Assalamu'alaikum,
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Selesai urusan di Masjid Negeri Sabah, hamba bergegas ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Kedua-dua buah masjid ini merupakan masjid terpenting di Bandaraya Kota Kinabalu. Alhamdulillah, hamba selesai urusan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, cuma terlewat sedikit. Jadi trafik agak sibuk selepas waktu pejabat di Kota Kinabalu. Setelah lebih 9/10 tahun tidak ke Kota Kinabalu, Bandaraya ini pesat membangun. Kalau dahulunya pembangunan tertumpu ke pusat bandar, kini pembangunan tertumpu sekitar kawasan Universiti Malaysia Sabah. Hamba ada dua urusan rasmi di Kota Kinabalu, satu urusan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dan satu lagi urusan dengan Universiti Malaysia Sabah. Alhamdulillah, hamba sempat dibawa pusing kampus Universiti Malaysia Sabah yang indah dan tenang ini. Satu yang membezakan kampus ini dengan kampus lain adalah kewujudan pantai universiti. Pening-pening kepala, stres dan lain-lain, boleh menenangkan fikiran ke Pantai Universiti. Lihatlah pantai ciptaan Allah yang terbentang luas, mendengar ombak menyapu pantai, menyebut-nyebut nama-NYA, mendengar desiran angin sayu-sayu dan kekadang keras, masih menyebut-nyebut nama-NYA...Kita aja yang selalu lupa menyebut nama-NYA... Wassalam.
gambar dari Google Image










sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Bandar_Kota_Kinabalu
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ialah Masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia selepas Masjid Negeri. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada tanggal 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya. Ia telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-8.
Masjid Bandaraya Kota Kinabalu | |
---|---|
![]() Masjid Bandaraya (MBR) | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Shafi'e |
Dibuka pada | 18 Februari 2000 |
Status | Masjid daerah |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Datuk Hj. Moktar Rapok (Imam Besar) Afizan Hj. Wangkee (Timb. Imam Besar) Hj. Abdul Sani Hassan Zamzuhardi Zakaria Suhaidi Kuanting Mohd Mokhtar Hj. Munir |
Bilal | Amli Deauddin Jaslan Mailan Hj. Mohamad Idrus Ahmad |
Pengerusi | Tn. Hj. Jamal Tun Sakaran |
Dimiliki oleh | Kerajaan Negeri (JHEAINS) |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Lokasi | Likas, Kota Kinabalu, Sabah |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. tingkat | 1 1/2 tingkat |
Bil. menara | 4 |
Kapasiti jemaah | 12 ribu jemaah |
Keluasan | 14.83 ekar |
Laman sesawang | |
http://www.mbr.sabah.org.my |