العالم، أو حدوث الصانع، أو نفى ما هو ثابت للقديم بالإجماع ككونه عالمًا قادرًا، أو أثبت ما هو منفيٌّ عنه بالإجماع كالألوان، أو أثبت له الاتصال والانفصال كان كافرًا"*. ا.هـ.
_"Kemurtadan berlaku dengan ucapan yang kufur sama ada terbit dari keyakinannya, kedegilannya (bantahannya), menghina dan ini adalah pendapat yang tidak terperinci. Adapun secara terperinci maka berkata al-Mutawalli: " Sesiapa yang meyakini bahawa alam ini qadim, atau Pencipta itu baharu atau menafikan apa yang telah thabit bagi Tuhan yang qadim (tiada permulaan bagi kewujudanNya) dengan ijmak seperti keadaannya itu  yang maha mengetahui, Maha berkuasa atau menetapkan apa yang dinafikan daripada-Nya secara ijmak seperti warna-warna atau *menetapkan bagi Allah taala ada persentuhan (dengan alam) dan perpisahan (dari alam) maka dia dihukum kufur*"._ Intaha.

4. Antara ulama muktabar yang menafikan adanya persentuhan dengan alam dan perpisahan dari alam ini pada Allah adalah al-Imam al-Ghazali. Ibn Hajar al-Haitami as-Syafi^i dalam kitabnya _al-I^lām bi-Qawați^il-Islām_ (jil. 2, hlm. 43 - 44) menyebutkan:

*"ومن ثم قال الغزالي معناه أن مصحح الاتصال والانفصال الجسمية والتحيز وهو محالٌ –على البارئ- فانفك عن الضدين، كما أن الجماد لا هو عالم ولا جاهل لأن مُصحح العلم هو الحياة فإذا انتفتِ الحياة انتفى الضدان"*. ا.هـ.

_"Berdasarkan perkara itu al-Ghazali berkata maknanya bahawa perkara yang mengesahkan ada persentuhan dan perpisahan adalah adanya sifat-sifat jisim dan mengambil ruang atau lapang (bertempat) dan ia adalah mustahil ke atas Allah ta^ala maka terburailah dari dua perkara yang berlawanan, sebagaimana benda pepejal tidak disifatkan ia alim atau jahil kerana yang mengesahkan ada ilmu itu adalah sifat hayat apabila ternafi adanya hayat maka ternafi jua dua perkara yang berlawanan"._. Intaha.

5. Al-Syaikh Abu al-Mu^in Maimun ibn Muhammad al-Nasafi al-Hanafi antara ulama mutakallimin terkenal dalam _Tabşiratul-Adillah_ (jil. 1, hlm. 176 - 177) ketika menolak ucapan golongan al-Musyabbihah (golongan yang menyerupakan Allah dengan makhluk): "Sesungguhnya Allah ta^ala bila disifatkan bahawa Dia ada sama ada Dia berada di dalam alam atau berada di luar alam. Dan Dia tidak berada di dalam alam maka Dia berada di luar alam maka ini mewajibkan keberadaannya itu di arah daripada alam”, maka beliau telah berkata (al-Nasafi):

*"والجوابُ عن هذا الكلام على نحو ما اجبنا عن الشبهة المتقدمة أنّ الموصوف بالدخول والخروج هو الجسم المتبعّض المتجزئ، فأما ما لا تبعض له ولا تجزؤ فلا يُوصف بكونه داخلاً ولا خارجًا"* ا.هـ.

_“Jawapan mengenai kalam ini seumpama yang telah kami jawab tentang syubhah/penyelewengan yang dulu bahawa *yang disifatkan dengan masuk dan keluar adalah jisim yang boleh dibelah-bahagi dan menerima pembahagian. Adapun sesuatu yang tiada pembahagian bagiNya maka tidak sesekali disifatkan dengan yang masuk atau yang keluar*"._ Intaha

Katanya lagi (jil. 1 hlm. 177) ketika membantah pendapat golongan al-Musyabbihah yang mengatakan bahawa Allah ta^ala itu ada sama ada Dia bersentuhan dengan alam atau berpisah darinya dan mana-mana satu dari keduanya ada penetapan arah bagi Allah;  kerana apa yang disebutkan itu sebahagian daripada sifat-sifat jisim. Maka telah tertegak dalil atas kebatilan Allah ta^ala itu jisim. Tidakkah kamu tahu bahawa _arad_ itu tidak disifatkan dengan bersentuhan bagi _jauhar_ dan tidak pula berpisah daripadanya, kata beliau:

*"وهذا كله لبيان أن ما يزعمون ليس من لواحق الوجود بل هو من لواحق التبعض والتجزئ والتناهي وهي كلها محالٌ على القديم تعالى"* ا.هـ.

_"*Semua ini adalah untuk menjelaskan apa yang mereka dakwa, ia bukan daripada perkara perkara wujud bahkan ia daripada sifat-sifat pembahagian, berbelah bahagi, ada penghujung dan semua ini mustahil ke atas Tuhan yang Qadim (bukan semestinya menyifatkan sesuatu yang ada hendaklah juga disertakan dengan sifat-sifat ini iaitu berada di dalam atau di luar alam, bersambung atau berpisah darinya, tetapi bagi sesuatu yang berjisim maka sudah tentu ia bersifat denganya) *"_. Intaha.

Makna kata-kata beliau tersebut dijelaskan oleh al-Hafiz al-Muhaddith al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi berkata dalam kitabnya _al-Matolibul-Wafiyyah Syarh al-^Aqidah al-Nasafiyyah_ (hlm. 57) seperti berikut:

*"يعني أنه ليس من شرط الموجود كونُ الوجود مماسًا له أو مباينًا أو متصلاً بغيره أو منفصلاً عنه أو داخلاً فيه أو خارجًا عنه، إنما هذا من شرط التبعض والتجزئ والتناهي وذلك كله محال على القديم تعالى"*

_*“Maksud beliau adalah bukan syarat sesuatu itu ada keadaannya itu boleh disentuh, terpisah dari sesuatu, bersambung dengan yang lain atau bercerai dari yang lain, masuk ke dalam sesuatu atau keluar dari sesuatu, tetapi ini hanya syarat pembahagian, benda boleh dibelah-bahagi dan ada penghujung dan demikian itu mustahil  ke atas Allah ta^ala*.”_intaha

6. Al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani antara ulama Nusantara yang terkenal berkata dalam kitabnya _Nuruż-Żalam Syarh Manżumah ^Aqidatil-^Awam_  (Dar al-Hawi, Jeddah, t. th., hlm. 37):

*وكل ما خطر ببالك من صفات الحوادث لا تصدق أن في الله شيئًا من ذلك وليس له مكان أصلاً فليس داخلاً في الدنيا ولا خارجًا عنها*

Maksudnya: _“…dan setiap sifat perkara baharu yang melintasi benak anda maka jangan anda mempercayai bahawa pada Allah itu ada sesuatu daripada perkara tersebut, dan tiada bagi-Nya suatu tempat dengan asal. *Maka Dia bukan di dalam dunia dan bukan juga di luarnya*”._ Intaha.

Golongan al-Musyabbihah tidak akan menerima kewujudan Allah melainkan jika Dia berada di tempat. Justeru, jika dikatakan Allah wujud tidak bertempat sebagaimana pegangan ulama salaf dan khalaf, maka bagi mereka perkara ini adalah penafian akan kewujudanNya.

Al-Hafiz al-Muhaddith al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi berkata dalam kitabnya _al-Matolibul-Wafiyyah Syarh al-^Aqidah al-Nasafiyyah_ (hlm. 51) menyebutkan:

*فإذا تقرر هذا فلا يهولنَّكم قول المشبهة: إن القولَ بأن الله موجود من غير أن يكون متصلاً بالعالم ولا منفصلاً عنه ولا داخله ولا خارجه نفي لوجود الله، فيقال لهم: هذه شبهة بنيتموها على أصل غير صحيح وهو أنكم جعلتم شرط الوجود أن يكون الشيء له اتصال أو انفصال وأن يكون داخل العالم أو خارجه، فالمشبهة يعترفون أن الله كان موجودًا قبل العالم لا داخله ولا خارجه، قال أهل السنة: كذلك بعد أن خلق العالم هو موجود كما كان لا داخل العالم ولا خارجه، فبهذا تكون قد بطلت شبهتهم وتمويههم*. اھ

_"Apabila telah tetap perkara ini maka jangan sesekali kamu terpedaya dengan ucapan golongan al-Musyabbihah: “ Sesungguhnya pendapat bahawa Allah ada tanpa berlaku persentuhan dengan alam atau tidak ada perpisahan darinya, bukan di dalam alam dan bukan di luar alam maka ia menafikan kewujudan Allah taala”. *Maka katakan kepada mereka* : “Ini adalah syubhah/ penyelewengan yang kamu bina sendiri atas asal yang tidak sahih iaitu kamu menjadikan syarat sesuatu itu ada hendaklah ada bagi-Nya persentuhan, perpisahan, berada di dalam alam atau di luar alam maka golongan al-Musyabbihah mengiktiraf atau mengakui bahawa Allah telah ada sebelum adanya alam bukan Dia di dalam alam dan bukan juga di luar alam. Ahlus sunnah mengatakan : “Begitu jugalah setelah Allah taala menciptakan alam, Allah taala tetap ada sebagaimana sebelumnya bukan di dalam alam dan di luar alam. Maka dengan ini, telah terbatal subhah/penyelewengan dan tipu muslihat mereka"._ Intaha

والله أعلم وأحكم

✒Disediakan oleh:
 *Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

Lihat khazanah ilmu di sini :

FAHAMI SURAH YAASIN

$
0
0
FAHAMI SURAH YAASIN

Kita sering kali membaca Surah Yaasin
tetapi pernahkah kita memahami setiap baris ayat tersebut..

Sekadar Perkongsian Bersama..
Surah Yaasin

Pengertian Setiap Ayat :
Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita.
Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan.
Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 77 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

Ayat 78 dan 79 - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 80 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan

PEMALSUAN KITAB AL-IBĀNAH

$
0
0

*PEMALSUAN KITAB AL-IBĀNAH*

Kitab _al-Ibānah_ yang dikarang oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari rahimahullah bukan cetakan kitab yang ada tangan manusia pada hari ini. Kitab al-Ibanah yang dikarang oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari adalah bertepatan dengan akidah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah.

Dalam muqaddimah kitab _Tabyīn Kadhibil-Muftari_ yang ditaaliq oleh Al-^Allamah al-Muhaddith Muhammad Zahid al-Kauthari (w. 1371 H), beliau menyebut:

والنسخة المطبوعة في الهند من الإبانة نسخة مصحَّفة محرَّفة تلاعبت بها الأيدي الأثيمة، فيجب إعادة طبعها من أصل موثوق. اهـ

_“Salinan yang dicetak di Hindi bagi kitab al-Ibanah adalah naskhah yang diubah dan diselewengkan, ia dipermain-main oleh tangan-tangan yang berdosa. Maka wajib kembali mencetaknya daripada asal manuskrip yang boleh dipercayai”._

Katanya lagi:

ومن العزيز جدّاً الظفر بأصل صحيح من مؤلفاته على كثرتها البالغة، وطبع كتاب الإبانة لم يكن من أصل وثيق، وفي المقالات المنشورة باسمه وقفة. اهـ

_“Antara perkara yang sangat mulia adalah berpegang dengan asal manuskrip yang sahih dari karya-karyanya yang sangat banyak. Telah pun dicetak al-Ibanah namun ia bukan dari manuskrip yang asal boleh dipercayai. Dan pada kitab al-Maqālāt yang tersebar dengan namanya ada kesangsian”._

Dr ^Abdur-Raĥmān Badawi menyokong kenyataan al-^Allāmah al-Kauthari, kata beliau :

وقد لاحظ الكوثري بحق أن النسخة المطبوعة في الهند تلاعبت بها الأيدي الأثيمة.. اهـ.

_“Al-Kauthari telah memperingatkan dengan benar bahawa salinan yang telah dicetak di India dipermain-mainkan oleh tangan-tangan yang berdosa”._

Juga telah dicetak kitab al-Ibanah dengan suatu cetakan lagi yang merupakan hasil penelitian empat salinan manuskrip di bawah tahqiq Dr Fauqiyyah Husain. Cetakan ini lebih baik dari cetakan sebelumnya namun masih lagi tidak sunyi daripada _tahrif_, kekurangan dan pertambahan.

Antara hujah yang menyokong bahawa kitab tersebut telah pun dimasukkan penyelewengan dan pemalsuan adalah al-Hāfiz Ibn ^Asākir Rahimahullah taala telah menukilkan dua fasal daripada al-Ibanah dalam kitabnya yang berjudul _Tabyīn Kadhibil-Muftari._ Ketika dibuat perbandingan teliti antara _al-Ibanah_ bagi salinan cetakan yang ada merata-rata sekarang ini dengan cetakan Dr. Fauqiyyah beserta dengan dua fasal yang dinukilkan oleh al-Hāfiz Ibn ^Asākir maka ternyata jelas kadar tahrif dan penyelewengan yang telah terjadi terhadap kitab ini.

Ini beberapa petikan yang boleh dilihat bersama:

1. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 16) menyebutkan:

وأنكروا أن يكون له عينان مـع قوله تجري بأعيننا

Manakala nukilan al-Hāfiz Ibn ^Asākir (hlm. 157) menyebutkan:

وأنكروا أن يكون له عين

2. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang (hlm. 16) menyebutkan:

 وأن له سبحانه عينين بلا كيف

Manakala nukilan al-Hāfiz Ibn ^Asākir (hlm. 22) menyebutkan:
وأن له عيناً بلا كيف

3. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 69) menyebutkan:

إن قال قائل: ما تقولون في الاستواء؟ قيل له نقول: إن الله عز وجل مستوٍ على عرشه كما قال الرحمن على العرش استوى

Manakala cetakan Dr. Fauqiyyah (hlm. 105) menyebutkan:

إن الله عز وجل استوى على عرشه استواءً يليق به من غير حلول ولا استقرار

Jelas kita dapati ibarat terakhir “من غير حلول ولا استقرار" dibuang dalam cetakan yang ada di pasaran sedang pernyataan itu jelas menunjukkan bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari menolak sifat bertempat dan menetap di tempat.

4. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 73) menyebutkan:

فكل ذلك يدل على أنه تعالى في السماء مستوٍ على عرشه، والسماء بإجماع الناس ليست الأرض، فدل على أن الله تعالى منفرد بوحدانيته مستوٍ على عرشه

Manakala cetakan Dr. Fauqiyyah (hlm. 113) menyebutkan:

فدل على أنه تعالى منفرد بوحدانيته مستوٍ على عرشه استواءً منزهاً عن الحلول والاتحاد"اهـ

Ternyata golongan al-Hasywiyyah (golongan  yang menjisimkan Allah) telah membuang perkataan tanzih yang disebut oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari rahimahullah iaitu “استواءً منزهاً عن الحلول والاتحاد” yang mengandungi penyucian Allah daripada bertempat dan bersatu dengan makhluk.

5. Dalam kitab cetakan yang ada sekarang di pasaran (hlm. 57) menyebutkan:

"وذكر هارون بن إسحاق قال سمعت إسماعيل بن أبي الحكم يذكر عن عمر بن عبيد الطنافسي أن حمّاداً بعث إلى أبي حنيفة: إني بريء مما تقول، إلا أن تتوب. وكان عنده ابن أبي عقبة، قال، فقال: أخبرني جارك أن أبا حنيفة دعاه إلى ما استتيب منه بعد ما استتيب . وذكر عن أبي يوسف قال: ناظرت أبا حنيفة شهرين حتى رجع عن خلق القرآن اهـ

_“Harun ibn Ishaq menyebutkan katanya: "Aku mendengar Ismā^īl ibn Abī Hakam menyebut daripada ^Umar ibn ^Ubaid al-Țonāfasi bahawa Hammad diutuskan kepada al-Imam Abu Hanifah: Aku berlepas diri daripada apa yang kamu sebutkan melainkan jika kamu bertaubat ketika itu ada di sisinya Ibn Abi ^Uqbah. Katanya: Maka dia telah berkata: Jiran kamu telah mengkhabarkan kepadaku bahawa Abu Hanifah menyeru kepada sesuatu yang perlu diistitabahkan (istitabah bererti khalifah meminta daripadanya agar bertaubat) setelah apa yang diistitabahkan. Disebut daripada Abu Yusuf bahawa dia berkata: “Aku telah berdebat dengan imam Abu Hanifah dua bulan hingga dia kembali dari masalah al-Quran makhluk”_.

Manakala jika dilihat dalam kitab al-I^tiqad karangan al-Baihaqi (hlm. 112) ada diriwayatkan:

"روّينا عن محمد بن سعيد بن سابق أنه قال : سألت أبا يوسف فقلت : أكان أبو حنيفة يقول القرآن مخلوق؟ فقال : معاذ الله، ولا أنا أقوله. فقلت : أكان يرى رأي جهم؟ فقال : معاذ الله، ولا أنا أقوله. رواته ثقات"اهـ.

_“Kami riwayatkan daripada Muhammad bin Sa^id bin Sabiq bahawa dia berkata: "Aku tanya Abu Yusuf dengan berkata: "Adakah Abu Hanifah mengatakan al-Quran (yang merupakan kalamullah itu) makhluk? Katanya: “Mohon perlindungan daripada Allah,  aku juga (sepertinya) tidak aku katakan begitu”. Aku bertanya lagi: "Adakah dia sependapat dengan pendapat Jahm (Jahm Bin Safwan pengasas ajaran sesat Jahmiyyah) lalu katanya (Abu Yusuf): “Mohon perlindungan daripada Allah, aku juga (sepertinya) tidak aku katakan begitu”. Periwayat-periwayatnya adalah thiqāt”._

Bukankah hal ini jelas menunjukkan betapa kitab ini diselewengkan dan masukkan ibarat-ibarat yang membantu akidah mereka??!

Al-Hāfiz al-Muhaddith al-^Arif biLlāh al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Habasyi menyebut di dalam kitabnya _al-Syarĥul-Qawīm_, hlm. 302 - 303:

قال الامام أبو القاسم عمر بن الحسين بن الحسن المكي في كتابه المسمى نهاية المرام في علم الكلام حكى القاضي أبو بكر يعني ابن الباقلاني عن أبي الحسن رحمه يعني الأشعري أنه قال في كتاب النوادر عند سؤاله هل يعرف الله تعالى عبد اعتقد أنه جسم؟ فقال : إن هذا القائل غير عارف بالله وإنه كافر به. اھ. قال القاضي رحمه الله : وكذلك القول عنده على من زعم أن كلام الله تعالى مخلوق .اھ. وهذا هو الذي يصح عن أبي الحسن قال بعض العلماء أما كتاب الإبانة لم يكن طبعه من أصل وثيق وفي المقالات المنشورة باسمه وفقة لأن جميع النسخ الموجودة اليوم من أصل وحيد كان في حيازة أحد كبار الحشوية ممن لا يؤتمن على الاسم ولا المسمى. بل لو صح الكتابان عنه على وضعهما الحاضر لما بقي وجه لمناصبة الحشوية المجسمة العداء له على وجه معروف. ومعلوم طعن الحشوية المجسمة فيه قديما وحديثا

ويكفي في ذلك ما اشتهر عند الوهابية من ذمه وتضليله وتصريح بعضهم بتكفيره، فلو كانت نسخة صحيحة من الكتابين لاكتفوا بهما لإثبات أنه موافق لهم ولم يحتاجوا إلى الشتائم الغليظة والتكفير، حتى إنه بلغ بعضهم في شدة كراهيته أنه ذهب إلى قبره فأحدث عليه ، ثم الله تعالى انتقم منه فمات بنزيف الدم بعد ثلاثة أيام وفي هذا دلالة ظاهرة على أن هذين الكتابين ليسا له. لو كان عندهم نسخة صحيحة من هذين الكتابين ما احتاجوا إلى الشتم بل لجاهروا بأن الأشعري معنا وليس معكم وهذان الكتابان من كلامه فهو معنا لا معكم. ومعلوم عند المحدثين وغيرهم أن صحة النسخة شرط في الرواية

_“Al-Imām Abul-Qāsim ^Umar bin Husain bin Hasan al-Makki di dalam kitabnya yang berjudul Nihāyatul-Marām fī ^Ilmil-Kalām telah berkata; “ al-Qadhi Abu Bakar iaitu ibn al-Baaqillani menceritakan daripada Abul-Hasan - semoga Allah merahmatinya - iaitu al-Asy^ari bahawa dia berkata di dalam kitab al-Nawadir ketika ditanya:_

هل يعرف الله تعالى عبد اعتقد أنه جسم

_“Adakah hamba yang meyakini Allah taala berjisim itu dikira sebagai orang yang mengenal Allah ta^ala? Dia menjawab:_

إن هذا القائل غير عارف بربه وإنه كافر به

_“Sesungguhnya orang yang berbicara dengan perkataan ini tidak mengenal akan Tuhannya dan dia kafir dengan-Nya”._

_Al-Qađī (al-Baqillānī) berkata lagi ; Pendapat yang sama juga di sisinya (al-Asy^ari) berhubung orang yang menyangka bahawa kalam Allah taala itu adalah makhluk. Perkara tersebut ini adalah sebenarnya perkataan yang sahih dari imam Abul-Hasan al-Asy^ari._

_Sebahagian ulama ada berkata:_
_“Adapun kitab al-Ibanah, tiada terdapat cetakan yang boleh dipercayai. Kitab al-Maqālāt yang tersebar pada hari ini atas namanya memang ada kesangsian kerana kesemua salinan yang ada hari ini berasal dari (sumber) yang satu yang sebelumnya berada dalam simpanan salah seorang pembesar golongan al-Hasywiyyah/al-Hasyawiyyah yang tidak dirasai selamat pada judul kitab tersebut dan pengarang kitabnya. Bahkan  kalaulah benar-benar dua buah kitab (yang ada hari ini dan diubah dari asalnya) ini daripadanya sebagaimana yang ada sekarang ini nescaya pasti tiada lagi sebab atau sebarang bentuk untuk bangkit menentang golongan al-Hasywiyyah al-Mujassimah yang memusuhi beliau atas jalan yang diketahui semua._

_Sudah menjadi perkara yang sudah dimaklum akan cercaan terhadapnya oleh golongan al-Hasywiyyah al-Mujassimah (golongan yang menjisimkan Allah) dulu dan kini. Memadailah dalam menjelaskan hal tersebut apa yang menjadi masyhur di sisi  golongan al-Wahhabiyah berhubung sikap mereka mencaci-makinya (al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari), menyesatkannya, bahkan sebahagiannya menyatakan pengkafiran terhadapnya. Jika salinan cetakan 2 buah kitab ini benar-benar sahih nescaya memadailah mereka dengan keduanya untuk mengithbatkan bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari seiring dengan akidah mereka dan tiada pula mereka perlu bersusah payah mencelanya dengan teruk dan mengkafirkannya._

_Sehingga ada sebahagian mereka melampaui batasan kerana sangat membencinya. Lalu dia pergi ke kubur al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari dan dia berhadas di atasnya (buang air kecil dan besar di atas kubur beliau). Lalu Allah ta^ala mengenakan balasan buruk kepadanya dan dia mati disebabkan pendarahan yang kuat selepas 3 hari. Perkara ini adalah petanda yang amat jelas menunjukkan kedua kitab ini (yang ada dipasaran) bukan karangan beliau. Sekiranya mereka betul-betul mempunyai salinan yang sahih bagi kedua-dua kitab ini pasti mereka tidak perlu lagi mencaci makinya bahkan mereka mewarwarkan atau menyatakan secara terang terangan bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari bersama dengan kami bukan dengan kamu dan kedua kitab ini adalah perkataannya dan ini seiringan dengan kami bukan dengan kamu. Padahal sudah maklum di sisi ulama hadith dan selainnya bahawa kesahihan naskhah atau salinan adalah syarat dalam periwayatan.”_ Intaha

*Hujah tambahan:*

Jika benar apa yang ada dalam kitab _al-Ibanah_ nescaya ia akan diikuti oleh seluruh murid-murid al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari sebagaimana golongan al-Wahhabiyah pada hari ini mengikut kitab-kitab imam-imam mereka Muhammad ibn ^Abdul-Wahhāb dan sebagainya namun hakikatnya murid-murid terdekat dengan al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari yang terkenal telah menelusuri jalan takwil sekaligus mensabitkan perkara yang bertentangan dengan kitab al-Ibanah yang diselewengkan oleh golongan al-Hasyawiyyah.

