Assalamu'alaikum,
![]()
![]()
![]()
![]()
Alhamdulillah, pada cuti awal Mei 2015 yang lalu, hamba berkesempatan balik kampung di Utara tanahair. Dan bersyukur kepada Allah, hamba sekeluarga berkesempatan menziarahi Sheikh Toyyib al-Makki di Baling Kedah. Berdasarkan panduan lokasi oleh sahabat hamba, Tuan Kanjeng Sunan, kami sampai di rumah Sheikh Toyyib kira-kira jam 430 petang dan menghabiskan masa dengan beliau sehingga jam 730 malam. Dan bersyukur juga kepada Allah kerana melapangkan masa kami dengan beliau, tiada orang lain datang ketika dan waktu itu.
Hamba pernah cuba menziarahi beliau apabila beliau datang ke Rawang beberapa minggu sebelumnya. Namun kedatangan hamba sekeluarga itu lewat sehari apabila beliau sudah kembali ke Baling. Ada ujian Allah juga sebelum sampai ke sini. Selepas menghadiri satu jamuan kenduri pada jam 1200 tengahari, hamba jadi agak kurang sihat dan berbaring di rumah. Bangun kemudian, timbul pertanyaan dalam diri, nak pergi atau tidak, nak pergi atau tidak... Kuatkan semangat, betulkan niat, kami melangkah pergi
Setiba di lokasi yang diberikan, tengok gambar rumah dah sama, Sheikh Toyyib di luar rumah, sedang membuat sesuatu. Hamba mendekati beliau dan menyatakan hajat. Ditanya sebab datang, hamba jawab nak ziarah. Kata Sheikh Toyyib, nak ziarah tak payah datang sini. Sheikh Toyyib tanya lagi sebab apa nak ziarah tak payah datang sini? Ehmmm, fahamlah hamba, nak ziarah pergilah Kota Mekah dan Madinah, kata hamba, dan itulah jawapan yang beliau setuju. Sheikh Toyyib kata nak ngaji boleh datang sini, nak ziarah boleh pergi Mekah dan Madinah.
Setelah dipersilakan masuk ke rumahnya, hamba ke kereta memberitahu isteri dan anak-anak. Isteri dan anak perempuan hamba ke rumah jiran dan tiga lagi anak lelaki hamba ikut masuk ke rumah Sheikh Toyyib. Adalah satu kebiasaan bagi mereka yang datang berkunjung untuk kaum Hawa ke rumah jiran, ada tempat yang disediakan dan hanya kaum Adam bersama Sheikh Toyyib. Ataupun kaum Hawa diminta duduk di dalam bilik di dalam rumah Sheikh Toyyib.
Setelah hamba dan tiga anak lelaki masuk, Sheikh Toyyib bertanyakan mana orang rumah dan anak perempuan tadi? Hamba kata di rumah jiran (sepertimana pengunjung lain). Sheikh Toyyib meminta hamba memanggil isteri dan anak perempuan. Katanya, "panggil masuk, buat apa dok di situ". Hamba pun memanggil isteri dan anak perempuan. Jiran yang menyediakan tempat untuk kaum Hawa bertanya sebab apa panggil isteri dan anak perempuan masuk, hamba kata Sheikh Toyyib yang suruh. Jiran ini berkata, biasanya kaum Hawa dok di situ (kawasan menunggu).
Ada dua fasa bab ziarah kami ini. Fasa pertama sebelum beliau Solat Asar. Banyak perkara yang ditanyakannya kepada hamba, hamba beri jawapan dan beliau bagi pandangan. Banyak isu yang dibincangkan. Berbincang bab pendidikan anak-anak, berbalik pada usul, Al-Quran dan As-Sunnah, bukan A, B, C. Bab pemerintah, berbalik pada Al-Quran dan As-Sunnah, bukannya sistem demokrasi rekaan manusia. Persoalan yang beliau ajukan, jawapan yang diberikan oleh Sheikh Toyyib adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Fasa Kedua selepas beliau Solat Asar. Pendekatan 'tegas' dalam fasa pertama berakhir. Pendekatan beliau bertukar menjadi lembut. Disampaikan nasihat-nasihat dengan cara yang lembut. Isteri hamba disuruh mengamalkan Amalan Imam Ghazali (zikir yang berbeza 1000X setiap hari). Kata Sheikh Toyyib, itulah juga amalan beliau. Hamba disuruh mengamalkan membaca Al-Fatihah dan Ayat Kursy sebelum keluar rumah, semasa dalam kenderaan dan selepas tiba di destinasi. Untuk kami dihidangkan teh dan roti/biskut. Banyak juga anak- hamba makan (budak2, kata hati hamba). Banyak kali, dalam 5/7 kali beliau menyuruh isteri hamba masak di dapurnya, masak apa saja yang ada dalam peti aisnya, katanya, "sama-sama kita boleh makan, dia pun boleh tumpang makan". Hamba yang lurus bendul, menolak dengan baik sebab akan ke rumah adik selepas itu. Sheikh Toyyib kata "boleh masak bihun, ayam dalam tanah..... (dah lupa)"...Itulah yang diulangnya dalam 5/7 kali. Hamba dan isteri menolak dengan baik. Kami yang lurus bendul menawarkan beli apa makanan di kedai, kalau Sheikh Toyyib berkehendak. Tidak mahu pula Sheikh Toyyib.
Sebelum bertolak balik, hamba pohon Sheikh Toyyib doakan hamba yang banyak dosa ini. Panjang dan lama beliau doakan hamba dan keluarga. Bab ni yang syahdu sikit...Dalam jam 730 malam, kami meninggalkan Sheikh Toyyib. Alhamdulillah, dapat juga ziarah dan mengambil sedikit ilmu dari beliau. Sheikh Toyyib pun suruh datang lagi, lain kali. Dalam kenderaan selepas bertolak, isteri hamba bertanya hamba apa maksud Sheikh Toyyib "masak apa saja yang ada dalam peti aisnya, di dapurnya, sama-sama kita boleh makan, dia pun boleh tumpang makan"? Hamba tanya kenapa? Isteri hamba kata tiada dapur masak di rumah Sheikh Toyyib. Tong gas tak ada, dapurnya tak ada, dalam peti ais, tiada ayam, ikan dan lain-lain. Apatah lagi, ayat itu diulang2nya beberapa kali dan ketika kami menawarkan untuk beli makanan di kedai, tak mahu pula dia.... Ehmmm, rupa2nya ia satu kiasan dari beliau untuk hamba dan isteri serta anak-anak. Puas kami memikirkan maksud kiasan itu sebelum menemui jawapannya.... Boleh anda berikan pandangan apa maksud Sheikh Toyyib "masak apa saja yang ada dalam peti aisnya, di dapurnya, sama-sama kita boleh makan, dia pun boleh tumpang makan"?
Bagi pencari jalan ketuhanan, pencari kebenaran, pengamal tariqat tasawuf, carilah masa untuk ziarah sebutir permata ini. Wassalam.
Empat gambar pertama hamba ambil dari internet


http://pondoktauhid.blogspot.com/2013/12/jaulah-ulama-kembara-ilmu-mendekati.html
Ini gambar hamba ambil sendiri
Rumah Sheikh Toyyib
sumber : http://diribathinku.blogspot.com/2014/04/dari-ulama-solihin-al-arif-billah-tuan.html
Inilah beliau Ulama’ Solihin Al-Arif Billah
Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,
Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan
beliau ke Makkah sejak British jejak tanah
melayu sehingga sekarang .. Selama di
Makkah , beliau sempat menuntut ilmu
dgn Masyeikh Makkah yang terkenal
antaranya:
-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki
-Syeikh Hassan Masyath..Dll
*Antara rakan seguru beliau d Makkah
adalah:
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll
Di Mekah beliau di kenali dengan nama ‘Hj
Tayyib Roti’ kerana beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun..
Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang
bakal beliau beri bertepatan dengan
peribadi orang yg meminta nasihat. .
Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau.
Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh
kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan
keras dan sekapit simen lama sebagai
bantal.. Beliau seorang yang menegakkan
kebenaran .. Oleh sebab itu setengah orang
kampung tidak menyukai beliau tapi sangat
disukai,dihormati dan terkenal di Makkah..
Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu
dan ketemu dengan beliau ialah Habib
Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu
Al Banjari Al Makki & ramai lg ulama
muktabbar yg lain datang utk mereka
membuat rujukan serta bertukar pendapat..
Sahabatku Semua.. Ulama Solihin ini telah
lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah
Taala boleh menjemputnya ke Raudhah ..
Selagi masih ada peluang .. selagi masih
ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi
beliau .. peluklah beliau seerat eratnya ..
Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan
kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan
sebuah permata ummah ini ..
Wallahualam ..
Kali pertama bertemu dgn ulama ini,mmg benarlah kata org beliau seorang yg sentiasa menegakkan kebenaran serta tidak putus di bibirnya mengajak sesiapa shj yg menziarahinya utk betapa pentingnya mengenal Allah dan Nabi Muhammad dgn sebenarnya dan beliau sgt menekankan cara beriman dgn betul sekaligus selamat bila diamalkan setiap org mukmin yg akn menyerahkan amanah Allah bila tiba masa nya nanti spt beriman kpd Allah & beriman kpd Muhammad,langkah selamat ke syurga,amalan yg menyelamatkan org mukmin ketika dlm kubur,dan byk lg,yg pasti hakikat beriman kpd Al-Quran & As-Sunnah menjadi amalan.