Penyelewengan terhadap kitab al-Ibanah dan kitab-kitab Ahlus Sunnah yang lain adalah bertujuan menarik masyarakat kepada akidah tajsim dengan menyandarkanna kepada ulama muktabar terutamanya ulama pada zaman salaf padahal ia adalah dusta dan nista yang dipermain-permainkan oleh tangan-tangan pendosa padahal salaf berlepas diri daripada golongan ini.

*Tanbih:*

Ketahuilah bahawa al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari  tidak pernah melakukan mazhab yang baru dalam akidah bahkan beliau telah mensilibuskan mazhab Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah. Inilah yang disebut oleh al-Imām Qađil-Quđoh Tājud-Dīn ^Abdul-Wahhāb ibn ^Alī ibn ^Abdil-Kāfī al-Subkī al-Syāfi^ī (w 771 H) dalam kitabnya _Țobaqāt al-Syafi^iyyah al-Kubra_, jil. 2 hlm. 254:

"واعلم أن أبا الحسن الأشعري لم يبدع رأيًا ولم يُنشئ مذهبًا، وإنما هو مقرر لمذاهب السلف، مناضل عما كانت عليه صحابة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فالانتساب إليه إنما هو باعتبار أنه عقد على طريق السلف نطاقا وتمسك به، وأقام الحجج والبراهين عليه، فصار المقتدي به في ذلك السالك سبيله في الدلائل؛ يسمى أشعريًّا"

_"Ketahuilah bahawa Abul-Hasan al-Asy^ari tidak membawa pemikiran (ajaran) baru dan tidak pula mendirikan mazhab baru, bahkan beliau hanya menetapkan atau merumuskan kembali mazhab salaf, memperjuangkan apa yang telah diyakini oleh para sahabat Rasulullah ﷺ maka berintisab atau menyandarkan diri kepadanya adalah disebabkan beliau menetapkan keyakinan salaf dan berpegang teguh dengannya, mengukuhkan dalil dan penghujahannya, maka orang yang mengikuti jalan dan jejak langkah beliau dalam keyakinan (aqidah) disebut "Asy^ari", iaitu seorang pengikut al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari”._

Seterusnya al-Syaikh Tajud-Din al-Subki menyebut: _“Puji-pujian bagi Allah, mazhab-mazhab yang empat berada di dalam akidah yang satu, melainkan mereka yang terlibat dengan pendokong Mu^tazilah dan Mujassimah. Manakala golongan jumhur bagi golongan ini adalah golongan yang benar. Kesemua mereka membenarkan akidah Abū Ja^far al-Toĥāwī yang telah diterima oleh para oleh para ulama salaf dan khalaf. Mereka juga telah berpegang dengan agama Allah berdasarkan manhaj Syaikhus-Sunnah Abu al-Hasan al-Asy^ari yang mana tidak ada seorangpun yang akan membantah beliau melainkan golongan yang melakukan bidaah”._ (Lihat Tajud-Din ^Abdul-Wahhab ibn ^Ali al-Subki, _Mu^īdun-Ni^am wa Mubīdun-Niqam_, Kaherah, Maktabah al-Khanji, cet. 2, 1413H/1993R, hlm. 22 - 23)

✒Disediakan oleh :
*Kajian Ilmiah Ahli Sunnah (KIAS)*

Lihat khazanah ilmu di sini :

MENJAWAB AMALAN MENGKAFIR DAN MENSYIRIK BERMUSIM WARISAN WAHHABI

$
0
0

MENJAWAB AMALAN MENGKAFIR DAN MENSYIRIK BERMUSIM WARISAN WAHHABI :

Jawaban atas tuduhan dan fitnah  Adat Melayu Yang di anggap Bertentangan dengan syariat oleh Wahabi

1. *Mendengar berita kematian:*

Wahabi berdusta mengatakan adat melayu hanya membaca Alfatihah saja.

 *Jawab* :
Yang di baca adalah takziah Innalillahi wa inna ilaihi dan Alfatihah

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Jika salah seorang diantara kalian meninggal dunia maka jangan tahan jenazahnya,segera bawa dia ke kuburnya dan bacakanlah surat Al-Fatihah didekat kepalanya dan surat Al-Baqarah didekat kakinya di kuburnya.'(HR. Thabrani dan Baihaqi)

2. *Tanam jenazah*

– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu

*Jawab* :
– Jirus air
 Dalam kitab Al-Um karya Imam Syafii dan Sunanul Kubra karya Imam Baihaqi disebutkan:

أن النبي رش على قبر إبراهيم ابنه
"Sesungguhnya Nabi ﷺ memercikkan air ke kubur putra beliau yang bernama Ibrahim."

– Tabur bunga adalah anjuran dari hadits tentang pelepah kurma diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

– Tabur batu/tanah yang di genggam

Dalam hadits di kitab-kitab sunan disebutkan:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حضر جنازة ، فلما دفن الميت أخذ قبضة من التراب فألقاها في القبر ثم قال ( منها خلقناكم ) ثم أخذ أخرى وقال : ( وفيها نعيدكم ) . ثم أخذ أخرى وقال : ( ومنها نخرجكم تارة أخرى ) .
Rasulullah ﷺ menghadiri jenazah. Ketika jenazah di tanam, beliau mengambil segenggam tanah, kemudian melemparkannya ke dalam kubur.

3. *Kubur jenazah*

Wahabi berdusta dan mengatakan:
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta

 *Jawab* :
Tidak ada satu pun kuburan yang di jadikan masjid yang ada adalah masjid yang ada kuburanya.

Ibnu Syabbah meriwayatkan dalam Tarikh al-Madinah:

عَنْ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ النَّاسُ يَدْخُلُوْنَ حُجَرَ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلُّوْنَ فِيْهَا يَوْمَ الْجُمْعَةِ بَعْدَ وَفَاةِ النَّبِيِّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ الْمَسْجِدُ يَضِيْقُ بِأَهْلِهِ.

“Imam Malik berkata: “Orang-orang memasuki kamar-kamar istri-istri Nabi ﷺ , mengerjakan shalat di dalamnya, setelah wafatnya Nabi ﷺ , dan Masjid sesak dengan orang yang menghadirinya.”

4. *Kenduri arwah*

Wahabi mengatakan :
Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

*Jawab* :

Rasullullah ﷺ menganjurkan membaca surah Yasin untuk mayyit
 "اقرءوها على موتاكم"يعني يس

Bacakanlah surat tersebut terhadap orang-orang yang mati di antara kalian." Yaitu surat yasin" (HR. Abu Daud, Ahmad, Nasa'i dan Ibnu Majah )

Hadis ini Sahih menurut Imam ibnu Hibban dan imam Al-Hakim.

Jawaban mengenai 7 hari, 40 hari dan sedekah makanan

ﺍﻟﺤﺎﻭﻱ ﻟﻠﻔﺘﺎﻭﻱ ﻟﻠﺴﻴﻮﻃﻲ - ‏( ﺝ 3 / ﺹ 266 )
ﻗﺎﻝ ﺍﻹﻣﺎﻡ ﺃﺣﻤﺪ ﺑﻦ ﺣﻨﺒﻞ ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ ﻓﻲ ﻛﺘﺎﺏ ﺍﻟﺰﻫﺪ ﻟﻪ ﺣﺪﺛﻨﺎ ﻫﺎﺷﻢ ﺑﻦ ﺍﻟﻘﺎﺳﻢ ﻗﺎﻝ ﺛﻨﺎ ﺍﻻﺷﺠﻌﻲ ﻋﻦ ﺳﻔﻴﺎﻥ ﻗﺎﻝ ﻗﺎﻝ ﻃﺎﻭﻭﺱ ﺇﻥ ﺍﻟﻤﻮﺗﻰ ﻳﻔﺘﻨﻮﻥ ﻓﻲ ﻗﺒﻮﺭﻫﻢ ﺳﺒﻌﺎ ﻓﻜﺎﻧﻮﺍ ﻳﺴﺘﺤﺒﻮﻥ ﺃﻥ ﻳﻄﻌﻤﻮﺍ ﻋﻨﻬﻢ ﺗﻠﻚ ﺍﻷﻳﺎﻡ
“ Thowus berkata “ Sungguh orang-orang yang telah meninggal dunia difitnah dalam kuburan mereka selama tujuh hari, maka mereka (para sahabat nabi) gemar (bersedekah) menghidangkan makanan sebagai ganti dari mereka yang telah meninggal dunia pada hari-hari tersebut “.

Fitnah dan dusta yang nyata jika di katakan ritual seperti ini adalah cara hindu sebab di dalam ritual  tahlilan ada ucapan kalimat tauhid. Sejak kapan agama hindu membaca kalimat tauhid ??

Banyak adat melayu yang masih ada sampai saat ini adalah adat yang di himpun dari as-sunnah dengan dalil-dalil dan hadits, hanya saja Wahabi menolaknya sebab dalil-dalil dan hadits-nya dianggap tidak sahih oleh tokoh-tokoh Wahabi.

BERSAMBUNG ..

� Abu Muhammad Al-Maduri حفظه الله

��Ikuti dan Share Channel Telegram  SAHABAT ASWAJA


AMALAN-AMALAN DI KUBUR MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

Persoalan :

1. Hukum Ziarah Kubur
2. Ziarah kubur pada hari dan waktu tertentu
3. Membaca al Quran di Kubur
4. Mengusap di Kubur
5. Bertawassul
6. Meletakkan bunga dan menyiram air di kubur

Jawapannya di sini :


Persoalan :

1. Hukum membaca Surah Al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia

Jawapannya di sini :


Persoalan :

1. Hukum binaan di kuburan

Jawapannya di sini :

Gambar-gambar binaan kubur di ma'la di Mekah , baqi' di Madinah dan hukum binaan di kubur :



Persoalan :

1. Hukum Mengambil Upah Membaca al Quran

Jawapannya di sini :


Persoalan :

Hukum membaca talqin

Jawapannya di sini :


2. Status Hadith mengenai talqin :


3. Ulamak di dalam 4 mazhab membolehkan membaca talqin


4. Dalil-dalil Ulamak Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dalam mengkhususkan hari dan waktu terntentu untuk amalan soleh


5. Benarkah Kenduri Arwah Haram Dalam Mazhab Asy Syafi'e ?


6. Harus Membuat Kenduri Arwah Dengan Menentukan Masa - Ustaz Mohamad Elias Pasir Tumboh


7. Kenduri Arwah Dalam Kitab Jawi Muktabar


8. Mufti Wahhabi Saudi Membolehkan Tahlilan ?


Amalan umat Islam ternyata ada sandaran dari al Quran dan Hadith.  Adat Wahhabi yang suka mengkafir, mensyirik dan membid'ah datang dari amalan nenek moyang yang mana ?

*BATASAN HAD TIDAK BOLEH DISANDARKAN KEPADA ALLAH TA^ALA*

$
0
0

*BATASAN HAD TIDAK BOLEH DISANDARKAN KEPADA ALLAH TA^ALA*


Antara pegangan pelik yang dibawa oleh Ibn Taimiyyah al-Harrani adalah keyakinan Allah ta^ala mempunyai batasan had.

Ibn Taimiyyah al-Harrani menukilkan daripada Abu Sa^id al-Darimi al-Mujassim dalam kitabnya yang berjudul _Minhaj al-Sunnatin-Nabawiyyah_ (jil. 2, hlm. 29) dengan katanya:

والله تعالى له حد لا يعلمه أحد غيره، ولا يجوز لأحد أن يتوهم لحده غاية في نفسه، ولكن يؤمن بالحد ويكل علم ذلك إلى الله، ولمكانه أيضًا حد وهو على عرشه فوق سماواته، فهذان حدان اثنان » اهـ،

_“Allah ta^ala mempunyai suatu batasan had yang tidak diketahui sesiapapun selain-Nya. Dan tidak harus bagi sesorangpun menggambarkan suatu kemuncak pada diri-Nya bagi had-Nya itu. Tetapi hendaklah dia beriman dengan adanya batasan had pada Allah dan hendaklah dia menyerahkan ilmu tentang itu kepada Allah. Tempat Allah juga ada batasan had iaitu Dia berada di atas Arasy melepasi segala lapisan langit. Maka ini adalah dua batasan had”._ Intaha.

Seterusnya dia berkata lagi:

فهذا كله وما أشبهه شواهد ودلائل على الحد, ومن لم يعترف به فقد كفر بتنزيل الله وجحد ءايات الله  اهـ

_“Ini seluruhnya dan seumpamanya adalah bukti-bukti dan dalil-dalil menunjukkan adanya batasan had (bagi Allah). Sesiapa yang tidak mengakuinya maka dia telahpun kafir dengan perkara yang diturunkan oleh Allah dan mengingkari ayat-ayat Allah”_ Intaha.

Apa yang sangat mengecewakan ialah Ibn Taymiyyah bersetuju dengan kata-kata Abu Sa^id al-Darimi al-Mujassim tersebut.

Ibn Taimiyyah al-Harrani berkata dan menukilkan lagi daripada Abu Sa^id al-Darimi al-Mujassim dalam kitabnya yang berjudul _Minhaj al-Sunnatin-Nabawiyyah_ ( jil. 2, hlm. 29 - 30):

 وقد اتفقت الكلمة من المسلمين والكافرين أن الله في السماء وحدُّوه بذلك إلا المريسي الضال وأصحابه حتى الصبيان الذين لم يبلغوا الحنث قد عرفوا ذلك إذا أحزن الصبي شيء يرفع يده إلى ربه ويدعوه في السماء دون ما سواها وكل أحد بالله وبمكانه أعلم من الجهمية  اهـ

_”Sesungguhnya telah ada kata sepakat di antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir bahawa Allah ta^ala di langit dan mereka menghadkan atau membataskan-Nya dengan perkara tersebut melainkan al-Marisi yang sesat dan sahabat-sahabatnya. Hinggakan kanak-kanak yang belum baligh telah mengetahui perkara tersebut iaitu apabila kanak-kanak menangis dia akan angkat tangannya kepada Tuhannya dan mereka menyeru-Nya di langit bukan selain langit. Setiap orang amat mengetahui tentang Allah dan tempat-Nya berbanding golongan Jahmiyyah”._

Telah thabit bahawa Ibn Taimiyyah mencedok akidah tajsim daripada kitab-kitab ^Uthman al-Darimi al-Mujassim sebagaimana yang disebut oleh muridnya iaitu Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya yang berjudul _Ijtima^ul-Juyusyil-Islamiyyah_ (hlm. 88):

كتابا الدارمي- أي النقض على بشر المريسي والرد على الجهمية-من أجل الكتب المصنفة في السنة وأنفعها

_" Dua buah kitab karangan al-Darimi iaitu al-Naqd ^ala Bisyr al-Marisi dan al-Radd ^ala al-Jahmiyyah adalah antara kitab-kitab yang paling mulia dikarang tentang al-Sunnah dan paling bermanfaat"._ Intaha.

Kata Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah lagi :

وكان شيخ الاسلام ابن تيمية يوصي بهما أشد الوصية ويعظمهما جدا

_" Syaikhul-Islam Ibn Taimiyyah pernah mewasiatkan dua kitab itu dengan wasiat yang sungguh-sungguh dan memuliakan kedua-dua kitab ini sungguh-sungguh"._ Intaha.

Ibn Taimiyyah berkata dalam kitabnya _Bayan Talbis al-Jahmiyyah_ (jil. 1, hlm. 433):

 قد دل الكتاب والسنة على معنى ذلك كما تقدم احتجاج الإمام احمد بالقرآن مما يدل على ان الله له حد يتميز به عن المخلوقات اهـ

_“Al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan makna tersebut sebagaimana yang telah lalu bahawa al-Imam Ahmad berhujah dengan al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah ta^ala mempunyai batasan had yang berbeza ia daripada makhluk-makhluk”_ Intaha.

Katanya lagi di halaman yang sama:

وذلك لا ينافي ما تقدم من إثبات أنه في نفسه له حدُّ يعلمه هو لا يعلمه غيره   اهـ

_“ Dan demikian itu tidak menafikan perkara yang telah disebut sebelum ini bahawa bagi-Nya ada batasan had yang Dia sahaja yang tahu dan yang lain tidak mengetahuinya”._ Intaha.

Ibn Taimiyyah memang meyakini Allah ta^ala berada di arah atas alam. Padahal Allah ta^ala maha suci dari perkara tersebut.

Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam kitabnya _Bayan Talbis al-Jahmiyyah_ (jil. 1, hlm. 111):

والبارىء سبحانه وتعالى فوق العالم فوقية حقيقية ليست فوقية الرتبة   اهـ

_“ Allah subhanahu wa ta^ala Yang Pencipta itu berada di atas alam secara atas yang hakiki (bukan secara majaz atau metafora bagaimana kesepakatan ulama Ahlis-Sunnah) bukan juga atas dengan erti status”._ Intaha.

Al-Syaikh Muhammad Zahid Kauthari dalam ta^liqnya ke atas kitab _al-Saifus-Soqil_ (hlm.  40) ada menyebutkan:

قال ابن تيمية في التأسيس في رد أساس التقديس المحفوظ في ظاهرية دمشق في ضمن المجلد رقم 25 من الكواكب الدراري – وهذا الكتاب مخبأة ووكر لكتبهم في التجسيم وقد بينت ذلك فيما علقته علي المصعد الأحمد (ص 31): (فمن المعلوم أن الكتاب والسنة والاجماع لن ينطق بأن الأجسام كلها محدثة وأن الله ليس بجسم، ولا قال ذلك امام من أئمة المسلمين، فليس في تركي لهذا القول خروج عن الفطرة ولا عن الشريعة

_"Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam kitabnya al-Ta’sis fi Radd Asasit-Taqdis yang tersimpan di Zohiriyyah, Damsyiq dalam jilid no. 25 daripada al-Kawkab al-Durari, - Kitab ini disembunyikan dan dipenuhkan dalam kitab mereka dengan aqidah tajsim (akidah menjisimkan Allah). Aku telah menjelaskan perkara tersebut berhubung ta^liq yang telah aku buat ke atas al-Mas^ad al Ahmad (hlm. 31) [Ibn Taimiyyah berkata]: "Adalah maklum bahawa al- Quran dan al-Sunnah serta ijmak tidak menyebutkan bahawa jisim-jisim semuanya baharu dan Allah bukan berjisim. Perkara tersebut juga tidak juga disebut oleh imam dalam kalangan imam-imam umat Islam. Bukanlah sikapku pada meninggalkan pendapat ini keluar daripada fitrah dan syariat"._ Intaha

Di tempat yang lain Ibn Taimiyyah menyebut lagi:

قلتم ليس هو بجسم، و لاجوهر و لا متحيز و لا في جهة و لا يشار اليه بحس و لا يتميز منه شئ و عبرتم عن ذلك بأنه تعالي ليس بمنقسم و لا مركب و أنه لا حد له و لا غاية، تريدون بذلك أنه يمتنع عليه أن يكون له حد و قدر أو يكون له قدر لا يتناهي… فكيف ساغ لكم هذا النفي بلا كتاب و لا سنة اهـ

_" Kalian mengatakan Dia tidak berjisim, bukan jauhar, tidak berpihak, tidak berada di suatu arah, tidak diisyaratkan kepada-Nya dengan rasa, dan tidak membezakan daripada-Nya sesuatu, kamu telah mengungkapkan perkara tersebut bahawa Allah ta^ala tidak dibelah bahagi, bukan bersusun, *tiada batasan had bagi-Nya*, tiada kemuncak. Dengan ungkapan tersebut kamu bermaksud bahawa Allah tertegah kepada-Nya mempunyai batasan had dan qadar atau ada bagi-Nya qadar yang tidak ada penghujung... Bagaimana mungkin harus bagi kamu penafian ini tanpa al Quran dan al-Sunnah??!_  Intaha.

Lalu al-Kauthari berkata:

  و في ذلك عبر للمعتبر، و هل يتصور لمارق أن يكون أصرح من هذا بين قوم مسلمين؟ اهـ

_”Dalam perkara tersebut ada iktibar bagi orang yang  mengambil pengajaran. Adakah boleh digambarkan tentang orang yang terkeluar dari umat Islam (orang yang syaz) untuk menjadi lebih jelas dari perkara ini tergolong dalam kalangan kaum muslimin??!"_ Intaha.

Sangat pelik dan ganjil Ibn Taimiyyah ini terutama bila kita melihat dakwaan palsunya bahawa umat Islam dan kuffar bersepakat dan berijmak bahawa Allah itu ada had (batasan). Lebih parah lagi dia berani berdusta ke atas al-Imam Ahmad ibn Hanbal secara terang-terang.

1. Abul-Fadl al-Tamimi (w. 410 H) - ketua ulama mazhab Hanbali - menukilkan daripada al-Imam Ahmad dalam kitabnya _I^tiqad al-Imam Ahmad ibn Hanbal_ (hlm.  41) berkata:

والله تعالى لا يلحقه تغير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش ، وكان ينكر- الإمام أحمد – على من يقول إن الله في كل مكان بذاته لأن الأمكنة كلها محدودة اهـ

_“Allah ta^ala tidak berlaku kepada-Nya perubahan dan pertukaran  sebelum diciptakan Arasy dan setelah diciptakan Arasy. Al-Imam Ahmad mengingkari kepada sesiapa yang berkata Allah berada di semua tempat dengan zat-Nya kerana tempat-tempat itu semuanya suatu yang mahdud (yang ada batasan)”_intaha

2. Sayyidina ^Ali ibn Abi Tolib radiyaLlahu ^anhu berkata seperti yang diriwayatkan oleh Abu Nu^aim (w 430 H) dalam kitabnya _Hilyatul-Auliya’_ (j. 1, hlm 72):

"من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود"اهـ

Maksudnya, _"Barangsiapa beranggapan (berkeyakinan) bahawa Tuhan kita berukuran (ada batasan had) maka dia tidak mengetahui Tuhan Pencipta yang disembah (tidak beriman kepada-Nya)"_ Intaha.

3. Al- Imam al-Sajjad ^Ali Zainul-^Abidin ibn al-Husain ibn ^Ali ibn Abi Tolib (w. 94 H) berkata seperti yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Zabidi dalam kitabnya _Ithafus-Sadatil-Muttaqin_ dengan rangkaian sanad-sanad yang bersambung kesemua perawinya kepada Sayyiduna ^Ali Zainul-^Abidin:

"أنت الله الذي لايحويك مكان"اهـ

_“Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat_intaha

 Katanya lagi :

"أنت الله الذي لا تحد فتكون محدودا"اهـ

 _“Engkaulah Allah yang maha suci dari batasan had (benda, bentuk dan ukuran)”_

Beliau juga berkata :

"سبحانك لاتحس ولاتجس ولاتمس"اهـ

_“Maha suci Engkau yang tidak boleh diraba dan tidak pun disentuh”_ Intaha.

Allah tidak menyentuh sesuatupun dari makhluk-Nya dan Dia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhluk-Nya kerana Allah bukan benda. Allah maha suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan tidak berlaku jarak antara Allah dan makhluk-Nya kerana Allah bukan benda dan Allah ada tanpa tempat dan arah.

Kata-kata Sayyiduna ^Ali Zainul-^Abidin radiyalahu ^anhu di atas amat jelas menunjukkan bahawa Allah ta^ala tidak harus dibataskan dengan had, tiada bagi-Nya batasan had pada ilmu-Nya dan tiada pada ilmu makhluk-Nya. Persoalannya, dimana kononnya  dakwaan dusta ibn Taymiyyah yang mengatakan bahawa telah ada kata sepakat umat Islam dalam mengithbatkan batasan had bagi Allah ta^ala??! Bahkan yang jelas ialah ijmak para ulama menafikan adanya batasan had pada Allah ta^ala.

4. Al-Imam Abu Mansur al-Baghdadi ketika menyenaraikan perkara yang diijmakkan oleh Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah di dalam kitabnya _al-Farq bainal-Firaq_ (hlm. 320) menukilkan ijmak ulama dalam menafikan adanya had dan tempat pada Allah ta^ala:

و قالوا – أي أهل السنة و الجماعة – بنفي النهاية و الحد عن صانع العالم

_“Mereka (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) bersepakat tentang penafian adanya penghujung, dan batasan had pada Pencipta alam (Allah)”_ Intaha.

5. Al-Imam al-Faqih Abu Ja^far al-Tahawi radiyaLlahu ^anhu (w. 321 H) dalam risalahnya _al-^Aqidatut-Tohawiyyah_:

"وتعالى – أي الله – عن الحدود والغايات والأركان والأعضاء والأدوات لا تحويه الجهاتُ السِتُّ كسائر المبتَدَعات". اهـ

Maksudnya: _"Allah maha suci dari batasan, kemuncak, sudut, anggota besar dan anggota kecil dan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam seperti sekalian makhluk"._ Intaha.

Ulama Salaf menafikan adanya batasan had pada Allah ta^ala berdasarkan dalil kata-kata al-Imam al-Tohawi ini. Al-Tohawi mendatangkan perkara tersebut berdasarkan mazhab Salaf. Namun beliau menyebut nama al-Imam Abu Hanifah dan dua sahabatnya (al-Imam Yusuf al-Ya^qub ibn Ibrahim al-Qadi dan al-Imam Muhammad ibn Hasan al-Syaibani) secara khusus hanya dari sudut kemasyhuran mereka dan kerana dia telah menelusuri cara susun kata dalam mengungkapkan aqidah mengikut uslub mereka. Walhal itu adalah keyakinan seluruh mazhab Salaf sebagaimana difahami daripada kata-katanya dalam muqaddimah kitabnya: _“Ini adalah suatu penjelasan aqidah Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah..”_ Intaha.

6. Al-Imam Abu Hanifah radiyaLlahu ^anhu (w. 150 H) dalam _al-Fiqhul-Akbar_ berkata:

و لا حد له و لا ضد له اهـ

_“ Tiada batasan had bagi Allah ta^ala dan tiada sekutu bagi-Nya”_ Intaha.

7. Al-Hafiz al-Baihaqi dalam kitabnya _al-Asma’ was –Sifat_ (hlm. 157) berkata:

"وما تفرد به الكلبي و أمثاله يوجب الحد، و الحد يوجب الحدث لحاجة الحد الي حاد خصه به، و البارئ قديم لم يزل"اهـ

_”Perkara yang hanya disebut oleh al-Kalbi dan seumpamanya mewajibkan adanya batasan (bagi Allah). Dan batasan had itu mewajibkan kebaharuan kerana batasan had itu berhajat kepada pencipta batasan had yang menentukan kebaharuan itu dengan batas tersebut. Sedangkan Tuhan Yang Maha Pencipta itu qadim yang tidak binasa”._ Intaha.

8. Al-^Allamah al-Muhaddith Abu Hafs Najmud-Din ^Umar ibn Ahmad ibn Luqman al-Nasafi al-Hanafi menyebutkan dalam _al-^Aqidah al-Nasafiyyah_:

المحدث للعالم هو الله تعالى الواحد القديم الحي القادر العليم السميع البصير الشائي المريد ليس بعرض، ولا جسم، ولا جوهر ولا مصور ولا محدود...اھ

_”Yang menciptakan alam adalah Allah taala yang maha Esa, Qadim, Maha hidup, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Berkehendak, bukan ^arad, bukan jisim, bukan jauhar, bukan yang boleh digambarkan, bukan mahdud (dibataskan dengan had)..."_ Intaha.

9. Al-^Allamah al-Hafiz al-Muhaddith al-Faqih al-Syaikh ^Abdullah al-Harari al-Syafi^i al-Asy^ari al-Habasyi berkata dalam kitabnya _al-Matolibul-Wafiyyah Syarhul-^Aqidatin-Nasafiyyah_ (hlm. 63 – 65):

إن الله سبحانه وتعالى منزه عن أن يكون ذا حد ونهاية كسائر الأجسام لأنها محدودة فالعرش الذي هو أكبر الأجرام محدود. وكذا الذرة محدودة, لأن الفرق بينهما من حيث كثرة الأجزاء وقلتها, والذرة عند أهل اللغة و المتكلمين تطلق على النملة الصغيرة الحمراء, قال الحافظ اللغوي محمد مرتضى الزبيدي ما نصه الذر صغار النمل مائة منهما زنة حبة شعير, وقيل الذرة ما ليس لها وزن, ويراد بها ما يرى في شعاع الشمس الداخل في النافذة, قالوا الذر النمل الأحمر الصغير الواحدة ذرة  اهـ

فالعرش أجزاؤه كثيرة، والذرة أجزاؤها قليلة، فلا يتوهم متوهم غافل عن تنزيه الله تعالي أن مرادهم بنفي المحدودية عن الله أنه شئ لا تحصي أجزاؤه كالعرش، و أنه ليس صغيرا قليل الأجزاء بحيث يدخل تحت الحصر، فينبغي الاهتمام ببيان هذه العبارة لطلاب العلم علي الوجه الذي ينفي عنهم توهم المعني الفاسد المذكور، لأنه قد يتوهم بعض الجهال اذا قيل الله ليس له حد أو ليس بمحدود أن معناه جرم كبير، و اعتقاد الجرم في الله كفر، فمن اعتقده جرما صغيرا أو اعتقده جرما كبيرا كالعرش أو أوسع منه فهو غير عارف بربه فالله تعالي منزه عن الحدود، أي: لا يجوز عليه عقلا و لا شرعا أن يكون له حد، و لا يجوز أن يقال ان له حدا لا نعلمه بل هو يعلمه كما قال بعض المجسمة من الحنابلة من أسلاف ابن تيمية، و ذلك لأن المحدود يحتاج الي من حده، و المحتاج الي غيره فهو محدث، و المحدث لا يكون الها لأن الاله من شرطه الأزلية و القدم

و يكفي لنفي الحد و الحجم عن الله تعالي من حيث النص الشرعي قوله تعالي: (ليس كمثله شي ء) لأنه لو كان حجما لكان له أمثال لا تحصي و هذا من الأوليات في مفهوم هذه الأية، لأن الشئ ذكر في الآية في معرض النفي فيشمل كل ما سواه من حجم كثيف و حجم لطيف، فقول مشبهة العصر (الوهابية): ان معني الآية ليس له مثل فيما نعرفه، زيغ من القول لا يلتفت إليه

_“Sesungguhnya Allah ta^ala maha suci daripada mempunyai batasan had dan nihayah (penghujung) sepertimana sekalian jisim-jisim kerana jisim-jisim itu mahdud (dibataskan dengan saiz atau had). Justeru, Arasy yang merupakan jirim yang paling besar suatu yang terbatas(dibataskan dengan had).  Demikian juga zarrah ada batasan had kerana beza di antara kedua-duanya adalah dari sudut banyaknya bahagian-bahagian dan sedikitnya sahaja._

_Al-Zarrah di sisi pakar bahasa Arab dan golongan al-mutakallimin disebut untuk semut yang kecil berwarna merah. Al-Hafiz al-Lughawi Muhammad Murtadha al-Zabidi menyebutkan:_

_”Al-Zarr adalah semut-semut yang kecil, 100 ekor darinya seberat satu biji barli. Ada pendapat yang mengatakan al-zarrah adalah sesuatu yang tiada timbangan berat. Yang dimaksudkan dengan al-zarrah adalah sesuatu yang dilihat pada pancaran matahari yang masuk melalui jendela (iaitu habuk). Mereka mengatakan bahawa al-zharr adalah semut merah yang saiznya kecil. Seekor semut merah itu disebut zarrah”._

_Arasy bahagian-bahagiannya banyak,manakala zarrah pula bahagian-bahagiannya sedikit. Jangan seseorang itu keliru dan lupa tentang penyucian Allah ta^ala bahawa maksud mereka dengan menafikan sifat-sifat had daripada Allah ta^ala itu ia adalah sesuatu yang bilangan bahagian-bahagiannya tidak terhingga seperti Arasy dan Dia bukan sesuatu yang kecil yang sedikit bahagian-bahagiannya sekira-kira masuk dalam lingkungan bilangan tertentu._

_Justeru, sewajarnya hendaklah mengambil berat dengan memberi penjelasan ungkapan ini kepada penuntut-penuntut ilmu mengikut cara yang boleh menafikan kekeliruan makna rosak yang telah disebutkan.  Ini kerana mungkin sahaja sebahagian golongan jahil keliru jika dikatakan Allah tidak mempunyai had atau tidak dibataskan dengan had bahawa maknanya Allah itu suatu jirim yang sangat besar. Padahal keyakinan bahawa Allah ta^ala berjirim itu adalah suatu kekufuran. Sesiapa yang meyakini Allah itu suatu jirim kecil atau meyakini-Nya suatu jirim besar seperti Arasy atau lebih luas daripada Arasy maka dia seorang yang jahil tentang Allah dan tidak mengenali Tuhannya._

_Justeru, Allah ta^ala maha suci dari dibataskan dengan had iaitu tidak harus pada akal dan syarak bahawa Allah ta^ala itu mempunyai batasan had. Tidak boleh dikatakan bahawa Allah mempunyai batasan had yang kita tidak mengetahuinya bahkan Dia sahaja yang mengetahuinya sebagaimana disebut oleh sebahagian golongan al-Mujassimah dalam kalangan al-Hanabilah yang menjadi para salaf kepada Ibn  Taimiyyah. Hal tersebut kerana mahdud (sesuatu yang dibataskan dengan had) berhajat kepada sesuatu yang membataskannya. Yang berhajat kepada yang selainnya pula adalah baharu. Sedangkan suatu yang baharu itu tidak layak menjadi Tuhan kerana Tuhan antara syaratnya adalah azaliyyah dan qidam (tiada permulaan pada kewujudan-Nya)._

_Ayat 11 surah al-Syura memadai dalam menafikan batasan had dan saiz daripada Allah ta^ala dari sudut nas syar^i iaitu firman Allah ta^ala:_

ليس كمثله شيء

_Mafhumnya : "Allah ta^ala tidak sama dengan sesuatupun dalam apa jua sudut sekalipun"._

_Ini kerana jika Allah itu suatu yang bersaiz sudah tentu Dia mempunyai sesuatu yang sama seperti-Nya yang tidak terhingga banyaknya. Inilah antara perkara utama dalam kefahaman ayat ini. Kerana شيء yang disebut di dalam ayat tersebut dalam bentuk naïf. Justeru penafian tersebut merangkumi setiap sesuatu yang selain-Nya seperti jisim kathif (jisim yang boleh disentuh dengan tangan) dan jisim latif (jisim yang tidak boleh disentuh dengan tangan). Maka pendapat Musyabbihah zaman kini (Wahhabiyyah) bahawa makna ayat ini ialah tiada suatu yang sama dengan-Nya dalam perkara yang kita tahu, adalah ucapan yang menyimpang dan tidak perlu berpaling kepadanya "_ Intaha.

10. Al-Imam Abul-Qasim al-Ansori al-Naisaburi, seorang yang mensyarahkan kitab _al-Irsyād_ karangan Imamul-Haramain dengan membuat fasal khas menolak fahaman yang mengatakan Allah mempunyai batasan had dan penghujung  iaitu dengan tajuk _Bāb Fī Nafyil-Hadd wan-Nihāyah_ (manuskrip, hlm. 59).

Adapun apa yang dinukilkan oleh Ibn Taimiyyah mengenai sebahagian Salaf yang mengatakan ada batasan had bagi Allah ta^ala maka periwayatannya tidak thabit. Jika sahih pun maka ia adalah nukilan seorang daripada pengikut Tabi^in dan ia bukanlah hujah kerana hujah adalah dengan kalam Allah dan kalam rasul-Nya yang thabit lagi sahih daripada baginda dengan sanad-sanad yang sunyi daripada perbezaan pendapat padanya “مختلف فيه” sebagaimana disyaratkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani dan selainnya mengenai hadith-hadith berkaitan dengan sifat-sifat Allah.

Adapun pengistidlalannya dengan perkara yang warid bahawa Rasulullah berkata kepada ayah ^Imran ibn Husain: "Wahai Husain, Berapa Tuhan yang engkau sembah hari ini?! Jawabnya: “Tujuh tuhan, enam di bumi dan satu di langit”.  Sabda baginda lagi: “Maka yang mana antara mereka kamu gemari dan menakutkan kamu?!” Katanya: “ Yang berada di langit”. Hadith ini tidak warid dengan sanad-sanad yang boleh menyebabkan hadith tersebut dikira thabit berkaitan dengan sifat-sifat Allah. Justeru tiada hujjah pada perkara tersebut.

Begitu juga pengistidlalannya untuk mengithbatkan batasan had di langit dengan perbuatan mengangkat tangan ke arah langit bagi tujuan berdoa. Sesungguhnya ia tidak menunjukkan bahawa Allah ta^ala berpihak pada arah atas sebagaimana juga hadith Muslim menyebutkan Rasulullah ketika meminta hujan baginda menghadapkan tangannya ke arah bawah maka ia tidak menunjukkan bahawa Allah berada di arah bawah. Tidak ada sebarang  hujjah pada hadith-hadith ini untuk mengthabitkan arah atas dan arah bawah bagi Allah ta^ala.

Lafaz hadith dalam Sohih Muslim daripada Anas ibn Malik:_

إن النبي صلى الله عليه وسلم استسقى فأشار بظهر كفيه إلى السماء
_"Sesungguhnya Nabi ﷺ pernah meminta hujan kemudian baginda mengisyaratkan belakang telapak tangannya ke langit (dengan ini bermakna telapaknya pula ke bumi)._

Diriwayatkan Abu Dawud dan Ibn Hibban dalam kitabnya Sohih Ibn Hibban:

أن رسول الله استسقي عند أحجار الزيت قريبا من الزوراء قائما يدعو يستسقي رافعا كفيه قبل و جهه لا يجاوز بهما رأسه..

_“Sesungguhnya Rasulullah telah meminta hujan di sebelah Ahjār al-Zayyit  dekat dengan al-Zaurā’ dalam keadaan berdiri, baginda berdoa ketika meminta hujan dalam keadaan mengangkat kedua pergelangan tangannya sebelum wajahnya tetapi tidak melepasi kepala keduanya”_. Intaha.

11. Al-Imam al-Hafiz Muhammad ibn Hibban Abu Hatim al-Basti menafikan batasan had daripada Allah ta^ala sebagaimana dinukilkan perkara tersebut oleh al-Hafiz Hajar al-^Asqalani dalam kitabnya _al-Mizan_  (jil. 5, hlm. 114). al-Syaikh Tajud-Din  al-Subki berkata dalam _Rabi^ul Masa'il Fi ^Ilmil Hadith_ (hlm. 36 - 37):

ومن ذلك قول بعض المجسمة في أبي حاتم بن حبان: "لم يكن كبير دين، نحن أخرجناه من سجستان لأنه أنكر الحد لله"، فيا ليت شعري من أحق بالاخراج؟ من يجعل ربه محدودا أو من ينزهه عن الجسمية؟

_“Antara perkara tersebut adalah perkataan sebahagian golongan al-Mujassimah mengenai Abi Hatim ibn Hibban: "Dia bukan seorang yang hebat dalam agama. Kami telah keluarkan dia daripada Sajistan kerana dia telah mengingkari batasan had bagi Allah". Pelik siapa yang sepatutnya dikeluarkan? Orang yang menjadikan Tuhannya mahdud (dibataskan dengan had) atau orang yang mensucikan-Nya daripada sifat jisim??!”_ Intaha.

Nukilan ini seakan-akan sama dengan apa yang disebut oleh al-Muhaddith al-Syaikh al-Sayyid ^Abdullah al-Ghumari dalam kitabnya _Itqānuş-Şun^ah_ (hlm. 30 - 31):

قال التاج السبكي في طبقات الشافعية: أن أبا اسماعيل عبد الله بن محمد الهروي الذي تسميه المجسمة شيخ الإسلام، قال: سألت يحيى بن عمار عن ابن حبان، قلت: رأيته؟ قال: وكيف لم أره؟ ونحن أخرجناه من سجستان. كان له علم كثير، ولم يكن له كبير دين. قدم علينا فأنكر الحد لله، فأخرجناه من سجستان. قال السبكي: انظر ما أجهل هذا الجارح! وليت شعري من المجروح؟ مثبت الحد لله؟ أو نافيه!

_“Al-Taj al-Subki menyebut dalam kitab Tobaqāt al-Syafi^iyyah: “Abu Isma^il Abdullah ibn Muhammad al-Harawi yang digelar oleh golongan Mujassimah sebagai Syaikhul-Islam pernah berkata:_

_"Aku bertanya kepada Yahya ibn ^Ammar tentang Ibn Hibban. Tanyaku kepadanya: Pernahkah kamu melihatnya (Ibn Hibban)? Yahya menjawab: Apa tidaknya, kami yang mengusirnya dari Sajistan. Dia mempunyai ilmu yang banyak, tetapi tidak mempunyai agama yang besar. Dia datang kepada kami dan membantah adanya batasan had bagi Allah, kerana itulah kami mengusirnya keluar daripada Sajistan"._

_Al-Subki berkata:_

_"Lihatlah betapa dangkalnya si pengkritik ini. Siapakah yang sepatutnya dikritik? Orang yang mengatakan Allah mempunyai batasan had atau orang yang menafikannya?”_ Intaha.

Al-Syaikh Nurud-Din ibn ^Ali al-Raniri yang merupakan Mufti Acheh yang terdahulu dalam kitabnya _Durarul-Fara’id bi-Syarhil-^Aqa’id_ (manuskrip simpanan Khazanah Fathaniah, hlm. 10) berkata:

_”...Yakni kita iktikadkan bahawasanya Allah ta^ala tiada serupa pada zat-Nya dan sifat-Nya dan af^al-Nya dengan segala makhluk; bahawa Al-Haq [Allah] ta^ala itu tiada seperti sesuatu jua pun... ((ولا جسم)) ertinya tiada bersusun... ((ولا مصور)) ertinya tiada dapat dirupakan ((ومحدود)) ertinya tiada dapat dihinggakan...”_. Intaha.

Dengan penjelasan ini maka telah terang kepada kita penipuan dan terbongkarlah pendustaan demi pendustaan Ibn Taimiyyah. Inilah caranya, apa sahaja pendapat yang dia rasakan suka dalam hal keyakinan dan takjub, dia tanpa segan silu menyandarkannya secara dusta kepada ulama salaf untuk mengelirukan orang yang lemah akalnya dan lemah pemahamannya bahawa apa yang dia bawa itu adalah salaf.. padahal...هيهات هيهات (teramat jauh).


✒️ Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

Lihat khazanah ilmu di sini:

Persoalan Nur Muhammad

$
0
0

Persoalan Nur Muhammad

Soalan :

Adakah Nabi SallaLlahu 'alaihi wasallam merupakan nur atau manusia biasa seperti kita sepertimana yang dikhabarkan di dalam al Quran ?

Jawapan :

Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam merupakan nur, adalah sohih. Firman ALlah subahanahu wa ta'ala :

يَـٰٓأَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ قَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ ڪَثِيرً۬ا مِّمَّا ڪُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن ڪَثِيرٍ۬‌ۚ قَدۡ جَآءَڪُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ۬ وَڪِتَـٰبٌ۬ مُّبِينٌ۬ (١٥)

Ertinya : Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci dan Dia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

(Al Maidah ayat : 15)

ALlah subahanahu wa ta'ala juga berfirman :

وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجً۬ا مُّنِيرً۬ا (٤٦)

Ertinya : "Dan (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama ALlah subahanahu wa ta'ala dengan taufiq yang diberiNya ; dan sebagai lampu yang menerangi

(Surah al Ahzaab ayat 46)

Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah nur dan penerang. Tidak mengapa jika kamu mengatakan bahawa Sayyiduna Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah nur selama ALlah subahanahu wa ta'ala telah menyifatkan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam sedemikian dan menamakannya Nur. Bahkan, telah thabit di dalam sunnah bahawa sahabat radiyaLlahu 'anahu menyatakan sesungguhnya wajah Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam seumpama bulan purnama.

إن وجهه صلى الله عليه وسلم كالقمر رواه النسائي و الطبراني

Ertinya : Sesungguhnya wajahnya (Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam) seperti rembulan

(Riwayat Nasa'i, As sunnan al Kubra, vol 5 hlmn 187, dan vol 6, hlm 155; Tobrani, Al Mu'jam Al Kabir, vol 10, hlm 147; dan al Hafiz Ibnu Hajar juga mengemukakan di dalam al Ishaabah, vol 6, hlm 180.

Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam juga telah mengkhabarkan ketika mengandungkannya, bondanya melihat cahaya yang memancar sehingga menerangi istana-istana Busra di negara Syam. Para sahabat radiyaLlahu 'anhu tatkala masuk ke Madinah, semua benda menjadi bercahaya. Tatkala baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam wafat, semua benda menjadi gelap.

Begitu juga athar-athar dan hadith-hadith lain yang menerangkan bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah nur. Tidak sewajarnya kita menafikan bahawa nur tersebut adalah nur yang bersifat hissi (yang boleh dirasai oleh salah satu pancaindera). Kerana tidak ada di sana apa-apa yang menghalang untuk kita menyatakan bahawa sifat Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam itu menerangi atau memiliki nur hissi sebagaimana ia juga tidak bertentangan dengan tabiat manusia yang telah dikhabarkan oleh al Quran.

Sesungguhnya yang dilarang ialah menafikan sifat kemanusiaan bagi diri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam kerana ini bersalahan dengan apa yang disohihkan oleh al Quran. ALlah subahanahu wa ta'ala telah berfirman :

قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ فَٱسۡتَقِيمُوٓاْ إِلَيۡهِ وَٱسۡتَغۡفِرُوهُ‌ۗ وَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُشۡرِكِينَ (٦)

Ertinya : "Katakanlah (wahai manusia) : "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku"

(Surah al Fussilat ayat 6)

Yang paling selamat ialah dengan menetapkan apa yang telah ditetapkan oleh ALlah subahanahu wa ta'ala bagi NabiNya sallaLlahu 'alaihi wasallam Allah subahanahu wa ta'ala telah menetapkan bahawa Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam adalah nur yang menerangi dan sentiasa berada dalam keadaan sedemikian dan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam juga adalah manusia seperti kita tanpa perlu sebarang tafsil (perincian) dan tanzir (pengkajian).

Menetapkan diri Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam mempunyai nur yang hissi juga tidak bertentangan dengan hakikat diri baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam yang merupakan manusia. Bulan tabiat semulajadinya terdiri daripada batu-batu pejal dan dalam masa yang sama ia adalah cahaya dan mempunyai cahaya hissi. Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam lebih mulia daripada bulan dan lebih mulia daripada seluruh makhluk ciptaan Allah subahanahu wa ta'ala. Kami memohon kepada ALlah subahanahu wa ta'ala agar menunjukkan kami jalan yang lurus, Ini adalah penerangan mengenai permasalan nur yang dinisbahkan kepada Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam. Kami akhiri dengan doa kami, segala puji bagi ALlah subahanahu wa ta'ala Tuhan sekalian alam.

Di antara hadith yang mensabitkan Nur Muhammad ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh ali ibn al Husain daripadanya ayahandanya daripada nendanya, bahawa Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

كنت نورا بين يدي ربي

Ertinya : "Aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku"

Hadith ini disebut oleh al Hafiz Abu Hasan Ali ibn Muhammad al Qattan di dalam Ahkamnya, Beliau merupakan di antara pengkritik hadith yagn mahsyur dan di antara ulama yang tegas dan memberikan perhatian serius terhadap periwayatan dan penjagaan sesuatu hadith.

Selain itu, Dr Sayyid Muhammad ibn Alawi al Maliki juga mengemukakan ayat di atas dan menyatakan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa nur dalam ayat ialah Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam sebagaimana yang disebut di dalam Tafsir al Tabari, ibn hatim dan al Qurtubi, Qatadah juga berpendapat sedemikian.

Di antara dalilnya juga ialah hadith yang banyak menyebut tatkala Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam dilahirkan, bondanya melihat cahaya dan keluar bersamanya cahaya yang menerangi istana-istana Syam. Ibnu Hajar berkata sedemikian dan mensohihkan hadith ini. Begitu juga Ibnu Hibban dan al Hakim.

Sumber rujukan :

1. Mohammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan Jilid 8, Cet Pertama, 2009, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah Majlis Agama Islam Negeri Johor.

2. Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Siapa Wahhabi?

$
0
0

*Siapa Wahhabi?*

Berikut adalah 15 perkara atau ciri ciri yang tidak syak bahawa orang yang memilikinya itu dikira sebagai wahhabi :

1. Bukan semua individu yang meninggalkan bacaan qunut itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengumpamakan Allah dengan makhluk dan menyifatkan-Nya dengan anggota maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.
📕 Lihat : Tanbihat Fi Rad ^Ala Man Tawwala al Sifaat, Karangan Ibn Baz, Terbitan Riasah ^ Ammah Lilifta', Riyad, hlm 19.

2. Bukan semua individu yang meninggalkan Solat Sunat Qabliyyah sebelum Jumaat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah serta menghalalkan darah mereka itu maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕Lihat kitab yang berjudul Min Masyahir al-Mujaddidin Fi Islam, terbitan Riasah ^Ammah Lilifta^, Riyadh, hlm 32.
📕lihat juga Fathul Majid karangan Abdul Rahman,Terbitan Maktabah Darul Salam Riyadh, hlm 353.
📕kitab Manhaj Asya^irah fil Aqidah,karangan Dr Safar al-Hawali,hlm 5, 16 dan 29.
📕al-Maturidiyyah Wamauqifuhum Minal Asma^ Wa Sifaat, karangan Syamsul Salafi al-Afghani, 10,11 dan 44.
📕Kitab yang berjudul Tauhid, terbitan tahun 1423 H, hlm 66-67, Kata Soleh Fauzan al Wahhabi :

فهؤلاء المشركون هم سلف الجهمية والمعتزلة والأشاعرة

"Maka  golongan musyrik tersebut adalah salaf puak al-Jahmiyyah, al-Muktazilah dan al-Asya^irah".

3. Bukan semua individu yang tidak melaungkan azan sebanyak 2 kali pada hari Jumaat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan umat Islam yang bertawassul dengan Rasulullah ﷺ dan menghalalkan darah serta harta mereka maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕Lihat kitab yang berjudul al Tauhid karangan Soleh Fauzan, hlm 70

4. Bukan semua individu yang meninggalkan majlis tahlil kepada si mati itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang menyifatkan Allah taala dengan duduk bersemayam, menetap, bergerak, dan berpindah-randah maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕Lihat kitab yang berjudul Fathul Majid karangan Abdul Rahman Bin Hasan Bin Muhammad Bin Abdul Wahhab, cetakan Darul Salam, Riyadh, hlm 356.
📕lihat kitab yang berjudul Fatawa Aqidah,karangan ibn al-Uthaimin, hlm 742.

5. Bukan semua individu yang mendakwa dia mengikut al-Quran dan al-Sunnah itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan orang yang mengikut mazhab-mazhab yang muktabar, menghalalkan darah mereka serta menganggap taqlid kepada imam-imam mazhab itu adalah syirik maka tidak syak lagi  dia adalah wahhabi.

📕Lihat kitab yang berjudul al Din al-Khalish,karangan al Qanuji, jilid 1 hlm 140. Katanya :

تقليد المذاهب من الشرك

" Mengikut mazhab-mazhab yang muktabar adalah syirik". Dengan ini, mereka telah mengkafirkan majoriti umat Islam di seluruh dunia pada hari ini dan umat Islam sebelumya yang beramal dan bertaklid kepada mazhab-mazhab yang empat.

6. Bukan semua individu yang membayar zakat fitrah dengan mengeluarkan bahan makanan seperti beras itu wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan pemusafiran dengan tujuan menziarahi maqam Rasulullah itu maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕Lihat Tahqiq Wal Idhoh Likathir Min Masail al- Haj Wa al ^Umrah, hlm 88,89, 90,dan 98.

7. Bukan semua individu yang meninggalkan ucapan “سيدنا” ketika berselawat ke atas nabi itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan sambutan Maulidurrasul dan mengkafirkan pelakunya maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕lihat kitab yang berjudul al-Tauhid, karangan Soleh Bin Fauzan, Riyadh, hlm 166 dan 120.
📕lihat kitab Tahzir Min al-Bid^ah karangan ibn Baz, hlm 3,4,5 dan 5

8. Bukan semua individu yang tidak membaca Surah Yasin pada malam jumaat adalah wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan bacaan al-Quran kepada orang yang telah meninggal dunia maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕 Lihat kitab yang berjudul Taujihaat Islamiyyah karangan Muhammad Zainu,Riyadh. Hlm 137.

9. Bukan semua individu yang meninggalkan doa dan zikir setelah solat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan amalan bertabarruk dengan Rasulullah ﷺ dan menghentam orang yang melakukannya dengan syirik serta menghalalkan darah mereka maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕 Lihat Kitab Yang berjudul Islamiyyah La Wahhabiyyah, karangan Nashir Bin ^Abdul Kareem Al- ^Aqal, hlm 87.
📕lihat kitab yang berjudul Tahzir al-Sajid Min Ittikhaz al-Qubur Masaajid, hlm 68-69.

10. Bukan semua individu yang tidak melafazkan niat itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengatakan bahawa Allah taala duduk di atas Arasy maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕Lihat Majalah Haji, bilangan 9 jilid 11,1415 hijriyyah,Makkah 73-74.

11. Bukan semua individu yang mengatakan bahawa pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati melainkan dengan cara berdoa itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengingkari kenabian Adam alayhissalam maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕lihat kitab yang berjudul al Iman Bil Anbiya' Jumlatan, karangan Abdullah bin Zaid, cerakan Maktabah Islami, Beirut.
📕lihat Syarah Thalathah al-Ushul, karangan Mohamad Bin Soleh Al- Uthaimin, Dar al Thurauyya Linnasyr, hlm 149.

12.  Bukan semua individu yang melarang pembinaan di atas kubur yang diwakafkan itu dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengkafirkan para sufi dan menganggapkan pembunuhan terhadap golongan sufi adalah suatu perkara yang wajib maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕 Lihat kitab yang berjudul Majmu^ al Mufid Min ^Aqidah al Tauhid, Maktabah Darul Fikr, Riyadh, hlm 102.

13. Bukan semua individu yang menyifatkan Allah dengan istiwa’ dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mentafsirkan istiwa’ yang warid di dalam al-Quran dengan makna duduk bersemayam (الجلوس) maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕lihat kitab Nazarot Wa Ta^aqubat ^Ala Ma Fi Kitab Al Salafiyyah, karangan Soleh Bin Fauzan, Cetakan Darul Watan Riyadh, hlm 40.

14.  Bukan semua individu yang tidak menyebut sifat 20 di dalam kitab-kitab mereka dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang menyifatkan Allah dengan anggota badan maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕Lihat kitab Tanbihaat Fi Rod ^ Ala Man Taawwala al Sifat karangan ibn oleh Bin Baaz
📕Kitab yang berjudul Tanbihaat Fir Rad ^Ala man Taawwala al Sifat karangan ibn Baz, hlm 19.

15.  Bukan semua individu yang tidak menyapu muka setelah berdoa dikira sebagai wahhabi, tetapi sesiapa yang mengharamkan ucapan (صدق الله العظيم) setelah selesai membaca al-Quran, maka tidak syak lagi dia adalah wahhabi.

📕 lihat Majalah Buhuth Islamiyyah, terbitan Riyasah Buhuth Al ^Alamiyyah wa al- Ifta' bilangan 45 tahun 1416 H, Riyadh,hlm 94.
📕lihat Kitab yang berjudul Taujihaat al Islamiyyah karangan Muhammad Zainu, hlm 81.
📕lihat juga al Bahthu wa al Istiqra' Fi Bida^ al Qurra^ Karangan Dr Muhammad Musa Nasr.

🔭🔭 Dengan 15 perkara yang telah disenaraikan di sini, kamu pasti akan dapat membezakan hakikat sebenar siapakah wahhabi dan siapakah yang bukan wahhabi.

والله أعلم وأحكم

✒Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*
Lihat khazanah Ilmu di sini :

HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA

$
0
0

HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA (2)⚠️*


Al-Syaikh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali berkata:

_*"Telah banyak ulama mazhab kita dan lainnya telah me[ng]hukumkan akan dia [ibn Qayyim al Jawziyyah] dengan sesat perpegangannya* [pegangannya] *dengan beberapa dalil daripada iktikadnya* [keyakinannya] *dan perkataannya yang zahir ia pada kitabnya dan pada fatwa-fatwanya* [Ibn Qayyim al-Jawziyyah adalah seorang yang sesat sama ada pada keyakinan dan perkataannya berdasarkan pendapat-pendapatnya sendiri di dalam kitab-kitabnya walaupun dia mempunyai ilmu], *maka dengan sebab itu tiadalah boleh kita percayai akan dia pada mazhab dan jika didatangkannya akan syubhahnya* [penyelewengannya] *sekalipun... istimewa lagi* [lebih-lebih lagi] *perkataannya itu telah nyata bersalahannya* [percanggahannya] *dengan perkataan kebanyakan ulama mazhab kita yang Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah.*_

_*Maka janganlah semata-mata sampai kepada kita perkataannya kita terima dengan ikhlas saja tetapi hendaklah periksalah dahulu kepada ulama-ulama mazhab kita dan mana-mana yang telah menfatwakan oleh mereka itu ialah yang kita pakai karena mereka itu lebih tahu daripada kita pada perkara ugama"*_. Intaha.


🌿🔹🌿🔹🌿🔹🌿🔹🌿

📘 *Rujukan:* _Al-Qutufatus-Saniyyah li-Man^i Ba^di Ma fil-Fawa'idil-^Aliyyah_, Khazanah al-Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1427 H/ 2006, hlm. 17 - 18.

📝️Risalah ini ditulis oleh al-Syaikh Hasanud-Din al-Dali pada penghujung *Muharram 1333 H/ 1914 R*.

📝️Al-Syaikh Ahmad Khatib ibn ^Abdil-Latif imam, khatib dan guru di al-Masjidil-Haram dan al-Syaikh ^Abdul-Qadir ibn Sobir Mandilin turut memberi taqriz [sanjungan dan pujian] ke atas risalah ini.

📝Al-Syaikh Hasanud-Din dilahirkan di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300 H/ 1882 R dan meninggal dunia di Medan pada 24 Syawal 1355 H/ 7 Januari 1937 R.


✒Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah*

Wahhabi Menyerang Kita Menerang

$
0
0

Wahhabi Menyerang Kita Menerang

Wahabi bukan kerana mereka tidak membaca Qunut Subuh, kerana tiga Mazhab lain tidak pun membaca Qunut Subuh, itu khilaf mazhab; bukan juga kerana tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dalam Mazhab Syafi'i yang tidak menggalakkannya, bukan juga kerana itu dan ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yang salah yang membentuk satu gerakan ekstrem yang boleh memecahbelah masyarakat.

Kemuncak ekstrem dan radikal Wahabisme boleh sehingga membawa pertumpahan darah seperti IS,ISIL, ISIS, al-Qaeda, Taliban...semua itu adalah didikan Wahabi. Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yang menyeru kononnya jangan "taqlid", jangan "mengikut membuta tuli"; menyeru kononnya "kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah".

[1] Wahabi sebenarnya adalah gerakan MEMBIDAAHKAN amalan orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka dan merasakan hanya amalan mereka sahaja yang betul. Hanya mereka sahaja kononnya mengikut "Sunnah". Mereka kelompok manusia yang tidak boleh berbeza pandangan, tidak menghormati ikhtilaf atau khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ulamak).

Wahabi menolak bahawa Bid'aah ada dua bentuk (i) Baik (Hasanah) dan (ii) Sesat (Dolalah). Bagi Wahabi semua Bid'aah sesat dan masuk neraka. Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar dan bagi mereka wajib ditentang.

Lalu mereka membesarkan perbezaan pendapat dan membikin kecoh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada. Pra-syarat menjadi Wahabi ialah kena memperbanyak menuturkan "BID'AAH" terhadap amalan orang lain dan menjadikan ianya "wirid" harian.

[2] Wahabi MELARANG BERAMAL apabila tiada nas khusus untuk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum daripada al-Quran dan al-Sunnah. Bagi Wahabi setiap ibadat kena ada nas dan dalil, walhal perintah yang bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya. Wahabi marah membaca Surah Yasin malam Jumaat kerana tiada nas. Bukankah perintah memperbanyakkan membaca al-Quran sudah cukup banyak dan memadai? Adakah nas melarangnya pula? Tiada larangan.

[3] Wahabi adalah gerakan MENSYIRIKKAN orang lain: tawassul bagi mereka syirik kecuali tawassul dengan amalan soleh, dan dengan Asmaul Husna saja. Walhal para Sahabat dan Salafus Soleh bertawassul dengan pelbagai bentuk lain;

[4] Wahabi gerakan MENTAJSIMKAN Allah SWT mensifatkan Allah "bertangan", "duduk" atas Arasy, "ketawa", Allah di atas langit. Wahabi menolak takwil yang dibawa oleh manhaj Ashairah dan Maturidiyyah sedangkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dari mensifatkan Allah dengan sifat makhluk.

[5] Wahabi juga gerakan MENTADHA'IFKAN hadith dan MEMARDUDKAN hadith dhaif, menolak penggunaan hadith-hadith dhaif dan membakulsampahkan semua hadith-hadith dhaif. Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dalam hal fadhailul 'amal dan targhib wa tarhib.

Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani. Mereka tidak sedar mereka bertaqlid dan mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani. Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini manakala kitab-kitab rujukan Wahabi ialah kitab karangan Muhammad Abdul Wahab.

Mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila didatangkan hujah daripada para ulamak lain yang muktabar namun tidak sealiran dengan mereka.

[6] Wahabi gerakan MEMBURUKKAN ahli Sufi dan tasawuf. Mereka secara terpilih memetik yang mana sesuai dengan fikrah mereka kitab-kitab Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Al-Dhahabi, al-Syawkani khususnya di bab memburuk dan mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi. Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah. Wahabi Malaysia ada yang mengatakan tasawuf lebih kotor daripada air longkang. Sedangkan Sufi ada yang baik dan ada yang sesat sepertimana umat Islam yang lain juga amnya: ada yang Soleh, ada Munafik dan ada yang berdosa. Sufi juga tidak maksum. Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik "Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorang ahli Sufi.

[7] Wahabi MENOLAK Imam al-Ghazali ra dan jarang dengar mereka mengutip kalam Imam al-Ghazali ra. Bagi mereka I
mam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi, dan jangan terkeliru dengan suara-suara membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi. Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi, kononnya Wahabi itu "hantu", "momok" dan tidak wujud. Kenal dulu ciri-ciri Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.

Kalau yang melenting apabila Negeri Sembilan mengharamkan Wahabi, hampir pasti 99.9% mereka pendokong tegar Wahabi (yang malu mengaku). Hati-hati dengan mereka ini walaupun petah berbicara, dan mulut penuh dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith. Ada Wahabi Malaysia yang sangat terkenal dan bicara memukau sehingga ramai orang awam tertipu.

Dengan pengharaman Wahabi di Negeri Sembilan dan Perak, moga-moga makin ramai yang sedar dan makin jelas siapa pendokong Wahabi sebenar yang bertopeng dan begitu licik selama ini. Jangan terkejut jika ustaz yang anda kagumi selama ini itu sebenarnya/ mungkin pendokong Wahabi.

Hanya jauhari yang kenal manikam.

اعرف الحق تعرف أهله

21 DALIL KEHARUSAN MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDURRASUL

$
0
0
21 DALIL KEHARUSAN MENYAMBUT SAMBUTAN MAULIDURRASUL
Yang pertama merayakan Maulid Nabi SAW adalah Sohibul Maulid sendiri, iaitu Nabi SAW, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sohih yang diriwayatkan Muslim bahawa, ketika ditanya mengapa berpuasa di hari Isnin, Baginda menjawab, “Itu adalah hari kelahiranku.” Ini nas yang paling nyata yang menunjukkan bahawa memperingati Maulid Nabi adalah sesuatu yang dibolehkan syara’.
Banyak dalil yang boleh kita jadikan sebagai dasar untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.
PERTAMA, peringatan Maulid Nabi SAW adalah ungkapan kegembiraan dan kesenangan dengan beliau. Bahkan orang kafir saja mendapatkan manfaat dengan kegembiraan itu (Ketika Tsuwaibah, budak perempuan Abu Lahab, bapa saudara Nabi, menyampaikan berita gembira tentang kelahiran sang Cahaya Alam Semesta itu, Abu Lahab pun memerdekakannya. Sebagai tanda suka cita. Dan kerana kegembiraannya, kelak di alam baqa’ siksa atas dirinya diringankan setiap hari Isnin tiba. Demikianlah rahmat Allah terhadap siapa pun yang bergembira atas kelahiran Nabi, termasuk juga terhadap orang kafir sekalipun. Maka jika kepada seorang yang kafir pun Allah merahmati, kerana kegembiraannya atas kelahiran sang Nabi, bagaimanakah kiranya anugerah Allah bagi umatnya, yang iman selalu ada di hatinya?
KEDUA, Baginda sendiri mengagungkan hari kelahirannya dan bersyukur kepada Allah pada hari itu atas nikmat-Nya yang terbesar kepadanya.
KETIGA, gembira dengan Rasulullah SAW adalah perintah Al-Quran. Allah SWT berfirman, “Katakanlah, ‘Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira’.” (QS Yunus: 58).
Jadi, Allah SWT menyuruh kita untuk bergembira dengan rahmat-Nya, sedangkan Nabi SAW merupakan rahmat yang terbesar, sebagaimana tersebut dalam Al-Quran, “Dan tidaklah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam.” (QS Al-Anbiya’: 107).
KEEMPAT, Nabi SAW memperhatikan kaitan antara waktu dan kejadian-kejadian keagamaan yang besar yang telah lepas. Apabila datang waktu ketika peristiwa itu terjadi, itu merupakan kesempatan untuk mengingatnya dan mengagungkan harinya.
KELIMA, peringatan Maulid Nabi SAW mendorong orang untuk membaca selawat, dan selawat itu diperintahkan oleh Allah Ta’ala, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuknya dan ucapkanlah salam sejahtera kepadanya.” (QS Al-Ahzab: 56).
Apa saja yang mendorong orang untuk melakukan sesuatu yang dituntut oleh syara’, bererti hal itu juga dituntut oleh syara’. Berapa banyak manfaat dan anugerah yang diperoleh dengan membacakan salam kepadanya.
KEENAM, dalam peringatan Maulid disebut tentang kelahiran beliau, mukjizat-mukjizatnya, sirahnya, dan pengenalan tentang peribadi beliau. Bukankah kita diperintahkan untuk mengenalnya serta dituntut untuk meneladaninya, mengikuti perbuatannya, dan mengimani mukjizatnya. Kitab-kitab Maulid menyampaikan semuanya dengan lengkap.
KETUJUH, peringatan Maulid merupakan ungkapan membalas jasa beliau dengan menunaikan sebahagian kewajiban kita kepada beliau dengan menjelaskan sifat-sifatnya yang sempurna dan akhlaqnya yang utama.
Dulu, di masa Nabi, para penyair datang kepada beliau melantunkan qasidah-qasidah yang memujinya. Nabi redha (senang) dengan apa yang mereka lakukan dan memberikan balasan kepada mereka dengan kebaikan-kebaikan. Jika beliau redha dengan orang yang memujinya, bagaimana beliau tidak redha dengan orang yang mengumpulkan keterangan tentang perangai-perangai beliau yang mulia. Hal itu juga mendekatkan diri kita kepada beliau, iaitu dengan menarik kecintaannya dan keredhaannya
KELAPAN, mengenal perangai beliau, mukjizat-mukjizatnya, dan irhas-nya (kejadian-kejadian luar biasa yang Allah berikan pada diri seorang rasul sebelum diangkat menjadi rasul), menimbulkan iman yang sempurna kepadanya dan menambah kecintaan terhadapnya.
Manusia itu diciptakan menyukai hal-hal yang indah, baik fizik (tubuh) mahupun akhlak, ilmu mahupun amal, keadaan mahupun keyakinan. Dalam hal ini tidak ada yang lebih indah, lebih sempurna, dan lebih utama dibandingkan akhlak dan perangai Nabi. Menambah kecintaan dan menyempurnakan iman adalah dua hal yang dituntut oleh syara’. Maka, apa saja yang memunculkannya juga merupakan tuntutan agama.
KESEMBILAN, mengagungkan Nabi SAW itu disyariatkan. Dan bahagia dengan hari kelahiran beliau dengan menampakkan kegembiraan, membuat jamuan, berkumpul untuk pengingat beliau, serta memuliakan orang-orang fakir, adalah tampilan pengagungan, kegembiraan, dan rasa syukur yang paling nyata.
KESEPULUH, dalam ucapan Nabi SAW tentang keutamaan hari Jumaat, disebutkan bahawa salah satu di antaranya adalah, “Pada hari itu Adam diciptakan.” Hal itu menunjukkan dimuliakan-nya waktu ketika seorang nabi dilahirkan. Maka bagaimana dengan hari dilahirkannya nabi yang paling utama dan rasul yang paling mulia?
KESEBELAS, peringatan Maulid adalah perkara yang dipandang bagus oleh para ulama dan kaum muslimin di semua negeri dan telah dilakukan di semua tempat. Karena itu, ia dituntut oleh syara’, berdasarkan kaedah yang diambil dari hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud, “Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin, ia pun baik di sisi Allah; dan apa yang dipandang buruk oleh kaum muslimin, ia pun buruk di sisi Allah.”
KEDUA BELAS, dalam peringatan Maulid tercakup berkumpulnya umat, zikir, sedekah, dan pengagungan kepada Nabi SAW. Semua itu hal-hal yang dituntut oleh syara’ dan terpuji.
KETIGA BELAS, Allah SWT berfirman, “Dan semua kisah dari rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu, yang dengannya Kami teguhkan hatimu.” (QS Hud: 120). Dari ayat ini nyatalah bahawa hikmah dikisahkannya para rasul adalah untuk meneguhkan hati Nabi. Tidak diragukan lagi bahwa saat ini kita pun perlu untuk meneguhkan hati kita dengan berita-berita tentang beliau, lebih dari keperluan Baginda akan kisah para nabi sebelumnya.
KEEMPAT BELAS, tidak semua yang tidak pernah dilakukan para salaf dan tidak ada di awal Islam berarti bid’ah yang munkar dan buruk, yang haram untuk dilakukan dan wajib untuk ditentang. Melainkan apa yang “baru” itu (yang belum pernah dilakukan) harus dinilai berdasarkan dalil-dalil syara’.
KELIMA BELAS, tidak semua bid’ah itu diharamkan. Jika haram, nescaya haramlah pengumpulan Al-Quran, yang dilakukan Abu Bakar, Umar, dan Zaid, dan penulisannya di mushaf-mushaf kerana khuatir hilang dengan wafatnya para sahabat yang hafal Al-Quran. Haram pula apa yang dilakukan Umar ketika mengumpulkan orang untuk mengikuti seorang imam ketika melakukan solat Tarawih, padahal ia mengatakan, “Sebaik-baik bid’ah adalah ini.” Banyak lagi perbuatan baik yang sangat diperlukan umat akan dikatakan bid’ah yang haram apabila semua bid’ah itu diharamkan.
KEENAM BELAS, peringatan Maulid Nabi, meskipun tidak ada di zaman Rasulullah SAW, sehingga merupakan bid’ah, adalah bid’ah hasanah (bid’ah yang baik), kerana ia tercakup di dalam dalil-dalil syara’ dan kaedah-kaedah kulliyyah (yang bersifat global).
Jadi, peringatan Maulid itu bid’ah jika kita hanya memandang bentuknya, bukan perincian-perincian amalan yang terdapat di dalamnya (sebagaimana terdapat dalam dalil kedua belas), kerana amalan-amalan itu juga ada di masa Nabi.
KETUJUH BELAS, semua yang tidak ada pada awal masa Islam dalam bentuknya tetapi perincian-perincinan amalnya ada, juga dituntut oleh syara’. Kerana apa yang tersusun dari hal-hal yang berasal dari syara’, pun dituntut oleh syara’.
KELAPAN BELAS, Imam Asy-Syafi’i mengatakan, “Apa-apa yang baru (yang belum ada atau dilakukan di masa Nabi SAW) dan bertentangan dengan Kitabullah, sunnah, ijmak, atau sumber lain yang dijadikan pegangan, adalah bid’ah yang sesat. Adapun suatu kebaikan yang baru dan tidak bertentangan dengan yang tersebut itu, adalah terpuji.”
KESEMBILAN BELAS, setiap kebaikan yang tercakup dalam dalil-dalil syar’i dan tidak dimaksudkan untuk menyalahi syariat dan tidak pula mengandung suatu kemungkaran, itu termasuk ajaran agama.
KEDUA PULUH, memperingati Maulid Nabi SAW bererti menghidupkan ingatan (kenangan) tentang Rasulullah, dan itu menurut kita disyariatkan dalam Islam. Sebagaimana yang Anda lihat, sebahagian besar amaliah haji pun menghidupkan ingatan tentang peristiwa-peristiwa terpuji yang telah lalu.
KEDUA PULUH SATU, semua yang disebutkan sebelumnya tentang dibolehkannya secara syariat peringatan Maulid Nabi SAW hanyalah pada peringatan-peringatan yang tidak disertai perbuatan-perbuatan mungkar yang tercela, yang wajib ditentang.
Adapun jika peringatan Maulid mengandung hal-hal yang disertai sesuatu yang wajib diingkari, seperti bercampurnya laki-laki dan perempuan, dilakukannya perbuatan-perbuatan yang terlarang, dan banyaknya pemborosan dan perbuatan-perbuatan lain yang tak diredhai shahthul Maulid, tak diragukan lagi bahawa itu diharamkan. Tetapi keharamannya itu bukan pada peringatan Maulidnya itu sendiri, melainkan pada hal-hal yang terlarang tersebut.
Diambil dari kitab Sayyid Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki (1365 H -1425 H)

Muktamar 200 Ulama Di Chechnya: Pencerahan Buat Asri Khalid

$
0
0

[Muktamar 200 Ulama Di Chechnya: Pencerahan Buat Asri Khalid]


1. Asri Khalid begitu konsisten sekali dalam memperlekehkan muktamar yang dihadiri oleh 200 ulama yang boleh kita katakan mewakili majoriti umat Islam di dunia ini. Inilah kelompok terbesar ulama zaman berzaman sesuai dengan hadith-haditt nabi yang mengarahkan kita berpegang pada Al-Jamaah (kelompok terbesar). Pembaca boleh baca apa yang dimaksudkan dengan Al-Jamaah disini: https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1231788556852052

2. Pertama, Asri Khalid menggunakan hujah banyak persatuan ulama https://www.facebook.com/mohd.asri.336/posts/1404456942914470 yang membantah muktamar tersebut dan Asri Khalid menasihatkan kita supaya tidak taksub.

3. Kedua, Asri Khalid juga sering merujuk tokoh (menurut beliau) seperti kurayyim rajih dan qardawi.

4. Ketiga, Asri Khalid juga kadangkala sering kongsi (share) di wall beliau supaya masing-masing sentiasa berlapang dada dan jangan mudah menyesatkan orang lain. Sekali imbas ia memberi imej yang baik kepada para pembaca beliau seolah-olah beliau seorang yang mu'tadil.

5. Jawapan kami kepada hujah-hujah yang dikongsikan oleh Asri Khalid dan juga sering yang dilemparkan oleh wahhabi ialah syubhat apakah akidah nabi sama dengan akidah asyirah maturidiah, malah ini adalah hujah juga dalam link yang dikongsikan oleh Asri Khalid yang kononnya datang dari 21 pertubuhan. apa yang kami boleh jawab ialah Islam terpecah kepada 72 golongan, dan 1 golongan yang selamat. Bantahan 72 golongan kepada 1 golongan bukan menunjukkan ia adalah betul atau ia adalah majoriti ulama. 1 golongan yg selamat itu adalah majoriti ulama. Syubhat yg mengatakan akidah asyairah ialah akidah yang baru boleh kita bawa penyataan ulama untuk menjelaskannya. Al-Imâm Tajuddin as-Subki (w 771 H) dalam Thabaqât asy-Syâfi’iyyah mengutip perkataan al-Imâm
al-Ma’ayirqi; seorang ulama terkemuka dalam madzhab Maliki, menuliskan sebagai berikut:

“Sesungguhnya al-Imâm Abu al-Hasan bukan satu-satunya orang yang pertama kali berbicara membela Ahlussunnah. Beliau hanya mengikuti dan memperkuat jejak orang-orang terkemuka sebelumnya dalam pembelaan terhadap madzhab yang sangat mashur ini. Dan kerana beliau ini maka madzhab Ahlussunnah menjadi bertambah kuat dan jelas. Sama sekali beliau tidak membuat pernyataan-pernyataan yang baru, atau membuat madzhab baru."

6. Jika masih tidak faham bahawa akidah yang dibawa dan diajarkan oleh Imam Abul Hasan Asy'ari ini bukan akidah yang baru, kami tanya soalan mudah sahaja dan mohon dapat jawab juga dengan mudah tanpa putar belit, soalannya, apakah Qiraat yang dibaca oleh Nabi? sila jawab soalan ini. Jika jawapan anda ialah Qiraat Hafs, maka anda telah meludah ke langit.

7. Kedua, berkenaan dengan kenyataan tokoh qiraat (cara baca Al-Quran) yang sering menjadi rujukan Asri Khalid tersebut, kita boleh bandingkan kenyataan beliau dengan kenyataan para ulama di Muktamar, kenyataan kurayyim jelas berunsurkan takfir dan tabdi'. Jelas sungguh beliau hampir-hampir mengkafirkan 200 ulama yg mewakili majoriti umat islam di dunia ini dengan pernyataan iblis, syiah, pengkhianat, jahil dan lain-lain yang tidak tergamak kami terjemahkan teksnya. Caci maki sebegini tidak layak untuk disampaikan ditengah masyarakat awam yang hidup aman harmoni di Malaysia. sebenarnya kami sudah mengumpulkan tahzir ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada kurayyim rajih, namun atas dasar adab yang diajarkan oleh para ulama, kami tidak mengeluarkan tahzir terhadap beliau oleh ulama aswj syria.

8. Selain Kurayyim Rajih, tokoh yang menjadi rujukan orang yang mencela muktamar seperti asri khalid ini ialah Qardawi. Sesetengah mereka yang jahil mengatakan Qardawi ialah ketua ulama di dunia ini. Ini pernyataan yg sangat keliru kerana Qardawi merupakan ketua PERSATUAN ulama sedunia yang ditubuhkan dan didaftarkan oleh beliau sendiri. Persatuan ini tidak disertai oleh Ulama-ulama kibar Azhar, para habaib juga tidak menyertai persatuan ini, majoriti ulama-ulama hindi (pakistan, india, sri lanka, bangladesh) juga tidak menyertai persatuan ini, majoriti ulama afrika juga tidak sertai persatuan ini, malah ulama-ulama wahabi saudi juga memusuhi persatuan ini (boleh baca celaan ulama saudi disini https://www.firanda.com/index.php/artikel/manhaj/452-pengakuan-syaikh-al-qordowi-ulama-saudi-lebih-paham-dari-pada-dirinya), persatuan terbesar di dunia dengan keahlian rasmi 52 juta ahli, iaitu Nahdatul Ulama Indonesia sendiri tidak merujuk qardawi dalam bahstul masail mereka, ulama-ulama pattani tidak merujuk qardawi dan senarai ini boleh berterusan. sebenarnya majoriti ulama di dunia yg berpengaruh tidak menyertai persatuan ini termasuklah khabar bahawa syeikh abdullah bin bayyah juga menarik diri dari persatuan ini kerana tidak setuju dengan pendirian kesatuan ini yang menjadi salah satu punca pertumpahan darah di tanah arab. Sebenarnya, yg tepat ini adalah persatuan ikhwanul muslimin dan oleh kerana ikhwanul muslimin popular di malaysia, maka nama Qardawi dijulang hingga ada orang jahil menganggap beliau merupakan ketua ulama di dunia ini.

9. Oleh kerana majoriti ulama tidak menyertai persatuan ini, maka logik jika kita lihat senarai yang dikeluarkan oleh think tank raja jordan iaitu The Royal Islamic Strategic Studies Centre (http://rissc.jo/) dan diiktiraf menjadi rujukan seluruh dunia bahawa Qardawi sekadar  menduduki tempat ke 32 dari senarai 500 orang islam berpengaruh dan sheikhul azhar merupakan ulama di tempat yang pertama, menyusul ialah habib umar, syeikh ali jumuah dan lain-lain ulama ASWJ berpengaruh masa kini yang rata-rata mereka menyertai muktamar tersebut. Kenyataan ini bukan mahu menghina Syaikh Qardawi, namun hanya menyampaikan sesuatu fakta, iaitu fakta yang kurang popular dikalangan masyarakat awam Malaysia.

10. Asri Khalid tidak perlu mengaitkan muktamar ini dengan Syiah, kerana jelas pendirian muktamar ini bahawa jalan yang selamat ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu asyairah Maturidiah. Asri Khalid juga harus sedikit rajin dan buat kajian ringkas tentang kesatuan ulama dunia yang Asri Khalid dambakan tersebut, cuba Asri khalid buka rekod siapa pimpinan-pimpinan sebelum ini yg memegang jawatan tinggi di kesatuan itu? ternyata jika Asri Khalid rajin buat semakan akan jumpa sebelum-sebelum ini yang menjadi naib presiden kesatuan ulama dunia ialah ulama-ulama syiah dan ibadi, kedua-dua ini bukan ASWJ. Jadi sebelum menuduh ulama-ulama azhar sekongkol dengan syiah (https://www.facebook.com/mohd.asri.336/posts/1404305322929632), jangan lupa semak rekod tokoh-tokoh yg anda taksub sendiri, siapa yang berusaha bersungguh-sungguh mengusahakan taqrib antara sunni-syiah hingga melantik wakil syiah dan ibadi sebagai naib presiden kesatuan yg saudara dambakan itu?

11. Terakhir ialah sikap Asri Khalid yang kongsi (share) di wall beliau supaya berlapang dada dengan aliran lain dan jangan mudah menyesatkan orang lain. Tetapi hasil carian pantas kami di Wall Asri Khalid lain pula ceritanya, Asri gemar share dari ustaz-ustaz wahhabi yang menyesatkan asyairah, yg mensyirikkan istighasah, malah dalam isu-isu fiqh juga Asri Khalid sering kongsi artikel-artikel yg menyesatkan amalan umat islam. ini salah satu contoh posting Asri Khalid yg share menyamakan amalan umat Islam dengan amalan hindu dan kristian https://www.facebook.com/mohd.asri.336/posts/1404277836265714

12. Kami tidak mahu menggunakan perkataan Iblis, munafik, pembohong dan sebagainya kepada Asri Khalid, tetapi kami dengan rendah diri memohon supaya Asri Khalid selepas ini lebih berhati-hati dari melakukan kritikan dan celaan terutama kepada majoriti ulama ASWJ. Ini kerana Al-Hafiz Ibnu Asakir rahimahullah berkata dalam "Tabyin Kadzib al-Muftariy", “Ketahuilah wahai saudaraku, semoga Allah senantiasa membimbing kita kepada keridlaan-Nya, dan menjadikan kita semua sebagai orang yang benar-benar bertaqwa kepada-Nya. Sesungguhnya daging (penggunjing) para ulama itu beracun, dan kebiasaan Allah dalam menyingkap topeng para pencela mereka (ulama) telah diketahui bersama. kerana mencela mereka dengan sesuatu yang tidak ada pada mereka, merupakan petaka besar, dan melecehkan kehormatan mereka dengan cara dusta dan mengada-ada merupakan kebiasaan buruk, dan menentang mereka yang telah Allah pilih untuk menebarkan ilmu, merupakan perangai tercela”.


Disediakan oleh:


Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat

$
0
0

Musuh-Musuh Tasawuf dan Tarikat

_*SIRI PENGENALAN*_

🛡Bismillah - Pada pengamatan dan pemerhatian penulis, sejak kebelakangan ini, telah wujud segolongan puak di Malaysia yang begitu galak memperlekeh, mencaci dan menghina *Tawasuf* serta *Tarikat.*

🛡Pelbagai tohmahan demi tohmahan dilontarkan kepada tokoh-tokoh ulama sufi muktabar serta Wali-Wali Allah Taala.

🛡Golongan ini merasakan diri mereka begitu hebat berbanding para ulama yang telah disebutkan oleh *Rasulullah S.A.W* sebagai pewaris para nabi.

🛡Walaupun ilmu agama dan amalan yang dimiliki mereka tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan para ulama, namun mereka dengan megah mendabit dada untuk mengatakan mereka begitu arif serta faham semuanya mengenai Islam.

🛡Amat menyedihkan lagi, golongan ini terdiri daripada kalangan orang Islam sendiri yang mengaku memahami, mendalami dan memperjuangkan Islam, tetapihakikatnya merekalah perosak umat Islam.

🛡Mungkin mereka terlupa tentang firman Allah Taala di dalam sebuah hadis qudsi seperti berikut :

🛡Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh *al-Baghawi* : Daripada *Anas bin Malik R.A* , daripada *Rasulullah S.A.W* , daripada *Jibril A.S* , daripada *Allah Taala* berfirman ( _*Hadis Qudsi*_ ) bermaksud :

_*Barangsiapa yang menghina para kekasih-Ku maka sesungguhnya dia telah mengajakKu berperang, sesungguhnya Aku akan murka demi kekasih-kekasihKu seperti marahnya sesekor singa yang garang*_ (Riwayat Ibnu Abi ad-Dunya, Abu Nuaim).

_Hadis qudsi ini ada juga diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza dari riwayat ini oleh al-Bukhari, Ahmad, at-Tabrani, Abu Yala dan sebagainya lagi._

*SIAPAKAH MUSUH-MUSUH TASAWUF DAN TARIKAT?*

🛡Musuh-musuh tasawuf cuba sedaya upaya untuk menyerang dan menfitnah tasawuf Islam dengan pelbagai pendustaan dan rekaan cerita semata-mata.

🛡Mereka juga akan melontarkan berbagai-bagai tohmahan dan penyelewengan mungkin disebabkan oleh perasaan hasad dengki mereka ataupun mungkin juga disebabkan kejahilan diri mereka sendiri terhadap agama Islam.

🛡Lebih menyedihkan lagi ada di antara musuh-musuh tasawuf ini terdiri dari kalangan orang-orang Islam sendiri sedangkan mereka semua sudah sedia maklum mengenai hakikat kebenaran tasawuf ini sepertimana yang terkandung di dalam sebuah al-Hadis S.A.W. mengenai Ihsan.

🛡Sabda *Rasulullah S.A.W*  bermaksud :

_*"Bahawa kamu menyembah Allah seakan-akan kamu melihatNya dan jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu."*_ (Riwayat Muslim).

🛡Berkata *Al-Muhaddith Syeikh Muhammad Siddiq al-Ghumari* :

_*"Sesungguhnya Ihsan sebagaimana dalam hadis tersebut adalah ibarat dari tiga rukun yang disebutkan. Barangsiapa tidak menyempurnakan rukun Ihsan yang mana ia merupakan tarikat (jalan) maka tanpa ragu-ragu lagi bahawa agamanya tidak sempurna kerana dia meninggalkan satu rukun dari rukun-rukunnya. Tujuan atau kemuncak matlamat yang diseru dan diisyaratkan oleh tarikat ialah maqam Ihsan setelah memperbetukan Islam dan Iman."*_ (Rujuk Kitab : Intishar Li Thariqi as-Sufiyyah).

🛡Berkata *Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansori* :

_*"Tasawuf ialah suatu ilmu yang diketahui dengannya keadaan penyucian jiwa dan pembersihan akhlak serta mengimarahkan zahir dan batin bertujuan untuk mencapai kebahagiaan yang abadi."*_ (Kitab: Ala Hamisy Risalah al-Qusyairi).

🛡Berkata *Imam Sufi Junaid Al-Baghdady* :

_*"Tasawuf ialah menggunakan semua akhlak ketinggian yang terpuji dan meninggalkan semua tingkahlaku yang rendah lagi di keji."*_ (Kitab: Nusrah al-Nabawiyyah).

🛡Berkata *Syeikh Abdul Kadir Isa* di dalam kitabnya *Haqaiq An al-Tasawuf* mengenai _musuf-musuf Tasawuf_ seperti mana berikut (penulis hanya mengambil secara ringkas sahaja) :

🕸 _*"Di antara musuh-musuh tasawuf terdiri dari kalangan orentalis lagi zindiq serta para pengikutnya*  (para alim wahabi yang berjaya dipengaruhi pemikirannya melalui penulisan buku buku orentalis) *dan konco-konconya. Mereka telah disusun atur dan dilatih oleh golongan kafir yang jahat bagi mencela Islam."*_

🕸 _*"Mereka cuba memusnahkan pokok pangkal Islam dengan menimbulkan pelbagai keraguan serta menyebarkan fahaman-fahaman untuk memecahkan umat Islam. Mereka mempelajari Islam secara mendalam tetapi bertujuan untuk menyeleweng dan memusnahkan Islam. Mereka juga sentiasa memiliki sifat talam dua muka."*_

🕸 _*"Mereka juga mendakwa tasawuf diambil daripada Yahudi, Nasrani dan Buddha. Bermacam-macam tohmahan dilemparkan terhadap tokoh-tokoh ulama tasawuf."*_

🕸 _*"Apa yang lebih mendukacitakan, terdapat segelintir orang Islam menggunapakai pandangan dan pendapat dari musuh-musuh Islam ini (para alim salafi/wahabi) untuk mencela tasawuf secara total."*_

🕸 _*"Inikah yang dikatakan pejuang Islam yang sebenarnya? Kadang-kadang mereka ini berselindung di sebalik sebagai seorang pengkaji atau sarjana ilmuan Islam, akan tetapi merekalah di antara para perosak agama Islam dari dalam."*_

🕸 _*"Di antara musuh-musuh tasawuf juga ialah mereka yang jahil dengan hakikat tasawuf Islam itu sendiri. Mereka tidak mempelajari daripada tokoh-tokoh ulama sufi secara jujur dan amanah serta tidak juga mengambil manfaat daripada ulama-ulama tasawuf yang ikhlas menyampaikan ilmu pengetahuan."*_

🕸 _*"Mereka cuba mengkaji sendiri kitab-kitab tasawuf sedangkan mereka tidak mempunyai asas dan tidak memahami maksud sebenar serta mereka juga tidak mengetahui tentang penyelewengan terhadap kitab-kitab tersebut oleh musuh-musuh tasawuf Islam."*_

🛡Maka akan timbullah pandangan negatif dan berburuk sangka terhadap tasawuf ini. Kita boleh bahagikan mereka ini kepada beberapa golongan :

🕸 *Golongan Pertama* 🕸 :

🛡Fikrah tentang tasawuf yang ada pada mereka diambil melalui amalan suluk sesetengah golongan yang menyelinap masuk serta menyeleweng yang terdiri daripada musuh-musuh tasawuf.

🛡Mereka tidak membezakan di antara tasawuf yang hakiki lagi suci dengan sesetengah perkara jelek dan keji yang datang menyelinap yang tiada hubungkait dengan Islam.

🕸 *Golongan Kedua* 🕸 :

🛡Mereka merupakan golongan yang terpedaya dengan apa yang mereka dapati daripada kitab-kitab tokoh-tokoh sufi yang terdiri daripada pelbagai permasalahan yang diselinap masuk.

🛡Mereka mengambilnya sebagai suatu hakikat sabit tanpa sebarang kepastian terlebih dahulu. Mungkin juga mereka mengambil kata-kata sabit yang terdapat dalam kitab-kitab ahli sufi lalu memahaminya tanpa mengikut apa yang dikehendaki oleh kitab tersebut.

🛡Mereka mengikut fahaman cetek yang dimiliki, ilmu yang terhad serta keinginan yang tersendiri tanpa merujuk terlebih dahulu kepada ahli sufi yang jelas kefahamannya tentang syariat dan akidah.

🛡Mereka mentakwilkan kalam-kalam para ulama sufi mengikut hawa nafsu tanpa bertanya terlebih dahulu kepada ahlinya yang lebih memahami.

🛡Mereka ini seumpama mengambil ayat-ayat al-Quran al-Karim yang mempunyai kesamaran (mutasyabihat) lalu mentakwilkannya sesuka hati tanpa melihat kepada ayat-ayat yang jelas (muhkamat) dan tidak juga bertanya terlebih dahulu kepada para ulama yang lebih mengetahui (arifbillah) sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah Taala di dalam al-Quran al-Karim (Surah al-Imran: Ayat 7).

🛡Sedangkan ada sebilangan dari kalangan mereka yang begitu mengecam pentakwilan (bukan menurut hawa nafsu) oleh para ulama muktabar bukan?

🕸 *Golongan Ketiga* 🕸 :

🛡Mereka merupakan golongan yang tertipu. Mereka mencedok ilmu pengetahuan daripada orientalis. Mereka hanya menggunapakai pandangan dan sangkaan salah dari para orientalis semata-mata.

🛡Mereka tidak dapat membezakan di antara tasawuf Islam yang sebenarnya dengan tasawuf yang telah dicemari di sebabkan mereka tiada ilmu dan asas yang bertepatan.

🛡Inilah di antara musuh-musuh tasawuf serta tarikat yang bertindak menyerang tasawuf dari sebelah luar ataupun dari sebelah dalam Islam.

🛡Mereka bersungguh-sungguh menabur fitnah selagimana mereka di berikan nyawa yang sementara ini dari Allah Taala.

🛡Mungkin juga mereka lupa bahawa mereka akan diperhitungkan oleh Allah Taala di akhirat kelak. Bersedialah!

🕸 *TARIKAT TASAWUF SESAT?* 🕸

🛡Maksud tarikat secara umumnya ialah suatu jalan (tarikat) yang dilalui seseorangIslam itu untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. Di sini kita tidak menafikan bahawa wujud segelintir tarikat yang sesat dan tidak mengikut syariat Islam yang sebenar.

🛡Namun untuk menghukum kesemua tarikat tasawuf adalah salah dan sesat secara pukul rata, dakwaan ini tidaklah boleh diterima akal sama sekali.

🛡Ulama-ulama muktabar Islam juga turut memperakui kebenaran tarikat tasawuf ini dan ada di antara mereka merupakan pengamal tarikat di antaranya Imam Hanafi (Sila rujuk kitab ad-Dur al-Mukhtar).

🛡Ini merupakan bukti yang kukuh lagi kuat untuk menyatakan bahawa tarikat adalah dibenarkan dan bertepatan dengan Islam.

🛡Mana mungkin para ulama muktabar yang begitu memahami dan mendalami Islam mengamalkan tarikat tasawuf jika ia sesuatu yang sesat dan bidaah bukan?

🛡Berkata *Imam Shafie* r.a :

_*"Disukai bagiku daripada duniamu tiga perkara iaitu : Meninggal perkara yang membebankan diri dan bergaul sesama makhluk dengan lemah lembut serta mengikut jalan ahli tasawuf."*_ (Rujuk Kitab : Kasfu al-Khafa Wa Mazilu al-Albas).

🛡Adapun ahli tasawuf yang sebenarnya tidaklah terlepas dari melakukan syariat Islam bahkan merekalah golongan yang perlu memperbanyakkan lagi amalan-amalan baik dengan berlipat-lipat kali ganda.

🛡Ini kerana tasawuf dan tarikat itu sendiri terikat dengan al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. sepertimana yang diterangkan oleh *Imam Sufi Junaid Al-Baghdady* :

_*"Mazhab kami terikat dengan usul al-Quran al-Karim dan as-Sunnah S.A.W."*_ (Kitab: al-Tabaqat as-Sufiyyah).

🛡Bagi pengamal tarikat tasawuf Islam yang telah lama mahupun kepada yang baruberjinak-jinak dengan tarikat, mungkin kata-kata dari *Syeikh Abdul Qadir al-Jailani* ini boleh dijadikan pedoman serta panduan :

_*"Sesungguhnya meninggalkan ibadah fardhu adalah zindiq! Melakukan yang haram atau yang ditegah adalah maksiat! Perkara fardhu tidak akan gugur daripada seseorang individu walau dalam apa jua keadaan sekalipun."*_ (Rujuk Kitab: al-Fathu ar-Rabbani).

🛡Di sini penulis ingin katakan bahawa *tarikat Tasawuf* bukanlah suatu yang sesat dan bidaah di sisi Islam sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak, bahkan *Tasawuf* adalah sebahagian daripada Islam melalui pengiktirafannya mengenai Ihsan di dalam hadis Jibril A.S.

🛡Adapun adalah perosak tasawuf tarikatyang sesat itu sebenarnya bukanlah dinamakan tarikat tasawuf bahkan mereka ini. Mereka mendakwa sebagai pengamal tasawuf, akan tetapi mereka menyeleweng dari landasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

🛡Inilah di antara masalah-masalah yang terpaksa di hadapi oleh para pengamal tarikat tasawuf sehinggakan ia memberi peluang kepada musuh-musuh tasawuf untuk melancarkan serangan jahat terhadap Islam secara umumnya dan tasawuf secara khususnya.

🛡Namun ada sesetengah pengamal tarikat tasawuf yang terlalu taksub sehingga mengatakan semua pihak yang mendakwa diri sebagai tarikat adalah betul dan tidak salah sama sekali.

🛡Mereka ini terus menyalahkan dan memaki-hamun sesiapa sahaja ( _di manakah akhlak sebagai seorang pengamal tasawuf?_ ) yang mendakwa sesuatu tarikat itu tidak bertepatan dengan Islam walaupun orang yang berkata itu adalah para ulama sufi sendiri.

🛡Sedangkan kita semua juga mengetahui bahawa wujud segelintir tarikat yang menyalahi syariat Islam sepertimana yang telah saya jelaskan di atas.

🛡Sikap ketaasuban mereka yang terlalu melampau ini juga boleh membuka ruang bagi musuh-musuh tasawuf dan tarikat merendah-rendahkan Islam dan mengucar-kacir masyarat Islam itu sendiri.

*SUFI ATAU PENDAKWA SUFI?*

🛡Pada hari ini kelihatan tasawuf dikecam dan diburukkan dengan begitu hebat oleh segelintir golongan yang mempunyai niat busuk lagi keji. Ada di kalangan mereka bertopengkan tasawuf serta menisbahkan diri kepada tasawuf.

🛡Ada jugadi kalangan mereka yang menabur fitnah yang berterusan kepada pengamal tasawuf dengan tohmaham-tohmahan yang tidak bertepatan.

🛡Mereka memburuk-burukkan tasawuf dengan berbagai-bagai cara di antaranya melalui kata-kata atau ucapan-ucapan umum, perbuatan, perjalanan hidup, penulisan dansebagainya lagi sedangkan mereka ini tiada kaitan langsung dengan tasawuf.

🛡Ini menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap pengamal tasawuf di sebabkan fitnah yang disebarkan oleh mereka yang konon-kononnya memahami agama Islam. Adakah tindakan mereka itu melambangkan mereka benar-benar memahami Islam?

🛡Pertolongan Allah Taala sentiasa datang untuk membantu hamba-hambaNya yang benar. Allah Taala menzahirkan penyelewengan pendakwa kesufian yang menyeleweng ini untuk membezakan dengan ahli sufi yang sebenarnya.

🛡Di antaranya muncul para ulama muktabar terdiri daripada kalangan imam-imam yang diketahui keilmuan dan kealiman mereka itu dan mereka juga ialah tokoh-tokoh sufi yang begitu masyhur serta diperakui kehebatannya.

🛡Mereka memberi perakuan dan pengiktirafan terhadap tasawuf ini bahkan mereka juga di antara pengamal tasawuf yang diikuti oleh umat Islam.

🛡Mereka bangkit berdakwah dan menyampaikan kebenaran dan menagkis segala kebatilan yang datang dari musuh-musuh tasawuf.Berkata Syeikh Abdul Kadir Isa:Di sana terdapat perbezaan yang begitu ketara di antara tasawuf dan sufi.

🛡Golongan yang mendakwa tasawuf dengan segala penyelewengan dan percanggahan bukanlah merupakan gambaran kepada tasawuf.

🛡Ia sebagaimana seorang muslim dengan segala perbuatannya yang mungkar bukanlah merupakan gambaran kepada Islam dan agama anutannya. (Kitab : Haqaiq An al-Tasawuf).

🛡Golongan yang baik ataupun jahat sentiasa ada di dalam semua golongan sehingga hari kiamat. Bukan semua ahli sufi itu sama tarafnya. Ada di kalangan mereka yang soleh dan ada di kalangan mereka yang lebih soleh.

🛡Ada yang hebat dan ada yang lebih hebat. Begitu jugalah umat dari generasi salaf yang ada di antara mereka yang baik lagi soleh dan ada di antara mereka yang jahat dan tidaksoleh.

🛡Semua ini adalah ketentuan dari Allah Taala sebagai ujian dan dugaan kepada hambaNya yang beriman lagi bertakwa. *(Bersambung Bahagian II)*

*Note* : _Sebarkan buat sahabat sahabat Tasawuf & Tarekat di group-group lain - mudahan berkembanglah kembali *Sayap-Sayap Tasawuf & Sufi* di Tanah Jawi Nusantara ini seperti sahabat-sahabat Tasawuf kita di Indonesia telah telah jauh mendahului kita di hadapan dalam *Menuju-Nya* , tetapi masih belum terlewat selagi mana ada keazaman yang tinggi *kepada-Nya* - aamiin._ p.m.s⚡🛡⚡

HALIM HASAN MENYAMAKAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DENGAN PERARAKAN TAIPUSAM

$
0
0

*HALIM HASAN MENYAMAKAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DENGAN PERARAKAN TAIPUSAM*


Perarakan sempena sambutan Maulid Rasul yang dilakukan oleh umat Islam adalah suatu perkara yang tidak bercanggah dengan syarak. Bahkan ia adalah perkara yang sangat baik bertujuan menzahirkan kegembiran dan kesukaan di atas kelahiran junjungan besar Nabi kita Muhammad  ﷺ disamping mereka mendendangkan qasidah-qasidah memuji baginda Nabi serta zikir demi mensyukuri nikmat Allah mengutuskan baginda Nabi Muhammad  ﷺ kepada manusia.

Antara dalil yang mengharuskan umat Islam melakukan perarakan sempena Maulid Nabi ini adalah sebagaimana berikut :

Setelah keislaman ^Umar ibn al-Khattab di Darul-Arqam, para sahabat Nabi keluar dan mereka berjalan-jalan beramai-ramai dalam 2 barisan. Tujuan mereka adalah ingin bersyukur di atas kenikmatan yang diberikan oleh Allah ta^ala kepada mereka iaitu nikmat Allah taala telah memberikan hidayah atau petunjuk kepada Sayyidina ^Umar _radiyallahu ^anhu_. Ini antara dalil-dalil yang menunjukkan keharusan berarak dan berjalan beramai-ramai dengan melaungkan zikir, tahlil dan sebagainya demi menzahirkan kegembiraan atas kenikmatan yang telah berlaku sebagai syukur kepada Allah ta^ala atas nikmat tersebut. Antara yang meriwayatkan bahawa  umat Islam keluar beramai- ramai dalam 2 barisan setelah keislaman Sayyidina Umar adalah al-Hafiz Abu Nu^aim al Asfahani dalam kitabnya Hilyah al-Awliya, Percetakan Darul Kitab al-^Arabi, Beirut-Lubnan, jil 1 hlm. 40.

Al-^Allamah Datuk Sayyid ^Alawi ibn Thahir al-Haddad, merupakan Mufti Negeri Johor (1356 - 1381 H/ 1936 - 1961 R) dalam _Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor_ (jil.2, hlm. 343) ketika beliau ditanya berhubung hukum umat Islam yang berarak pada sambutan Maulidur-Rasul, jawab beliau:

_*“Tidak mengapa jika tidak ada perkara mungkar”*._ Intaha.

Oleh itu, dakwaan Halim Hasan bahawa _perarakan Maulid tidak ada beza dengan perarakan Thaipusam seperti adik dan abang_ itu adalah tuduhan yang melampau yang wajib diwaspadai oleh masyarakat keseluruhannya.

[Perkara ini dinyatakan di laman sesawang youtube, di bawah tajuk _*“Ustaz Halim Hassan - Perarakan maulid tiada beza dengan Thaipusam”*_]

Sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda:

*يَا أَيُّهَا النَّاسُ وَإِيَاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ، فَإِنَّهُ أهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمُ الغُلُوُّ فِي الدِّينِ*

Mafhumnya: _“Wahai manusia, awasilah kamu dari sifat melampau dalam agama, sesungguhnya telah hancur binasa golongan sebelum kamu berpunca daripada sikap melampaui batasan dalam urusan agama”._

(Diriwayatkan oleh Ahmad dalam _Musnad Ahmad_, al-Nasai'i dalam _Sunan al-Nasa'i_ dan Ibn Majah dalam _Sunan Ibn Majah_ serta al-Hakim dalam _al-Mustadrak_ daripada Ibn ^Abbas _radiyallahu ^anhuma_)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas^ud _radiyallahu ^anhu_ bahawa Nabi ﷺ pernah bersabda:

*هَلَكَ الْمُتَنَطِّعُون*

Mafhumnya: _“Telah binasa golongan yang melampau”._ (Diriwayatkan oleh Muslim)

والله أعلم وأحكم

✒Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

Kalaulah Tidak Kerana Muhammad

$
0
0

Kalaulah Tidak Kerana Muhammad (صلى  الله عليه و آله  و صحبه  و سلم) Nescaya Tidak Aku Ciptakan Engkau!

Imam Al Hakim di dalam Al Mustadrak telah meriwayatkan;

Dari Sayyiduna Umar رضي  الله عنه و أرضه beliau berkata, bersabda Rasululllah  صلى الله عليه  و آله  و صحبه  و سلم :

Setelah Adam (عليه  السلام ) mengakui kesalahannya,maka dia berseru;
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku memohon kepadaMu dengan kebenaran Muhammad(صلى  الله عليه و آله  و صحبه  و سلم )agar Engkau mengampunkan aku"

Maka Allah berfirman kepadanya;
"Wahai Adam(عليه  السلام)! Bagaimana Engkau mengetahui tentang Muhammad (صلى  الله عليه و آله  و صحبه  و سلم) sedangkan aku belum menciptakannya lagi?

Dia menjawab; " Wahai Tuhanku! Ketika Engkau menciptakanku dengan Kekuasaan Mu serta meniupkan Ruh Mu kepadaku,aku mengangkat kepalaku dan melihat,tertulis di tiang 'Arsy;
لا إله إلا الله محمد  رسول  الله
Maka aku mengetahui bahawa tidaklah engkau meletakkan sebaris dengan nama Mu itu,kecuali dia adalah makhuq yang paling Engkau cintai!"

Maka Allah berfirman;
"Engkau benar wahai Adam!(عليه  السلام),sesungguhnya tidak ada makhluq yang terlebih Aku cintai kecuali dia,engkau telah meminta kepadaku dengan kebenaran haqnya,maka aku ampunkan Engkau dan ketahuilah,kalau tidak kerana Muhammad ( صلى  الله عليه  و آله  وصحبه  و سلم) maka tidak Aku ciptakan Engkau!

Disahihkan oleh Imam Al Hakim dalam Al Mustadrak,oleh Imam As Suyuthi dalam Al Khasais An Nubuwwah,Imam Al Baihaqi meriwayatkannya dalam Dalailul Nubuwwah dan memberikan komentar,"aku tidak melihat kepalsuan padanya" seperti yang dinaqalkannya pada muqaddimahnya,juga disahihkan oleh Imam Al Qastalani dan Imam Az Zurqani dalam Syarh Mawahib Al Laduniyah,juga oleh Imam As Subki dalam Syifaaus Siqam.

-Diambil dari kitab Mafaahim Yajibu An Tusahhah,karangan  Al 'Allamah Al Habib Dr Sayyid Muhammad bin 'Alawi Al Maaliki Al Makki Al Hasani رحمه  الله تعالى  رحمة  وسعة

-Orang Pekan-

MAULIDUR RASUL

$
0
0

Sebenarnya saya dah malas nak melayan perangai golongan yang suka membid'ah sesatkan amalan ummat Islam dengan alasan perbuatan tersebut tidak dilakukan oleh RasuululLaah S.A.W. kerana sikap mereka mengharamkan perbuatan2 yang tidak dilakukan oleh RasuululLaah S.A.W. semata-mata ianya tidak dilakukan oleh RasuululLaah sebenarnya merupakan bid'ah yang sesat di dalam agama kerana mereka cipta sesuatu yang tidak ada asas di dalam agama malah bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri dan termasuk di dalam perbuatan keji mengharamkan sesuatu yang tidak haram di dalam agama.

Apapun, oleh kerana ada sahabat2 yang bertanya berkaitan poster recycled ini dan "logik kedai kopi" yang tidak bersandarkan kaedah fiqhiyyah sebenar ini dicampur aduk dengan penyelewengan fakta yang dikitar semula saban tahun, maka saya copy paste perbualan saya dengan seorang pengikut Wahhabi di dalam sebuah Group Telegram mungkin sekitar 2 tahun yang lalu ketika saya masih aktif melayan perbincangan2 di dalam Group Telegram. Moga2 ada manfaatnya kepada mereka yang Allah SWT bukakan hati mereka untuk mencari kebenaran 👇

SOALAN WAHHABI: Abu lahab ko sapo  org hok mula2 smbut maulud nabi?
Bg pnjlasan ckit shabat2

JAWAPAN SAYA: Kalau Abu Lahab sambut mawlid Nabi Muhammad SAW pun apa masalahnya? Adakah kerana sesuatu perbuatan yang baik dilakukan oleh orang2 kafir, maka perbuatan itu jadi buruk? Kalau ada orang-orang kafir yang hormat kepada ibubapa, membantu orang-orang miskin, maka perbuatan itu jadi buruk. Wahhabi yang galak membid'ah dholaalah kan sambutan mawlid Nabi Muhammad SAW seakan terlupa puasa 10 Muharram asalnya amalan orang-orang Yahudi tetapi oleh kerana baik mengikut kayu ukur syarak (menzahirkan kesyukuran atas keselamatan Nabi Allah Musa a.s. daripada ancaman Firaun)  maka diiktiraf, dianjurkan dan diamalkan oleh RasuululLaah SAW. Mereka juga lupa antara orang yang paling awal menyambut mawlid adalah RasuululLaah SAW sendiri yang menyambut hari kelahiran baginda setiap minggu dan mereka lupa dan buat muka tak malu menyambut mawlid insan bernama Muhammad bin Abdul Wahhab pengasas gerakan Wahhabi, tetapi apabila yang disambut mawlid itu namanya Muhammad bin Abdullah SallalLaahu 'alaihi wa sallam maka jadi bid'ah dholaalah masuk neraka. Wahhabi bukan sahaja ada masalah dari segi ilmu, hatta kalau ada ilmu sekalipun racun Wahhabi yang menyerap di dalam hati dan fikiran mereka mematikan kebolehan mereka untuk berfikir secara adil dan konsisten.

نسأل الله العفو والعافية

SOALAN WAHHABI: Sabar syeikh
Kt kan brbncang.
Mana sumber enta amik yg kata rasulullah smbut maulidnya stiap mnggu?
Bg hujah syeikh...jgn ckap sj hehe

JAWAPAN SAYA: Sabar dan marah ada tempatnya. Kita disuruh marah kalau agama dirosakkan oleh juhala berlagak pandai. Lagipun,  memang masih cool 😎 aje, cuma bagi point2 moga2 dengannya Allah bukakan hati dan fikiran mereka yang masih di peringkat mencari hak dan kebenaran

SOALAN WAHHABI: Mana hujjah yg ana mnta? Enta org alim bg la ...sy geng2 juhalak

JAWAPAN SAYA: Hujjah apa lagi? Menzahirkan kesyukuran atas kelahiran insan yang menjadi rahmat kepada sekelian alam yang turut dilakukan oleh yang empunya diri yang perkataan dan perbuatan, malah diamnya boleh menjadi sandaran hukum, masih mahu tanya hujjah? Hrrmm...

SOALAN WAHHABI: Mana sumber enta amik yg kata rasulullah smbut maulidnya stiap mnggu?
Sbut hads atau ayat al quran
Itu hujjah namanya...takkan org alim cam enta pon x tau

JAWAPAN SAYA:

كنا مع النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم إذ أتى على رجلٍ فقالوا : ما أفطَر مُذْ كذا وكذا , فقال : لا صام ، ولا أفطَر ، أو ما صام وما أفطَر , شكَّ غيلانُ , فلما رأى عُمرُ غضَب رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم ، قال : يا رسولَ اللهِ صومُ يومَينِ وإفطارُ يومٍ ؟ قال : ويطيقُذاك أحدٌ ؟ قال : قلتُ : يا رسولَ اللهِ ، صومُ يومٍ وإفطارُ يومٍ ؟ قال : ذاكَ صومُ أخي داودَ عليه السلامُ , قال : يا رسولَ اللهِ صومُ يومٍ وإفطارُ يومَينِ ؟ قال : ومَن يطيقُ ذاكَ , قال : يا رسولَ اللهِ صومُ يومِ الاثنَينِ ؟ قال : ذاكَ يومٌ وُلِدتُ فيه وأُنزِلَ عليَّ فيه النبوةُ

RESPON WAHHABI: Ini br btul ...ada hujjah👍

RESPON SAYA:👆hujjah bagi orang-orang yang Allah SWT masih belum tutupkan mata hatinya dengan ketaksuban terhadap kecenderungan Wahhabi yang suka membid'ah dholaalah kan amalan2 ummat Islam yang mempunyai dalil dan sandaran seolah2 kefahaman mereka sahaja yang betul tidak boleh tersalah

* KEMUDIAN WAHHABI DIAM LAMA, MUNGKIN GOOGLE MAKNA HADITH YANG DIBERIKAN. SETELAH LAMA MEMBISU, WAHHABI MASIH BELUM BERPUAS HATI, DAPAT IDEA UNTUK MEMPERPANJANGKAN PERTIKAIAN, LALU BERTANYA:

Nabi gembira dengan hari kelahirannya pada hari Isnin...maka baginda pun berpuasa atas menunjukkan kegembiraan tersebut...maka hujahnya Baginda saw menyambutnya setiap minggu
sambutan stahum skali mana hujahnya?

JAWAPAN SAYA: Tak jumpa hujjah, bukan bermakna tiada hujjah, carilah, mengajilah, kembangkan lah kefahaman, jangan disempitkan apa yang Allah SWT perluaskan.

SOALAN WAHHABI: sambutan stahum skali mana hujahnya?

RESPON SAYA:👆dah agak soalan nih

SOALAN WAHHABI: Mana syeikh? Gtau la

JAWAPAN SAYA: Ijmak
Ijmak ulama tidak wajib berpuasa setiap Isnin

RESPON WAHHABI: Nak bramal mst ada hujah syeikh

RESPON SEORANG AHLI GROUP: dah bg hujah rasulullah sambut sendiri x nk terima
Perangai wahabi memang ego..

SOALAN WAHHABI: Smua kita mngakui puasa sunat hr isnin
Tp yg stahun skali manaaaa?

JAWAPAN SAYA:

العبرة بعموم اللفظ، لا بخصوص السبب

Mengambil hukum adalah daripada keumuman lafaz, bukan dengan kekhususan sebab

Itu kaedah...
Yang pasti daripada hadis, jelas boleh menzahirkan kesyukuran atas kelahiran RasuululLaah SAW. Adakah mesti setiap minggu? Adakah mesti dengan cara berpuasa? Ijmak ulama bahawa kedua2 itu tidak wajib. Maka ummat bebas menzahirkan kesyukuran mereka dengan apa2 cara yang mereka mampu selagi mana tidak melanggar batas2 syarak. Berselawat, menjemput Ustaz2 memberi tausiah dan tazkirah, menjamu makan semuanya masih termasuk di dalam perkara2 yang dianjurkan oleh Islam. Wahhabi yang suka menyempitkan apa yang Islam perluaskan. Kasihan...

SOALAN WAHHABI: Siapakah orang yang pertama menyambut maulid Nabi???

JAWAPAN SESEORANG: Sambutan peringatan Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh Raja Irbil (wilayah Iraq sekarang), bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri.

Sejak bilakah sambutan maulidur rasul ini diadakan?

Ia dimulakan oleh Sultan Muzhaffaruddin pada awal abad ke 7 hijriyah.

Ibn Katsir dalam kitab Tarikh berkata:

“Sultan Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani, pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.

Dijelaskan oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa, dalam peringatan tersebut, Sultan al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya untuk meraikannya.

Selama tiga hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi, beliau telah melakukan berbagai persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut.

Segenap para ulama’ saat itu membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar tersebut. Mereka semua menganggap baik perayaan maulid Nabi yang dibuat untuk pertama kalinya itu.

Ibn Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.

Para ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.

Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara mereka seperti ;

al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H)al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H)Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H)al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H)al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H)SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H)al-Imam al-Nawawi (W. 676 H)al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H)mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H)Mantan Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H)

dan terdapat banyak lagi para ulama’ besar yang lainnya.

Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap generasi ke generasi.

RESPON SAYA: Dalil dan istidlaal pun tak tahu beza tapi galak nak menghukum orang-orang lain sesat dan bid'ah. Semoga Allah SWT lindungi kita dan zuriat kita daripada kebebalan dan kedegilan menerima kebenaran
Mana pula dalil haram menzahirkan kesyukuran atas kelahiran RasuululLaah SAW setahun sekali? Kalau tak mampu bersyukur setiap detik, sekurang2nya setahun sekali, takkan jadi haram masuk neraka?

SOALAN WAHHABI: Sapa kata haram?

TERANG SAYA: Dalil ada yang qhatie dan ada yang zhonni, kedua-duanya diterima di dalam skop masing2

TANYA SESEORANG: Knp anta nk dalil qati,'?

JAWAB WAHHABI: Utk dijadikn hujah dlm bribadah

JAWAPAN SAYA: Wahhabi suka pusing2 cakap. Kalau tak haram sambut mawlid tahunan selesai masalah, tak perlu lah ikut fatwa Ibn Uthaimin yang mengharamkan sambutan mawlid Nabi tetapi menghalalkan mawlid Muhammad bin Abdul Wahhab
Hujjah dalam beribadah tak perlu dalil qathie

SOALAN WAHHABI: Hangpa dok asyik wahabi dr td...knal ke sapa wahabi tu

RESPON SAYA KEPADA JAWAPAN WAHHABI SEBELUM ITU: Ini namanya jahil dua lapis. Kalau jahil selapis senang pi belajar. Sejak bila pula dalam ibadah mesti dalil qhatie?
Qathie dari segi thubut dan dalaalah, begitu juga zhonni

JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN KLISE BUAT2 TAK TAHU WAHHABI: Wahhabi tu dalam bahasa Arab ditulis وهابي. Apa fungsi huruf ي dihujung perkataan Wahhabi? Kalau yang itu pun tak faham, no wonder selalu keluar ayat "Jangan tuduh orang Wahhabi bla bla". Sedangkan tak ada pengikut imam Syafie atau Imam Ahmad rahimahumalLaah yang melenting atau sensitif bila dipanggil Syafie atau Hanbali. Kasihan yang ikut pola fikir dan pegangan Muhammad bin Abdul Wahhab tetapi menuduh orang2 lain tidak berakhlak semata-mata kerana memanggil dia Wahhabi (pengikut Muhammad bin Abdul Wahhab) sungguh kasihan...
Salam

Surah Al-Furqan, Ayat 63:

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

- TAK MAHU HABISKAN MASA MELAYAN WAHHABI YANG BUKAN INGIN MENCARI KEBENARAN -

Keputusan Mesyuarat Fatwa Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

$
0
0

Keputusan Mesyuarat Fatwa Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yg bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiyah adalah perkara ijtihadiyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Antara amalan yg didakwa sebagai bid‘ah adalah-
i. Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif
ii. Membaca Yasin pada malam Juma‘aT
iii. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
iv. Mengadakan kenduri arwah
v. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Ma‘al Hijrah pada setiap tahun
vi. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Sya‘ban
vii.Berdo‘a beramai-ramai selepas solat berjema‘ah
viii.Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu
ix. Membaca “Basmalah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu
x. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat
xi.Membaca qunut dalam solat subuh
xii.Bersalaman selepas solat berjema‘ah
xiii.Solat sunat qabliah Maghrib.
xiv.Solat sunat qabliah Juma‘at
xv.Fidyah solat
xvi.Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
xvii. Bilangan raka‘at bagi solat sunat tarawih selain 8 raka‘at
xviii. Menyapu muka selepas salam
xix. Aqiqah dgn binatang al-an‘am selain kambing
xx. Amalam bertawassul dan bertabarruk
xxi. Berdo‘a dan membaca al-Quran di kubur
xxii. Do‘a akhir tahun dan awal tahun

4. Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:
Membid‘ahkan mana-mana orang yg mengamalkan perkara i hingga xxii.
Menegah pengamalan dan pengajaran perkara i hingga xxii.
Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dgn apa-apa cara pun bahawa perkara i hingga xxii adalah bid‘ah.

5. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yg dilarang di dalam perkara 4.

6. Mana-mana orang Islam yg melakukan perkara-perkara 4.i, 4.ii, 4.iii dan 5 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan.

Status pewartaan : Proses Pewartaan

TOKOH-TOKOH WAHABI TEMPATAN FAHAMLAH

$
0
0

TOKOH-TOKOH WAHABI TEMPATAN FAHAMLAH
.
Daripada kamu terus berdebat tentang SYIRIK atau BID'AHnya tradisi secara turun-temurun itu oleh kamu yang berpandangan lari dari mainstream majoriti umat Islam. Manakala saat ini sebaiknya umat Islam BERSATU.
.
Dengan sama-sama melihat dalam perspektif SUNNAH, apakah bangsa Arab yang satu DARATAN (kalau tak faham cuba faham) satu BAHASA, serta umumnya satu AGAMA, tapi BERPECAH menjadi belasan negara sejak berdirinya Arab “Saudi” pada 1932 adalah BID'AH atau SUNAH? tokoh wahabi wajib jawab jangan pusing tau, jawapannya mestilah kamu pusing kerana 'selesa' dan 'over confident' dengan PERANGAI memusingkan fakta, sudah berapa banyak kitab-kitab ulama muktabar dari kalangan Ahlu Sunnah Wal Jama'ah aliran Asya'irah dalam isu aqidah dan fiqh yang ulama kamu pusing? ini BETUL-BETUL bukan FITNAH fikir dan jawab sendiri.........

MUSUH SUNNAH.
.
Syeikh Nashiruddin Al-Albani tokoh muhaddis kitab bukan muhaddissin hadis  seperti Ibnu Hajar Asqolani dlm kitab " Silsilah Al-Ahadits Ash-Shohihah juz 6 hal. 676 " menyatakan bahawa MUSUH SUNNAH adalah orang yang bermadzhab dan Asy’ariyyah serta Para Sufi dan lainnya yang tidak sefaham dengannya.
.
Inilah satu catatan dari Syeikh Wahabi yang MENOLAK Asy’ari dan semua orang bermadzhab termasuk para ULAMA BESAR SEMUA MADZHAB, hal ini keldai beragama kelompok Wahabi mesti faham.
.
Jadi, cuma Wahabi yang Islam, sedang yang lain ditolaknya semuanya ???!!! Inilah karekter ulama muhaddis kitab yang menjadi idola pengikut Salafi Wahabi termasuk pengikut Wahabi tempatan.
.
Kalau membaca kitab-kitab rujuklah kitab-kitab dalam lingkungan ulama Ahlu Sunnah Wal Jama'ah aliran Asya'irah atau Maturidiah dan bermazhab yang empat semoga kamu mendapat faqih beragama semoga taksub pada Ibnu Taimiyah dan sefaham kamu itu CAIR,  bukan ulama Wahabi Salafi saja seperti Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Rasyid Redha, Muhammad Abduh, Fathi Yakan dan banyak lagi. Jangan tersilap merujuk ulama nanti bermanhajkan Wahabi.
.
Dalam membicarakan Wahabi ini janganlah kita menjadi Wahabi. Manakala Wahabi pula menjadi apa?
.
Hal ini boleh di nisbahkan pada teka-teki, kalau kamu manusia menjadi MONYET, manakala MONYET menjadi apa?
.
Jawapannya : Wahabi dan monyet menjadi RAMAI bilangan hal ini hendak lah dielakkan.
.
Sebaliknya, Nusantara yang sejak zaman para sultan dulu meski berbeza pulau, suku, dan bahasa, tapi boleh bersatu (sebelum kedatangan pengacau firqah kamu yang banyak jenama itu beserta dengan ulama rujukannya ) dalam satu wilayah di nusantara mendekati SUNNAH atau mendekati BID'AH? Pertanyaan ini harus dimunculkan sebab, di dalam Al-Qur’an dan hadis yang ditulis dalam bahasa Arab, umat Islam diperintahkan untuk  BERSATU betul tak???.
.
Sekian, sukar mencurahkan air kedaun keladi pada ulama Wahabi Salafi ini. Mereka tak peduli yang manhaj sudah di haramkan di beberapa negeri bagitu juga Jakim memfatwa tidak sesuai ajaran di amalkan di negara ini. Wassalam.
.

HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA

$
0
0

HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA (4)⚠️*


Al-Syaikh Tengku Mahmud Zuhdi ibn ^Abdir-Rahman al-Fatoni (Syaikhul-Islam Selangor, Guru di al-Masjidil-Haram dan Madrasah al-Saulatiyyah) ketika memperihalkan Majalah al-Manar beliau berkata:

_*".. Majalah al-Manar yang ialah satu jaridah [surat khabar] yang dipindahkan dia dengan beberapa bagai-bagai yang menyesatkan awam al-muslimin dan ialah karangan setengah daripada kaum yang mubtadi^in [golongan menyeleweng] yang ialah mereka itu tentera bagi Syaikh Abi Murrah yang memerangkan akan Islam dan muslimin dan menamai mereka itu akan diri mereka itu dengan Muslihin [golongan yang mendatangkan kebaikan] dan pada hal mereka itu ahlul-jahl wal-fasad a^du'us-solah wal-islah was-sadad [ golongan yang jahil dan mendatangkan kerosakan musuh kepada kebaikan dan kebenaran] yang masuk oleh mereka itu di bawah umum firman Allah ta^ala:*_

*ﻭﺇﺫﺍ ﻗﻴﻞ ﻟﻬﻢ ﻻ ﺗﻔﺴﺪﻭﺍ ﻓﻲ ﺍﻷﺭﺽ ﻗﺎﻟﻮﺍ ﺇﻧﻤﺎ ﻧﺤﻦ ﻣﺼﻠﺤﻮﻥ ﺃﻻ ﺇﻧﻬﻢ ﻫﻢ ﺍﻟﻤﻔﺴﺪﻭﻥ ﻭﻟﻜﻦ ﻻ ﻳﺸﻌﺮﻭﻥ*

_*yang ghalib mustanid [yang biasanya bersandar] mereka itu daripada perkataan Ibnul-Qayyim yang nyata sesatnya dan sesat gurunya [iaitu] Ibn Taimiyyah..."*_

_*"...amalannya [diikut oleh] Wahhabi yang dibangsakan kepada mazhab Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab al-Najdi yang maujudnya [yang ada] pada tengah kurun yang ketiga belas yang iktikadnya menyalahi bagi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan me[ng]i^tiradnya [membantah] akan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan me[ng]kafir ia akan mereka itu dan akan orang Islam yang menziarah kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan menyalahi ijmak a'immatid-din [para ulama ikutan dalam agama] pada beberapa masa'il [beberapa perkara]...".*_ Intaha.


🌿🍂🌿🍂🌿🍂🌿

*📗Rujukan:* _Tazkiyatul-Anzor wa Tasfiyatul-Afkar; Menolak Beberapa Faham Syubhah Yang Bersalahan Dengan Pendapat Ulama Muktabar_, al-Syaikh Tengku Mahmud Zuhdi ibn ^Abdir-Rahman al-Fatoni, Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1424 H/ 2003 R, hlm. 10.

🔸Kitab ini diiktiraf oleh;

1. Al-Syaikh Muhammad Mukhtar ibn ^Atorid al-Bughuri
2. Al-Syaikh ^Abdul-Qadir ibn Sobir al-Mandili
3. Al-Syaikh Muhammad Nur ibn Muhammad Dawud al-Fatoni
4. Al-Syaikh Muhammad ibn ^Abdil-Qadir al-Fatoni
5. Al-Syaikh Yahya Langkat al-Rummani
6. Al-Syaikh Isma^il ibn ^Abdil-Qadir al-Fatoni
7. Al-Syaikh Muhammad Nasir al-Fatoni
8. Al-Syaikh ^Abdul-Haqq Rafaqat ^Ali al-Madani

🔹Kitab ini siap ditulis pada tahun 1341 Hijri/ 1922 - 1923 Rumi.


🖋 Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis Sunnah (KIAS)*

MAZHAB SYAFIE

$
0
0

Mazhab Syafie
Penulis : Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Antara perkara yang menyebabkan mudahnya virus "Wahabi", "allamazhabi", neo-salafi dan seribu satu lagi penyakit yang menjalar di kalangan masyarakat adalah kurangnya ilmu agama dari asas, menyebabkan sesetengah golongan yang ingin kembali mendekati Islam mudah terpedaya dengan deretan hadis dan kalam ulamak yang dieksploitasi oleh pembawa virus ini.

Ilmu asas yang kurang difahami tersebut, ada yang menyentuh aqidah dan ada yang berkenaan feqh. Apabila ramai yang kurang mantap dalam ilmu aqidah, maka timbullah cemuhan kepada sifat 20 yang mereka tidak fahami, lalu berpegang dengan aqidah salaf kononnya dengan intepretasi sendiri, sedangkan ia jauh dari fahaman salaf mahupun khalaf. Tidak memahami asas feqh pula menyebabkan tiada kefahaman kepada mazhab dan kepentingan mazhab, lantas mencemuh pendapat-pendapat para ulamak mazhab yang terdahulu, dengan sangkaan kononnya pendapat kita lebih tepat kepada hadis berbanding pendapat para ulamak tersebut.

Kecelaruan dalam memahami apakah dia Mazhab Syafie dan bagaimana ia berkembang, menyebabkan ada pihak mencemuh masyarakat Malaysia yang berpegang kepada beberapa amalan yang mereka tidak jumpa di dalam kitab induk Al-Umm, lantas memperlekehkan amalan tersebut yang disandarkan kepada pengikut Mazhab Syafie. Oleh itu ana rasakan sewajarnya ana menyebutkan serba sedikit pengenalan ringkas kepada Mazhab yang menjadi panduan kepada masyarakat kita amnya.

Imam Syafie Pengasas Mazhab:

Beliau adalah Muhammad bin Idris Assyafie Almuttalibi. Nasabnya bertemu dengan nasab Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pada moyangnya Abdu Manaf. Dilahirkan di Ghaza, Palestin, beliau dibawa kembali ke perkampungan keluarganya di Makkah. Sejak kecil beliau dihantar mempelajari ilmu bahasa Arab dan sasteranya dari qailah-qabilah arab. Seterusnya mempelajari ilmu agama dari ulamak Makkah seperti syaikh beliau Al-Imam Khalid bin Muslim Azzanjy. Al-Fudhail bin 'Iyadh, Sufyan bin Uyaynah dan lainnya.

Beliau seterusnya meneruskan safar mencari ilmu di Madinah, dan belajar dengan Imam Malik sehingga menjadi pelajar terbaiknya. Kitab Al-Muwatta' Imam Malik telah dihafalnya dalam tempoh tidak lebih dari 9 hari. Beliau telah belajar dari para ulamak Makkah dan Madinah dengan baik sehingga dalam usianya 18 tahun, beliau sudah layak memberi fatwa. Pakar Bahasa Arab seperti Al-Asma'i juga banyak mengambil manfaat darinya.

Beliau seterusnya pergi ke Iraq dan mengambil faedah dari Imam Muhammad bin Al-Hasan Assyaibani murid Imam Abu Hanifah. Di sana beliau mengarang kitabnya Al-Hujjah, dan mengumpulan padanya mazhabnya yang lama (qadim). Di Iraq juga, beberapa Imam besar telah belajar dari beliau, seprti Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abi Tsaur.

Setelah itu beliau telah berpindah ke Mesir. Di sana, beliau telah mengubah pelbagai ijtihadnya dan memasyhurkan pendapatnya yang baru (mazhab/qaul jadid). Beliau juga telah menulis kitab agungnya Al-Umm dan kitab Usul Feqh pertama dalam sejarah Islam berjudul Ar-Risalah.

Imam Syafie diangkat sebagai Mujaddid kurun ke-2. Beliau telah menghimpukan ilmu antara ahli Hadis serta ahli ra'yi, menggariskan kaeda-kaedah ilmu usul feqh, selain dari ilmunya yang meluas dalam hadis, riwayat-riwayatnya, ahli-ahlinya, qur'an dan ulumnya, sejarah, syiir dan sastera, ilmu bahasa, serta wara' , taqwa lagi zuhud pada dunia. Beliau telah wafat di Kaherah pada tahun 204H.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah menyebut: "Imam Syafie seperti matahari bagi dunia dan penyembuh bagi badan" dan "Feqh itu terkunci pada ahli-ahlinya sehingga Allah membukanya dengan Assyafie".

Imam Abu Zur'ah pula ada menyebut: Aku tidak mengetahui seseorang yang lebih agung sumbangannya pada ahli Islam daripada As-Syafie.

Semoga Allah merahmatinya dan memanfaatkan kita dengan segala barakah, rahsia, ilmu dan cahaya beliau di dunia dan akhirat. Amiin.

Para Imam Mazhab:

Antara murid yang terpenting dalam Mazhab Qadim Imam Syafie adalah Imam Ahmad bin Hanbal, Abu Tsur, Azza'farani dan Alkarabisi.

Manakala anak-anak murid yang mengambil daripadanya Mazhab Jadid beliau antaranya: Al-Muzani, Al-Buwaiti, Arrabi' Almuradi yang digelar oleh syaikhnya Imam Syafie, sebagai Rawiyatul Mazhab atau perawi mazhab. Mereka ini kesemuanya meninggal dunia pada kurun ketiga hijrah.

Selepas itu menyusul pula generasi-generasi dan lapisan ulamak yang banyak. Antara yang tersohor bagi setiap kurun adalah; Imam Ibn Suraij dan Alqaffal Alkabir pada kurun keempat, kemudian Almawardi, Abu Ishaq Assyirazi, Abu Muhammad Aljuwaini, serta anaknya Imamul Haramain dan Al-Baihaqi pada kurun kelima.

Seterusnya Imam Ghazali Hujjatul Islam, Assyasyi dan Albaghawi pada kurun keenam, kemudian Annawawi dan Arrafi'i (digelar sebagai Syaikhal Mazhab, atau dua Syaikh bagi mazhab ini), serta Ibn Daqiqul 'Aid pada kurun ketujuh.

Selepas itu Attaqi Assubki serta anaknya Attaj, Ibn Jama'ah dan Alhisni pada kurun kelapan, kemudian Alhafiz Ibn Hajar Al-asqalani dan Ibnul Muqri' pada kurun kesembilan. Seterusnya Assakhawi, Assyihab Arramli serta anaknya Assyams, Ibn Hajar Alhaitami, Assuyuthi dan Syaikhul Islam Zakaria Al-ansari pada kurun kesepuluh. Seterusnya Assyarbini, Alqalyubi, Albaijuri, Ibn Qasim, Assyabramallisi, Alkurdi, Assaqqaf, Syato, Almalibari, Bafadhl, Almasyhur, Aljardani, Albujairimi, Ba'Isyn dan ramai lagi para fuqaha' kurun-kurun yang terkemudian.

Para ulamak mazhab ini terlalu ramai untuk disebutkan. Cukuplah bagi kita kitab Al-imam Assubky, Tobaqat Syafi'iyyah Alkubra, setebal 9 jilid, yang menerangkan betapa ramai ulamak mazhab ini, serta khidmat mereka yang sempurna bagi mazhab ini, sehingga ia menjadi satu kelebihan Mazhab Syafie berbanding mazhab lain. Mazhab Syafie juga dipegang oleh para Imam dari pelbagai cabang ilmu Islam.

Di kalangan ulamak Usul Feqh (Usuliyyin), antaranya Al-Juwaini (penulis kitab Al-Burhan) dan Al-Ghazali (Al-Mustasfa).
Di kalangan ulamak hadis (huffaz), antaranya Albaihaqi (sunan), Attaqi Assubki, Ibn Hajar Al-asqalani (Fathul Bari), dan Ibn Katsir (Jami' Sunan Wazzawaid).
Di kalangan ulamak sejarah (muarrikhin), antaranya Ibn 'Asakir (Tarikh Dimasyq), Azzahabi (Siyar A'lam Annubala') dan Assofadi (Al-Wafi).
Di kalangan ahli kalam (mutakallimin), antaranya Alfakhrur Razi (Al-Mutolabatul 'Aliyah Fil 'Ilmil Ilahi).
Di kalangan ahli tafsir (mufassirin), antaranya Almawardi (tafsir), Alkhazin (Ma'alimut Tanzil) dan Al-Baghawi.
Di kalangan ahli bacaan Al-Quran (Qurra'), antaranya Ibnul Jazari (Annasyr).
Di kalangan ahli bahasa Arab (Lughawiyyin), antaranya Alfairuz abadi (Alqamus).
Di kalangan ahli arifin, antaranya Alqusyairi (Risalah Alqusyairiah).

Selain itu banyak lagi pakar nahu dan sastera Arab serta cabang-cabang ilmu Islam yang lain.

Sejarah Ringkas Mazhab Syafie:

Sejarah mazhab ini kita boleh simpulkan dalam empat peringkat.

Peringkat Pertama: Pengasasan (Atta'sis) : Ia berakhir dengan wafatnya Al-Imam Assyafie Radhiyallahu 'Anhu, dan meninggalkan kepada kita kitabnya Al-Umm.

Peringkat Kedua: Menyalin dan Memindahkan (Annaql) : Dilaksanakan oleh para penuntut Imam Syafie dan ashabnya dengan menyebarkan mazhab ini. Antara kitab termasyhur mereka adalah Mukhtasar Al-imam Almuzani.

Peringkat Ketiga: Penyelesaian dan Perungkaian (Attahrir) : Dengan usaha "Dua Syaikh Mazhab" (Syaikhai Mazhab), iaitu Imam Annawawi dan Imam Arrafi'i. Kitab terpenting peringkat ini adalah Alminhaj oleh Imam Annawawi dan Almuharrar oleh Imam Arrafi'i. Selain itu, kitab Al-Majmu' Syarhu Muhazzab Assyirazi oleh Imam Annawawi dan Fathul Aziz bisyarhi Wajiz Alghazali oleh Imam Arrafi'i. Kedua-dua mereka dan ulamak lain pada peringkat ini telah menyelasaikan masalah-masalah feqhiah dalam mazhab ini, dalil-dalilnya dan pentarjihan antara riwayat-riwayat serta pendapat-pendapat yang ada dalam mazhab.

Peringkat Keempat: Penetapan (Al-istiqrar) : Jelas kelihatan dengan usaha dua orang faqih yang hebat, Ibn Hajar Alhaitami pada kitabnya Tuhaftul Muhtaj bisyarhi Minhaj, dan Assyams Arramli pada kitabnya Nihayatul Muhtaj fi syarhil Minhaj. Kedua-dua mereka telah menyelesaikan apa yang tidak disebutkan oleh Syaikhan dari sudut pendapat-pendapat dan riwayat-riwayat mazhab. Mereka juga telah menyebutkan berdasarkan kepada manhaj mazhab, baki masalah furu' (cabang) dan pelbagai masalah dalam pelagai bab feqh.

Oleh kerana Mazhab ini telah ditahqiq oleh Annawawi dan Arrifa'i, dan ditetapkan pula permasalahan-permasalahan lain oleh Ibn Hajar dan Arramli, maka para ulamak yang terkemudian telah bersetuju untuk memberi fatwa berdasarkan kepada kitab-kitab mereka ini.

Masalah yang telah disepakati padanya oleh kedua-dua Syaikh, Annawawi, dan Arrafi'i merupakan hukum yang dipegang (mu'tamad). Jika mereka berbeza pendapat, maka diutamakan pendapat Annawawi, akan tetapi harus berfatwa dengan mana-mana pendapat dari keduanya.

Apa yang disepakati pula oleh Ibn Hajar dan Arramli dalam permasalah yang tidak diperbahaskan sebelumnya, maka ia juga merupakan hukum yang dipegang. Jika mereka berbeza pendapat pula, maka ulamak Hijaz dan Hadhramaut mengutamakan Ibn Hajar, manakala ulamak Syam dan Mesir mengutamakan Arramli.

Adapun lain-lain penyusun kitab feqh Syafie yang banyak seperti Al-Halabi, Bamakhzumah, Assyabramallisi, Ibn Qasim, 'Umairah, Almahalli, Ba'isyn, dan lainnya, maka dibolehkan beramal dan berfatwa dengan setiap daripadanya, melainkan yang disepakati bahawa ia merupakan satu kesalahan, keterlupaan atau lemah.

Kitab-kitab Penting:

Kitab-kitab penting yang diajar di majlis-majlis ilmu bagi memudahkan para penuntut meningkatkan kefahaman diri secara berperingkat dalam mazhab Syafie adalah seperti berikut:

- Arrisalatul Jami'ah - Ahmad bin Zain Alhabsyi

- Safinatun Najah - Salim Alhadhrami, dan pelbagai syarah baginya

- Alyaqut Wannafis - Assyatiri

- Matan Alghayah Wattaqrib - Abi Syuja', dan pelbagai syarah baginya

- Sofwatuz Zubad - Ibn Ruslan

- Dua Mukhtasar, Al-Kabir (Almuqaddimah Alhadhramiah) dan Assaghir - Bafadhl, dan pelbagai syarah baginya

- Syarhut Tahrir - Syaikhul Islam Zakaria Al-Ansari

- Busyral Karim - Ba'isyn

- 'Umdatus Salik - Ibnu Naqib

- Attanbih dan Almuhazzab - Assyirazi

Pelbagai komentar (hasyiah) juga amat bermanfaat seperti:

- Hasyiah Albaijuri 'Ala Matn Abi Syuja'

- Hasyiah Syato 'Ala Fathil Mu'in lil Malibari

- Hasyiah Assyarqawi 'Ala Tahrir

- Hawasyi Almadaniah 'Ala Syarh Ibn Hajar limuqaddimah Bafadhl, lilkurdi

dan pelbagi lagi kitab Hasyiah yang lain.

Selain itu, terdapat juga kitab-kitab fatwa yang begitu bernilai seperti:

- Fatawa Al-Imam Subki

- Alhawi lissuyuthi

- Alfatawa Alkubra libni Hajar.

Sebahagian ahli hadis pula telah menyusun kitab bagi menjelaskan dalil-dalil pada mazhab seperti:

- Attalkhis Alhabir - Ibn Hajar Al-'asqalani

- Albadrul Munir - Ibnul Mulaqqin

Sementara kitab feqh yang dikuatkan dengan dalil-dalil beserta perbincangan ke atas dalil-dalil mazhab seperti:

- Nihayatul Matlab fi Adilllatil Mazhab - Imamul Haramain Aljuwaini

- Almajmu' Syarh Muhazzab - Annawawi

- Fathul 'Aziz bisyarhi Wajiz Alghazali - Arrafi'i

Keistimewaan Mazhab Syafie

Penekanan Imam Syafie Rahimahullah sebagai pengasas Mazhab, kepada pengumpulan hadis dan sunnah. Beliau menuntut dengan Imam Sunnah, Malik, dan mengajar pula Imam Sunnah, Ahmad bin Hanbal. Jejak langkahnya diikuti oleh para imam dalam Mazhab ini, sehingga sebahagian mereka menjadi ulamak hadis yang merupakan huffaz agung, seperti Albaihaqi dan Ibn Hajar Al-'asqalani. Ulamak ini telah memberi khidmat yang besar kepada mazhab dengan menguatkan mazhab dengan dalil-dalil.

Penekanan pengasasnya Rahimahullah dengan pelbagai bentuk qias dan asas-asas kepada istinbat yang dimahiri oleh Imam Abu Hanifah dan penuntut-penuntutnya, sehingga mampu mengasaskan penulisan ilmu Usul Feqh. Kemudiannya para pengikutnya pula menjadi rujukan utama dalam ilmu ini seperti Imam Aljuwaini dan Imam Alghazali.

Mazhab ini merupakan mazhab pertengahan antara Ahlirra'yi dan Ahlilhadis.

Bilangan ulamak yang memberi khidmat serta mengembangkan mazhab ini di setiap tempat, sehinggakan kebanyakan mereka mencapai tahap ijtihad seperti Imam Assubki dan Assuyuthi.

Bilangan ulamak mazhab ini yang menjadi mujaddid setiap kurun juga ramai seperti Imam Syafie sendiri mujaddid kurun kedua, Imam Ibn Suraij mujaddid kurun ketiga, Imam Al-Ghazali mujaddid kurun kelima, Alfakhurrazi mujaddid kurun keenam, Ibn Daiqil 'Aid mujaddid kurun ketujuh, Assuyuthi kurun kesembilan dan Imam Alhaddad kurun kesebelas.

Banyaknya kitab yang ditulis oleh para ulamak dalam mentahqiq mazhab ini serta menguatkannya dengan dalil-dalil serta memudahkan para penuntut pada setiap zaman dalam lipatan sejarah.

Pengikutnya yang begitu ramai di merata tempat, tersebar dari Asia Tenggara, sehingga ke benua Hindi, negara-negara Parsi, Iraq dan Syam, kemudiannya Hijaz, Bahrain, Hadhramaut serta Yaman selain Mesir dan beberapa negara Afrika.

Penutup:

Penulisan ini hanya bertujuan untuk menerangkan kepada khalayak serba sedikit pengetahuan asas tentang mazhab. Seperti mana yang diketahui umum, telah sepakat keseluruhan ulamak, akan kewajipan bertaqlid bagi seorang yang belum mencapai martabat ijtihad. Maka sewajarnyalah kita mengetahui mazhab yang kita ikuti dalam urusan agama.

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk menyeru kepada taksub kepada sesuatu mazhab, tetapi ingin menyedarkan kita betapa bernilai dan mulianya setiap mazhab feqh yang empat di sisi Islam dan sumbangannya kepada Ummat Islam amnya. Tiada kecacatannya jika kita berpegang dengan sesuatu mazhab seperti mana ribuan para ulamak terdahulu yang berpegang dengan sesuatu mazhab.

Semoga virus tidak mahu bermazhab, memperlekehkan pendapat ulamak mazhab, takjub dengan diri sendiri sehingga menyangka pendapatnya lebih benar dari ulamak-ulamak tersebut, mudah menghina para ulamak dan ilmuan Islam, bersangka buruk dengan mereka yang menuntut ilmu agama serta guru-guru agama, serta 1001 lagi virus yang kini cuba disebarkan dalam masyarakat kita dapat dibendung dan dibenteras.

Doa kita kepada Allah, moga disatukan hati-hati kita semua dalam kebenaran, dilimpahkan kita rahmat dan keberkatan-Nya, dicucurkan kita kebaikan dunia dan akhirat, digolongkan bersama Muqarrabin, dibangkitkan bersama para anbiya' dan solihin. Amiin.

AYAT MUTASYABIHAT

$
0
0
*Ulama Ahlussunnah Dari Salaf Dan Khalaf Yang Mentakwil استوى Istawâ  dalam Surat Toha ayat 5 Dengan Istawlâ استولى dan Qahara قهر (Menguasai), dan bukan dengan جلس (Duduk) kerana sifat duduk tidak layak bagi Allah*

1. Imam Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Yahya ibn al-Mubarak (w 237 H), salah seorang ulama terkemuka dalam berbagai bidang ilmu termasuk dalam ilmu nahwu dan ilmu bahasa. Dalam karyanya berjudul Gharîb al-Qur’ân Wa Tafsîruh dalam menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5 menuliskan Istawâ artinya Istawlâ .


2. Imam Abu Ja’far Muhammad ibn Jarir ath-Thabari (w 310 H) dalam kitab tafsir-nya; Jami’ al-Bayan mengatakan bahwa makta Istawâ mengandung beberapa makna, di antaranyanya dalam makna ketinggian kekuasan (uluww mulk wa sulthan) .


3. Imam al-Lughawiy Abu Ishaq Ibhrahim ibn as-Sariyy az-Zajjaj (w 311 H) dalam kitab karyanya Ma’ânî al-Qur’ân Wa I’râbuh. Ahli bahasa terkemuka ini oleh adz-Dzahabi disebut sebagai “Nahwiyy Zamânih”, artinya: Seorang ahli nahwu terdepan di masanya . Dalam karyanya tersebut az-Zajjaj memaknai Istawâ dengan Istawlâ .


4. Imam al-Mutakallim Abu Manshur Muhammad ibn Muhammad al-Maturidi al-Hanafi (w 333 H) dalam kitab karyanya berjudul Kitâb Ta’wîlât Ahl as-Sunnah .


5. Imam al-Lughawiy Abu al-Qasim Abdul Rahman ibn Ishaq az-Zajjaji (w 340 H) dalam kitab karyanya Isytiqâq Asmâ’ Allâh. Adz-Dzahabi berkata: “Dia adalah tuan guru bahasa Arab (Syaikh al-‘Arabiyyah), murid dari ahli bahasa Abu Ishaq Ibrahim ibn as-Sariyy az-Zajjaj, dan nama az-Zajjaji adalah nisbat kepada nama gurunya tersebut”. Dalam kitab Isytiqâq Asmâ’ Allâh, az-Zajjaji menuliskan bahwa nama Allah al-‘Alyy dan al-‘Âli adalah dalam pengertian yang maha menguasai dan maha menundukan atas segala sesuatu .


6. asy-Syaikh Abu Bakar Ahmad ar-Razi al-Jash-shash al-Hanafi (w 370 H) dalam kitab Ahkâm al-Qur’ân .


7. Imam al-Mufassir Abu al-Hasan Ali ibn Muhammad al-Mawardi (w 450 H) dalam kitab an-Nukat Wa al-‘Uyûn Tafsîr al-Mâwardi .


8. Imam al-Hâfizh Abu Bakar ibn al-Husain ibn Ali al-Bayhaqi (w 458 H) dalam kitab karyanya al-Asmâ’ Wa ash-Shifât .


9. Imam al-Mufassir Abu al-Hasan Ali ibn Ahmad al-Wahidi (w 468 H) dalam kitab tafsirnya berjudul al-Wajîz Fî Tafsîr al-Qur’ân al-Azîz .


10. Imam al-Mutakallim Abd al-Malik al-Juwaini yang dikenal dengan sebutan Imam al-Haramain (w 478 H) dalam kitab karyanya al-Irsyâd .


11. Imam Abdul Rahman ibn Muhammad asy-Syafi’i yang dikenal dengan nama al-Mutawalli (w 478 H) dalam kitab karyanya al-Ghunyah .


12. Imam al-Lughawiy al-Mufassir Abu al-Qasim ibn Muhammad yang dikenal dengan sebutan ar-Raghib al-Ashbahani (502 H) dalam kitab karyanya Mufradât Gharîb al-Qur’ân .


13. Imam ash-Shûfiy al-Mutakallim Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali (w 505 H) dalam kitab karyanya yang sangat penomenal Ihyâ’ ‘Ulûmiddîn .


14. Imam al-Mutakallim Abu al-Mu’ain Maimun ibn Muhammad an-Nasafi al-Hanafi (w 508 H) dalam kitab karyanya Tabshirah al-Adillah .


15. Imam al-Mutakallim Abu Nashr Abd ar-Rahim ibn Abd al-Karim ibn Hawazan al-Qusyairi (w 514 H) dalam risalah karyanya berjudul at-Tadzkirah asy-Syarqiyyah. Risalah Abu Nashr al-Qusyairi ini dikutip oleh Imam al-Hâfizh Muhammad Murtadla az-Zabidi dalam kitab karyanya Ithâf as-Sâdah al-Muttaqîn Bi Syarh Ihyâ’ ‘Ulûmiddîn .


16. al-Qâdlî asy-Syaikh Abu al-Walid Muhammad ibn Ahmad al-Maliki (w 520 H), yang lebih dikenal dengan sebutan Ibn Rusyd al-Jadd (kakek dari Ibn Rusyd penulis Bidâyah al-Mujtahid Wa Nihâyah al-Muqtashid), sebagaimana dikutip sekaligus disetujui oleh Ibn al-Hajj al-Maliki dalam kitab karyanya berjudul al-Madkhal .


17. Imam al-Mufassir al-Mutakallim Fakhruddin Muhammad ar-Razi asy-Syafi’i (w 606 H) dalam kitab tafsir karyanya berjudul at-Tasfîr al-Kabîr Wa Mafâtih al-Ghayb .


18. Imam al-Mutakllim Saifuddin al-Amidi (w 631 H) dalam kitab karyanya berjudul Abkâr al-Afkâr .


19. Sulthân al-Ulamâ’ Imam Abu Muhammad Izzuddin Abd al-Aziz ibn Abd as-Salam asy-Syafi’i (w 660 H) dalam kitab al-Isyârah Ilâ al-Îjâz Fî Ba’dl Anwâ’ al-Majâz .


20. Imam al-Mufassir al-Qâdlî Abu Sa’id Abdullah ibn Umar ibn Muhammad Nashiruddin al-Baidlawi (w 691 H) dalam kitab Tafsir al-Qur’an yang dikenal dengan Anwâr at-Tanzîl .


21. Imam al-Mufassir Abu al-Barakat Abdullah ibn Ahmad an-Nasafi (w 701 H) dalam kitab tafsirnya berjudul Madarik at-Tanzil Wa Haqa’iq at-Ta’wil .


22. Imam al-Lughawiy Abu al-Fadl Jamaluddin Muhammad ibn Mukarram ibn Manzhur al-Maishri (w 711 H) dalam kitab karyanya Lisan al-‘Arab .


23. Imam al-Muhaddits al-Faqîh Ibn al-Mu’allim al-Qurasyi (w 725 H) dalam kitab karyanya Najm al-Muhtadî Wa Rajm al-Mu’tadî sebagaimana dikutip oleh al-Muhaddits Muhammad Zahid al-Kautsari dalam ta’liq beliau atas kitab al-Asmâ’ Wa ash-Shifât karya Imam al-Hâfizh al-Bayhaqi .


24. Imam al-Qâdlî  Muhammad ibn Ibrahim asy-Syafi’i yang dikenal dengan Badruddin ibn Jama’ah asy-Syafi’i (w 727 H) dalam kitab karyanya Idlâh ad-Dalîl Fî Qath’i Hujaj Ahl at-Ta’thîl .


25. Imam Ahmad ibn Yahya ibn Isma’il ibn Jahbal al-Halabi asy-Syafi’i (w 733 H) dalam risalah Nafy al-Jihah ‘An Allâh. Sebuah risalah yang beliau tulis dalam penjelasan bahwa Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah sebagai bantahan atas Ibn Taimiyah. Risalah ini dikutip oleh Tajuddin as-Subki dalam ath-Thabaqât asy-Syâfi’iyyah al-Kubrâ .


26. al-Faqîh Syamsuddin Muhammad ibn Ahmad ibn Abd al-Mu’min asy-Syafi’i yang dikenal dengan Ibn al-Labban (w 749 H) dalam karyanya berjudul Izâlah asy-Syubuhât .


27. al-Qâdlî Abdurrahman ibn Ahmad al-Iji (w 756 H) dalam kitab al-Mawâqif .


28. Imam al-Hâfizh al-Mujtahid Taqiyyuddin Ali ibn Abd al-Kafi as-Subki (w 756 H) dalam kitab karyanya sebagai bantahan atas Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, berjudul as-Sayf ash-Shaqîl Fî ar-Radd ‘Alâ Ibn Zafîl .


29. Imam al-Lughawi al-Mufassir Ahmad ibn Yusuf asy-Syafi’i yang dikenal dengan as-Samin al-Halabi (w 756 H) dalam kitabnya berjudul ‘Umdah al-Huffâzh .


30. Imam Mahmud ibn Ahmad al-Qunawi al-Hanafi yang dikenal dengan sebutan Ibn as-Siraj (w 770 H) dalam kitab karyanya berjudul al-Qalâ-id Fî Syarh al-‘Aqâ-id .


31. Imam al-Lughawiy Majduddin Muhammad ibn Ya’qub al-Fairuz Abadi (w 817 H) dalam kitabnya Bashâ-ir Dzawî at-Tamyîz .


32. Imam Taqiyyuddin al-Hushni (w 829 H) dalam kitab karyanya sebagai bantahan atas Ibn Taimiyah dan para pengikutnya, berjudul Daf’u Syubah Man Syabbah Wa Tamarrad Wa Nasaba Dzâlika Ilâ Imam Ahmad .


33. Imam al-Faqîh al-Ushûliy Kamaluddin Muhammad ibn Abd al-Wahid al-Hanafi al-Hanafi yang dikenal dengan nama Ibn al-Humam (w 861 H) dalam kitab al-Musâyarah .


34. Imam Muhammad ibn Sulaiman al-Kafiji (w 879 H), salah seorang guru dari al-Hâfizh as-Suyuthi, dalam kitab karyanya berjudul at-Taisîr Fî Qawâ-id ‘Ilm at-Tafsîr .


35. Imam al-Hâfizh Jalaluddin as-Suyuthi (w 911 H) dalam kitab karyanya berjudul al-Kanz al-Madfûn Wa al-Fulk al-Masyhûn. Beliau mengatakan bahwa penyebutan arsy secara khusus karena ia adalah makhluk Allah yang paling besar bentuknya. Dengan demikian bila yang paling besar berada di bawah kekuasaan Allah maka secara otomatis yang lebih kecil dari pada arsy juga berada di bawah kekuasaan-Nya .


36. asy-Syaikh Syihabuddin Ahmad ibn Muhammad al-Qasthallani asy-Syafi’i (w 923 H) dalam kitab Irsyâd as-Sârî Bi Syarh Shahîh al-Bukhâri .


37. asy-Syaikh Zakariyya ibn Muhammad al-Anshari al-Mishri asy-Syafi’i (w 926 H) sebagaimana ia sebutkan dalam kitabnya berjudul Ghâyah al-Wushûl Syrah Lubb al-Wushûl .


38. Imam al-Mufassir Muhammad ibn Musthafa al-Hanafi yang dikenal dengan sebutan Syaikh Zadah (w 951 H) dalam kitab hâsyiah atas Tafsîr al-Baidlâwi .


39. asy-Syaikh Yusuf ibn Abdillah al-Armayuni asy-Syafi’i (w 958 H) dalam karyanya berjudul al-Qawl al-Mu’tamad .
40. al-Mufassir al-Qâdlî asy-Syaikh Abu as-Su’ud Muhammad ibn Muhammad al-Imadi al-Hanafi (w 982 H) dalam kitab tafsirnya, Irsyâd al-‘Aql as-Salîm .


41. al-Mufassir asy-Syaikh Sulaiman ibn Umar asy-Syafi’i yang lebih dikenal dengan sebutan al-Jamal (w 1204 H) dalam kitab tafsirnya berjudul al-Futûhât al-Ilâhiyyah, yang dikenal dengan sebutan Tafsir al-Jamal.  Kitab tafsir hâsyiyah atas tafsir al-Jalalain .


42. Imam al-Hâfizh al-Lughawiy  Muhammad Murtadla az-Zabidi al-Hanafi (w 1205 H) dalam kitab karyanya Ithâf as-Sâdah al-Muttaqîn Bi Syarh Ihyâ’ Ulûmiddîn .


43. asy-Syaikh Muhammad ath-Thayyib ibn Abd al-Majid yang lebih dikenal dengan nama Ibn Kairan al-Maliki (w 1227 H) dalam karyanya berjudul al-Mursyid al-Mu’în ‘Alâ adl-Dlaruriyy Min ‘Ilm ad-Dîn .


44. asy-Syaikh Abu Abdillah Muhammad ibn Darwisy al-Hut al-Bairuti (w 1276 H) dalam ad-Durrah al-Bahiyyah Fi Tauhîd Rabb al-Bariyyah .


45. asy-Syaikh Mahfuzh at-Tarmasi (w 1285 H), salah seorang ulama Indonesia terkemuka berasal dari Termas Jawa Timur dalam kitab karyanya Mawhibah Dzî al-Fadll .


46. asy-Syaikh Muhammad Nawawi al-Jawi (w 1315 H), salah seorang ulama Indonesia yang sangat mendunia dalam ilmu-ilmu Islam hingga memiliki gelar Sayyid ‘Ulamâ’ al-Hijâz, dalam kitab tafsir karyanya berjuduh Marah Labid atau lebih dikenal dengan sebutan at-Tafsîr al-Munîr .


47. al-Muhaddits Muhammad Zahid al-Kautsari (w 1371 H) dalam banyak tulisan ta’liqât-nya, salah satunya dalam ta’liq beliau terhadap kitab al-Asmâ’ Wa ash-Shifât karya al-Hâfizh al-Bayhaqi . Juga dalam salah satu karyanya berjudul Takmilah ar-Radd ‘Alâ Nuniyyah Ibn al-Qayyim, kitab perluasan atas karya Al-Hâfizh Taqiyyuddin as-Subki yang berjudul as-Sayf ash-Shaqîl Fî ar-Radd ‘Alâ Ibn Zafîl, sebagai bantahan atas kesesatan Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah .


48. Syaikh al-Azhar al-Ustâdz asy-Syaikh Salim al-Bisyri dalam banyak fatwa-fatwa, sebagaimana banyak dikutip oleh asy-Syaikh Salamah al-Uzami (w 1376 H) dalam kitabnya Furqân al-Qur’ân Fî Tamyîz al-Khâliq Min al-Akwân .
49. asy-Syaikh Abd al-Majid asy-Syarnubi al-Mishri al-Azhari al-Maliki dalam syarah-nya atas kitab Tâiyyah as-Sulûk Ilâ Ta’iyyah al-Mulûk .


50. asy-Syaikh Ibrahim ibn Muhammad al-Baijuri dalam kitab karyanya berjudul Tuhfah al-Murîd Syarh Jawharah at-Tauhîd. Kitab penjelasan terhadap Jawharah at-Tauhîd karya asy-Syaikh Ibrahim al-Laqani .


51. asy-Syaikh Muhammad Abd al-Azhim az-Zurqani (w 1367 H), salah seorang dosen terkemuka dalam ‘Ulûm al-Qur’ân Wa al-Hadits pada kuliah Ushuluddin al-Azhar Mesir, dalam kitab karyanya berjudul Manâhil al-‘Irfân Fî ‘Ulûm al-Qur’ân. Kitab tentang ‘Ulûm al-Qur’ân yang diterbitkan dengan rekomendasi majelis ulama al-Azhar .


52. asy-Syaikh Abd al-Karim Muhammad, salah seorang ulama besar di masjid Jami’ al-Ahmadi dan pengajar di sekolah al-Hadlrah al-Kailaniyyah di Baghdad dalam kitab karyanya berjudul al-Wasîlah Fî Syarh al-Fadlîlah. Kitab penjelasan atas kitab al-Fadlilah karya asy-Syaikh Abdul Rahman al-Kurdi .


53. asy-Syaikh Husain Abd ar-Rahim Makki dalam Mudzakkirât at-Tauhîd. Kitab tauhid yang direkomendasi oleh al-Azhar Mesir .


54. asy-Syaikh Salamah al-Qudla’i al-‘Uzami (w 1376 H) dalam karyanya berjudul al-Barâhîn as-Sâthi’ah .


55. asy-Syaikh Thahir ibn Muhammad al-Jaza’iri ad-Damasyqi (w 1338 H) dalam risalah tauhidnya berjudul al-Jawâhir al-Kalâmiyyah .


56. al-Muhaddits al-Lughawiy Imam Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Muhammad ibn Yusuf al-Harari yang dikenal dengan sebutan al-Habasyi dalam banyak karyanya, seperti al-Maqâlât as-Sunniyyah Fî Kasyf Dlalâlât Ahmad Ibn Taimiyah, Sharih al-Bayân Fî ar-Radd ‘Alâ Man Khâlaf al-Qur’ân, dan Izh-hâr al-‘Aqîdah as-Sunniyyah Bi Syarh al-‘Aqîdah ath-Thahâwiyyah. Dalam karyanya yang terakhir disebutkan, beliau menuliskan sebagai berikut: “Dengan demikian dapat pahami bahwa makna al-Istiwâ’ adalah al-Qahr dan al-Istîlâ’. Karena makna ini adalah makna yang paling bagus dan paling mulia dari makna-makna al-Istiwâ’, dan makna yang sesuai bagi keagungan Allah  .
Viewing all 343 articles
Browse latest View live